Re-post : Isu virgin tiada penghujungnya
21 Aug

Isu hilang dara lagi. Bukan mahu mencemar maruah mereka yang terlibat. Tidak sama sekali. Sekadar berkongsi cerita. Andai cerita lampau boleh memberi sedikit kesedaran buat semua, apa salahnya.
Cuma. Perlu diingatkan. Kisah ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sebarang pertanyaan mengenai siapa gerangan watak di dalam kisah ini, tidak akan dilayan sama sekali. Maaf. Cukup sekadar kamu mengambil apa yang perlu, dan biarkan yang lama menjadi kisah antara saya dengan watak-watak itu.
Amaran. Sila pastikan anda berfikiran terbuka untuk teruskan bacaan ini. Sekian terima kasih.
Terpanggil selepas membaca entry ini dan juga yang ini. Keduanya menyentuh isu hilang dara sebelum berkahwin. Masalah rumahtangga teman yonna. Si suami mengungkit soal si isteri yang tiada dara sewaktu bersamanya ketika melayari bahtera malam pertama. Itu hal mereka.
Lihatkan? Betapa murahnya maruah wanita sekarang. Bukan hanya teman Yonna sahaja. Percayalah. Berjuta lagi di luar sana yang entah apa silapnya, sanggup menyerahkan dara kepada yang bukan bergelar suami. Gila bodoh.
Pengalaman sering mendewasakan saya.
Sejak dibangku sekolah rendah, saya sememangnya sering bergaul dengan murid-murud yang bermasalah. Saya pun sama. Saya sendiri yang cari padah. Bukan salah mereka pun. Tetapi, masih lagi terkawal. Masing-masing masih terlalu mentah tentang isu haid.
Apatah lagi ilmu dara. Saya tidak tahu tentang dara ketika itu. Entah apa pentingnya dara pun saya masih kabur. Sangat kabur. Itu dulu. Masih jahiliyah diri saya ini.
Berbeda dengan alam sekolah menengah. Sangat berbeda. Perangai saya tetap seperti dulu. Teman-teman semua bermasalah. Ketika usia saya 15 tahun, saya diberitahu teman se“group” saya bekerja di kelab malam. Tiada dara lagi. Transformasi kononnya.
Saya sudah tahu apa itu dara waktu itu. Saya mengucap panjang. Tetapi, tiada apa yang boleh saya katakan. Teman itu sudah terlalu jauh hanyut dengan dunia gelap itu. Saya pasrah. Dia juga.
Rahsia tetap rahsia antara kami. Maklumlah. Zaman sekolah. Semangat setiakawan sangat kuat. Walau sekotor mana teman kami, kami tetap sayang. Jadi, rahsia kami jaga walau hubungan tidak seerat mana.
Bermula dengan kisah hilang dara secara percuma itu, hidup saya terus didatangi dengan kisah-kisah lebih menarik. Sesuai untuk dijadikan pengalaman hidup. Tapi, pengalaman yang tidak sesuai sekali untuk dicontohi.
Melangkah alam remaja berumur 16 tahun. Saya seorang saja yang masih berdara antara kami. Kami tetap berteman. Cuma, takdir Tuhan. Saya dipisahkan daripada mereka. Saya naik ke kelas yang lebih elok dan mereka tertinggal di belakang. Kami semakin menjauh.
Mahu mulakan hidup baru. Tetapi, Tuhan selalu menduga saya. Tuhan berikan saya hadiah teman-teman yang bermasalah itu ini. Saya memang agak degil. Walau saya merupakan penolong ketua darjah sekalipun, kerja rumah saya tidak pernah saya siapkan.
Cikgu matematik saya benci saya. Tapi, dia tidak tahu. Saya sayangkan dia. kerana dia benci saya, saya dapat A1 subjek itu untuk SPM saya. Terima kasih banyak kerana membenci saya cikgu Salina
Berbalik soal teman yang bermasalah. Saya tidak tahu apa yang mereka lihat di dalam diri kerdil saya. Berapa kali saya menjauh, mengelak. Saya katakan pada mereka saya jahat. Menjauhlah.
Jodoh kami kuat. Tuhan lembutkan hati saya untuk berteman dengan mereka. Jadi, sejak itu saya bersama mereka yang bermasalah hidup. Si A menceritakan pada saya bagaimana beliau hilang dara akibat perbuatan ayah kandungnya sendiri. Saya tertuduk mendengar semua itu.
Kasihan. Saya mengucap panjang kerana ayah saya tidak begitu.
Itu soal A. Nasib dia. Saya berikan nasihat sebaik mungkin. Entah apa silap, dia ambil kesempatan. Mencuri barang saya. Mujur saya masih punya hati. Saya tutup case walau saya jumpa barang itu dengannya. Oh God!
Pengalaman baru muncul. Lebih mencabar iman. Soal dara, mengandung, ujian air kencing, gugur. Shit. Walau belum berkahwin, saya cukup matang kerana pengalaman ini. Saya tidak faham kenapa mesti saya yang lalui. Bukan saya. Tetapi, saya terlibat sama. Saya lelah tetapi Qada’ dan Qadar Tuhan perlu saya jalani.
Kamu rasa saya perlu teruskan atau berhenti setakat ini? Mungkin berhenti lebih baik. Cuma, lihatlah dunia sekarang. Soal virgin hanya hal remeh abad ini. Isu siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri lebih dititikberatkan. Alahai.





salam… tersentuh hati bro membaca setiap kata2 yang kamu susun di blog ini.
alhamdulillah terlalu byk dugaan yg kamu tempuhi.. walaupun ianya tidak direct kepada kamu.. mgkin ada hikmahnya..
eh bro nk tnye.. pe jd kat ayah kndung A ek… xde story pun
out of topic–> tue tnda kiamat..tue pasl ramai yg xkisah pasal virgin… if skdr pada sorang sahaja xpe..jgn bertukar2 pasangan je.. nmpk tiada iman langsung di dalam hati..
mmg ade lelaki leh tahu.. bro xde la pakar mne..tp masih boleh tahu seseorg tue berdara atau tidak… rahsia..!! (xperlu la bro kongsikan)
mmg panjang pun..cm bro dah berjanji dengan Yonna untuk mengupas isu ini.. tp bro more pada persefahaman dalam hubungan sahaja..xnk sentuh tang len…
[Reply]
Framestone~salam. owh, pasal pakcik tu naa?die still bebas till now!!! *stress ni.hahaha. A tu too takut. so,die xbgtau sape2 pun even her mom.
yeah, my frenz yg laki2 pun ade cakap..diorg tau nk bezakan pompuan ngn betina. then, i just silent and jeling2 dia…pastu die akan cakao.."dunt worry, kau perempuan beb!" wakakaka. hampeh lelaki ni.
[Reply]
mmg leh tahu pun… even org yg nmpk cam sopan2 pun leh terkantoi jugak
eh.. masih bebas lg ke. masih melayan lagi si A tue ek??
[Reply]
huhu
jada dara elok2 ek
lebey kurg la kat entry 2
[Reply]
Framestone~haha! yg sopan luaran aje. dalaman same je kot.haha. im not sure still ngn A or not. dah lost contact tp maybe tak. A pun dah keluar dari rumah tu.huhu
[Reply]
joegrimjow~hehehe. a'ah. lebih kurang. yeah, dara masih terjaga.hahaha
[Reply]
tue la… bro dah byk jumpe dah yg sopan dlm je.. tp biarkan je la kan…if bro nie jahat sure dah amik kesempatan dah…
ok la teu dh dok berjauahn..tp xtau la die cam mne skrg kan
[Reply]
sebelum bercouple, ingat dulu halal haramnya….
[Reply]
Framestone~shes married
dah ada anak dah pun. prnh terserempak kat mall tp shes cepat2 lari. its ok. senyum ajelah tgk die.
friendly81~haha. semue org tau halal haram dlm agama,tp dah nama manusie. lagi2 melayu. mudah lupa. saya pun byk kurangnya.ngehehehe
[Reply]
ok la tue..dh khwin dah die ek…
eh kamu bile pulak ek…
out of topic–> he..23x mne la yonna nie ek he…23x die mmg mintak bro kupaskan..tue yg terkupas tue huhuhu
cam bro jenis xde la cover2 cuma menghormati je.. if rase nk smbg bro ok je…. mom marah knpe ek??
[Reply]
hey babe
omg! hahah ramai respons to my previous entry. thanks anyway.
u know what? mmg hurt gile ah kawan i tu bila diungkit benda2 yang da lepas, but i think they can manage it well, plus kawan i tu dah pregnant baru2 ni
hope everything will be ok. sakit lain boleh sembuh, tapi sakit akibat ketajaman lidah manusia mmg akan berbekas sampai mati kan?
i simpati dengan kisah kawan2 u. i pun ada kawan2 mcm u. ada yang pregnant,gugur. ada yang buat seks time zaman sekolah tok kaduk dulu, then bf meninggal. dosa ex bf dia mcm mana dalam kubur tu? apa nak di jawab pada munkar dan nankir? itu mmg sadis. zaman2 sekolah dah pandai overnite dengan bf. i sendri tak fhm kenapa ada manusia mcm ni.
dalam hal ni, ramai yang salahkan family sedangkan i rasa semua family nak yang terbaik utk anak2 diorang kan? takkan la diroang nak ajar dosa2 besar kat anak2 sendiri kan? masalahnya, terletak pada hati, lepastu kawan2 lagi dok hasut. bla salah pilih kawan, kita pun tak mustahil akan terjebak skali.
btw, tahniah sebab u pun tak terjebak sekali. and jgn sesekali menyerah pada yang belum sah menikahi kita. even nak buktikan sayang pun, dont ever! u sendri pun tau kuasa nafsu tu mcm mana kan? laki pegang sikit, terus shot badan kite ni hahaha
tu lah zaman skang ni, mmg betul ah ckp u, soal dara ni diorang pandang celah gigi je padahal ni adalah lambang maruah kita. diorang lebih pentingkan hal2 politik bodoh ni x abeh2. sumpah mcm gampang!
apa2 pun, i ttp percaya, perempuan yang baik diciptakan utk lelaki yang baik and begitulah sebaiknya
[Reply]
beratnye isu ni. aku tak sanggup nak komen. tapi setakat ni ada 1 2 kawan aku yang telibat lah dengan masalah teda dara lagi ni. Hoho
[Reply]
Framestone~kawen?nantilah. kawen kene pakai duit n kene sedia pikul tggjawab as isteri n me??belum bersedia
mmg mom marah kalau tny2 or persoalkan isu2 tu. too personal katanya. tp,skrg..saya bedal aje!! hahaha
see..budak2 skrg
[Reply]
yOnnA~yeah. mcm2 sgt dah jumpa b4 ni. couple, pastu lemau sgt bg dara free padahal leh jer pow ribu riban.hahaha!
dah preggy, tau plak cuak. pastu gugur slumber badak..ingtkan insaf. eh eh. wat lagi.hahaha! manusia manusia..
itulah, tp, saya tak baik manapun. tengah tengah aje levelnyer.kikiki
[Reply]
EIPUL~haha. alah, komen je. buat macam rumah sendiri.hahaha. see, kawan kau pun terlibat. kalau tak ada yg timbulkan isu ini, sure rase cam tak ramai je yg wat dose free. gegeggee
[Reply]
dunia skrg nie lebey teruk dr zaman jahiliah kn..
[Reply]
dlu tyme aku schl, member2 aku alhamdullilah smua belum terjebak lg la. kwn2 kt tenet je rmai. sket2 ajak g gangbang tah pemende aku pn ta paham dorg ckp. tp sbb dorg kt intenet n x pnah jmpe so smpai situ je la kwn.
so far msih terjaga. kdg2 kene usik dgn fwz pn aku buat2 x dgr. biasa la lelaki. HAHAHHAHAHAHAHAH
[Reply]
manusia skrg mmg x ade maruah.
bkan prmpuan shja, laki pn sama.
cuma bezanya, laki x dpt dikesan even mereka sdah x teruna lagi.
kita yg sdar ni, kna lah bg pngajarn buat mreka.
ouh, ssahnya tugas mnjadi guru di msa akn dtg!
[Reply]
kf~ umat akhir zaman mmg camtu kot naa?hahaha
ynn~gangbang????pergh.melampau btul kwn2 ko tu beb. dah cam omputih plak dah.haiya.xper, kite tau mksd gangbang udah ler naa.tok sah wat.haha
[Reply]
cik manis~byk kan bersabar bile ngajo budak2 skrg woo..kalo dulu..dah advance, bdk2 skrg lg super duper advance.hahaha
[Reply]
pengalaman mendewasakan kita. syukur awak tak jadi macam diorang tu.
[Reply]
betul tu…yg penting cubala sedaya upaya menjaganyer….amin
[Reply]
fiq~InsyaAllah,selisih lah kalo imagine jd cam tu.huhuh. saya notty tp tau batasan jugak.hehehe
DaliaLiyana~yeah, cuz itukan maruah kita. tak tahu camner nak ngadap kalo hilang sebelum waktunyer..uhuhu
[Reply]
kenapa cikgu boleh ada perasaan benci dgn anak murid? tak faham tang tu. seorang cikgu itu kan bagaikan ibu kepada anak murid ketika di sekolah. walau senakal mana pun, tugas mendidik itu tetap pada cikgu. mesti tau cara untuk atasi. kalau tak suka pun jgn sampai benci.
[Reply]
dalam tv selalu tunjuk. tu pasal la org ikut.
even michael douglas sendiri ckp, cerita hollywood seolah2 jadikan sex scene sebagai adegan wajib.
bende bile dah jadi biase, cmtulah. kite sendiri kalau dgr si polan dah hilang dara, walaupun ade rase terperanjat, tapi after afew seconds, kite terfikir, oh, biasalah zmn skrg.
isu yg berat bile dh dipandang ringan, jadilah mcm skrg ni.
[Reply]
susudalambotol~haha. lain org, lain hati
shes hate me so much. dari form 3 smpi form 5 ajar. naik muak kot. asal ask soklan kat semue student, turn saye aje..die skip.boleh??lantak lah. kikiki
mase amik result, ayat xleh tahan:"awak dapat A1?"(sambil wat muke taik). slumber saye jawap…"so what cikgu?"
[Reply]
nanana-ne~ yep! betul tuh!!! saya sendiri, nowadays kalo dgr kengkawan ckp tak der dara..cam "biase ar tuh..".huhuhuh
[Reply]
isu panas pasal ni
kadang2 kalu nk salahkan si perempuan pun x leh gk sbb si lelaki pun buat salah gk…
jd berhati2 semasa pilih kwn sbb mcm2 blh terjadi
[Reply]
KhairiL's~huyyo! maceh sebab still bersikap adil.hehehehe. yeah, sebenarnya..mende2 camni susah nak cakap cuz "orang ke-3" tu wujud kan between lelaki n perempuan…
[Reply]
dara oh dara..ko lah harta paling ternilai.so,jaga2 la ek.hehe
[Reply]
Encik Azizan~haha. insyaAllah, sure jaga! hahaha
[Reply]
jaga la molek benda tu.. macam bungalah, kalau tak ada madu, apa gunanya.. alhamdulillah, sy takmau la ambil makanan yang haram walaupun tahu yang haram lebih sedap dari yang halal..
[Reply]
Luth Textile~yang haram tu, memang haram..tapi masih lagi ramai yang ingin buat. tak pahe den.huhuhu.
[Reply]
yup… sgt stuju dgn pdapat uolls di sini… zaman dah makin maju… isu ini tlalu dipandang sepi… sentiasa lah kita bpesan2…
[Reply]
xtau nk komen rs nye sume da org komen…so pndi2 la jg diri..kuat kn iman..
[Reply]
pren…
kuatkn iman..
ciannya kawan ko tue..
bapanya x ditangkap polis?
[Reply]
nice entry..
bru je terjmpe blog kmu..
so ap pndpt kamu tntg pnerimaan llki trhdp gadis2 yg da xde dare ni..
sumtime,mistakes sendri,sumtime teraniaya..
[Reply]
Saya pun beristighfar panjang bila baca pasal kawan ayah awak tu.
Mintak dijauhkan.
[Reply]
repost balik ke…patut la lately cam byk je traffic datg ke blog bro dari blog liz
[Reply]
@LiYaNNuaR~thats why saya re-post kan isu ni
hohoho
[Reply]
nonna manis~InsyaAllah..
[Reply]
DAN~im not sure sekarang ni ape cite ngn my fren tu. cuz die tu type ada masalah bagai. bukan we all yg larikan diri dari die..die yg sisihkan diri.
so, tak tahu lah ape cite now..
[Reply]
cause.I.care~perkara macam ni, depends on that guy lah. kalau ikhlas..tak kesah dara atau tidak. kisah lalu tak perlu diungkit.
tapi, susah lah nak jumpa lelaki yang super baik camtu woo.huhuhu
[Reply]
MK~banyak sangat mende dalam kepale otak ni. macam2 pengalaman sepanjang hidup.tapi,hal mcm ni wat saya jadi matang
[Reply]
Framestone~Isu ni macam isu semasa yg bila2 boleh di re-post. so,saya re-post balik sempena 1st day puasa. sama2 ingatkan diri supaya xwat mende merepek bulan puasa.hehehe
[Reply]
tertarek akan tajuk
suke bc entry kamu. ;DD
[Reply]
pengalaman sgt beharga,syukur la kamu tak terjebak sekali.
[Reply]
re-post..padanlah rasa pernah baca tajuk ni sblum ni..
emm, seingt sy mula2 msk tertiery education, sy ada dgr psl benda dara2 ni..waktu tu, saya menangis. naif sgt kot..haha..tak sangka ada kwn yg umur muda dah hilang dara. takut jd mcm diorg, so doa kat Tuhan je mintak dijauhkan..
skrg ni sy pun mcm dh biasa, tp mana mampu sy nasihat, sy ckplah. ada jugak sy tulis post psl benda ni, tp entry lama2 dlu la..
p/s: admire kamu duduk dlm golongan org mcm tu, tp kamu boleh jaga diri sendiri..serius admire kamu..
[Reply]
weih….
ini citer ko ker???
[Reply]
erm, lelaki lagilah…
kalau nak kata dara… takde nye.
duk main telo je.
lelaki lebih dgr ckp telo dr perasaan & mase depan psangnnye. cian pasangannye… sedih.
jgnlah rosakkan mase depan gadis2 anak bangsa & seagama kite.
[Reply]
assila~nothing special actually
[Reply]
blowie~yeah.syukur sangat.hehehe
[Reply]
Att Ashburn~huhuhu. rasanya,dalam hidup kita perlu ada pegangan hidup sama mcm kita ada pengangan agama.
kawan2 saya bermasalah. smoking depan2 saya, macam lagi. tapi, mereka cuma kekurangan kasih sayang ibu bapa sebenarnya..
jadi, kalau nak salahkan mereka n lari tinggalkan mereka..rasa tak patut kan?
[Reply]
iorichee~kenape?tak yah nak tanya2 aku sape kah budak2 ini naa
[Reply]
meo188~dah nama pun lelaki.apa aje yang diorang ade selain tuh?hohohho
[Reply]