seo

Perempuan kuat cemburu

9 Aug

 Banner
  • Sharebar

Hye all! Rindu pula bila lama tidak mencoret apa-apa di sini (gila.padahal baru 2 hari.haha) Hujung minggu saya dihabiskan bersama famili tercinta. Seronok.

Menghadirkan diri di majlis perkahwinan salah seorang saudara, saya kemudian dipertemukan pula dengan sesorang insan yang lain.Agak lama kami tidak bertemu. Si dia pernah menjadi pasangan belangkas saya suatu masa dahulu.

Kecil sungguh bumi Malaysia ni.

Saya datang kepadanya dan membuka bicara petang itu. Mahu dihulurkan tangan sebagai tanda hormat sesama manusia. Tapi, bimbang pula andai si dia tidak selesa untuk menyambutnya. Maklum. Si dia sudah berpunya.

Bukan sudah insaf menjadi baik. Tidak sama sekali. Sekadar menghormati.

Saya dibesarkan dengan norma-norma melayu. Saya juga tahu kredit dosa yang kita dapat bila bukan muhrim bersentuhan sesama sendiri. Itu saya tahu. Korang pun tahu kan?

Jadi, saya lupakan hasrat untuk bersalam. Cukup sekadar saya menyapa dan menepuk bahunya dengan handbag Guess (begini jadinya bila terlalu menjaga aurat orang lain.wahaha)

Sapaan saya disahut. Berkerut 1000 dahi si dia. Saya? Cool babe. Rindu ditolak ke tepi. Tidak perlu terlonjak-lonjak kegirangan seperti kanak-kanak ribena. Si dia seakan sedikit menjerit menyebut nama saya.

Malu. Tidak sopan saya rasakan. hehehe. Jadi, saya menyuruh si dia menutup mulut dan duduk. (nasib baik dengar kata). Agak kekok bila terlalu lama tidak berjumpa. Namun, saya ke tepi kan.

Tidak perlu untuk berasa begitu.

Saya proffesional (suka gila puji diri sendiri.wahaha). Setiap bicara, saya aturkan sebaik mungkin. Bimbang akan melukai hati buah hati si dia yang baru. (comel. No wonder rejected aku.kahkahkah)

Sesi soal jawab macam dalam Forum Perdana Ehwal Islam bermula. Pada awalnya, baik-baik saja. Cuma. Selepas 15 minit perbualan kami. Ada riak-riak cemburu dimuka buah hati si dia. Tidak puas hati agaknya bila si dia terlalu asyik berborak dengan saya.

Lama saya perhatikan wajahnya. Ok, saya kasihan dia. Terlalu cemburu mungkin.(padahal aku bekas kekasih aja! haiya dasar perempuan ni.)

Saya habiskan topik yang kami sedang berbincang. Seronok. Tapi, bila ada cencurut di tengah-tengah..saya sendiri tidak selesa. Mungkin cencurut lapar agaknya. hahaha

Saya bangun dan mohon untuk meminta diri. Si dia menghulurkan tangannya kali ini. (ok, tak jaga aurat juga macam dulu rupanya. So, no big deal lah.kikiki) Salamnya saya sambut. Cencurut menjadi semakin tidak keruan di sebelah saya.

Demi menjaga hati cencurut itu, saya pun dengan slumber membalas salamnya dan berkata “chow”.

Si dia terkejut kerana saya agak kasar bila berbicara sebegitu. Tapi, saya tiada pilihan. Cencurut mematikan mood saya petang itu. Buruk bebenor mukanya menahan rasa cemburu. wahaha.

Oh ya.

Giliran saya bersalaman dengan cencurut. Mukanya sudah berubah agak ceria sedikit. Mungkin lega agaknya bila saya menyebut “chow” tadi. hahaha. Tapi, di dalam hati saya masih tidak puas.

Cencurut ini perlu diajar supaya lebih bersikap positif selepas ini.

Jadi, saya salam. Saya peluk cencurut. Waktu inilah saya berbisik padanya (saya selalu berbisik begini ok. ) “tak perlu jeles. Kami tiada apa-apa. Please be positif ok lepas ni. Jaga ***** baik-baik”.

Pelukan saya leraikan. Kini, tangannya pula enggan melepaskan saya. Saya tidak selesa bila berada di dalam situasi ini. Berpegangan tangan dengan kaum sejenis terlalu lama.

So, saya tanyakan padanya. Mungkin ada benda yang buat dia terluka.

Tapi, sebaliknya. Cencurut pula berterima kasih pada saya. Bagus, dia faham mesej yang saya ingin sampaikan.wahahaha

—————————————————————————————————

Sifat terlalu cemburu sebenarnya boleh memakan diri sendiri. Saya lebih selesa bila bersama dengan mereka yang boleh berfikir secara positif. Di dalam case saya, saya langsung tiada perasaan dengan si dia (ok., dia bekas kekasih saya).

Hal lama cuma buang masa untuk kita ingat dan ungkit. Banyak lagi hal baru di dalam list Tuhan untuk kita tempuhi. Just be positive babe!! Peace

NotaHariIsnin : perempuan kalau cemburu, buruk bebenor muke dia. Bibir panjang sedepa. Boleh tarik buat riben woo.

*Lelaki pun ada yang kuat cemburu juga!! Nanti akan ada entry untuk itu. hehehe

Photobucket



Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

32 Responses to “Perempuan kuat cemburu”

  1. milimilo 09. Aug, 2009 at 6:12 pm #

    huhu..xpsl2 dpt name cencurut..tp prempuan mmg susah nak sorok la kalo dye tu jeles,,mmg bleh nmpk kat muke

    [Reply]

  2. miss oren 09. Aug, 2009 at 6:43 pm #

    skill ko salam n peluk dia tu memang terbaeek la..stylo..muahaha

    [Reply]

  3. Ynn. 09. Aug, 2009 at 6:45 pm #

    hihi jeles kuat ahhh :P

    padahal laki lagi kuat jeles, trutama si fwz tu, aku elek je*poyo pdhal awl2 dh pesan jgn gatal jgn tu jgn ni wkaka :P

    bgs ah entry ni nk buat ahh :P eh weh aku nk versi laki plak hihi

    [Reply]

  4. abdus 09. Aug, 2009 at 7:05 pm #

    cemburu. hmm. no komen.

    [Reply]

  5. Rocko Mohamad 09. Aug, 2009 at 7:25 pm #

    re:tidak kurang hebatnya dengan cara anda..

    [Reply]

  6. lizz 09. Aug, 2009 at 7:40 pm #

    milimilo~haha. yeah, sangat setuju. tp,sebenanrnyer.. bile makin kite dewasa n tau nk handle iduo ni,.muke yg ngah tahan marah super pun bley disorok :) hehehe

    [Reply]

  7. lizz 09. Aug, 2009 at 7:41 pm #

    miss oren~nnti ko wat camtu gak naa?wahaha! ye ar..kang aku sound depan2 kang ade lak yg malu wat drama samarinda lak kang woo.haha

    [Reply]

  8. lizz 09. Aug, 2009 at 7:42 pm #

    ynn~ wakaka! siut giler ngutuk psiko2 kat boyfie ko ek?kahkahkah!! tp,best gak ko nyer sound kat balak ko tu wei.hahaha

    [Reply]

  9. lizz 09. Aug, 2009 at 7:43 pm #

    abdus~takper.nnti kalo ade entry ngutuk laki lak..sile komen k adik. wahahah

    [Reply]

  10. lizz 09. Aug, 2009 at 7:43 pm #

    Rocko Mohamad~haha. biasa2 aje. ikut sedap tangan aje nak taip ape.ahaks!

    [Reply]

  11. ansaree 09. Aug, 2009 at 8:56 pm #

    pro lizz.. tabik! sy pun pernah jadi g2 tapi yang ex plak lebih2 muncung.. ape kes..

    [Reply]

  12. Mr K 09. Aug, 2009 at 9:28 pm #

    Lelaki. Kalau jeles, tak main la mulut2 mungcung. Lebam2 trus.

    [Reply]

  13. dotblogspotdotkom 09. Aug, 2009 at 10:19 pm #

    ada orang cemburu@marah bila pakcik tiada perasaan cemburu terhadap diri beliau..sungguh taidak paham… adakah cemburu ini perlu ditunjuk @ dibuat2…..

    ntah le… adakah benar cemburu itu tandanye sayang…. kalau tak cemburu..tak sayang la ye…

    macam2…

    [Reply]

  14. Kejora Yg Malap 09. Aug, 2009 at 10:27 pm #

    cemburu tanda sayang..hehhe

    [Reply]

  15. lizz 09. Aug, 2009 at 11:12 pm #

    ansaree~hahaha! tent teng. tibe2 semangat waja lak nk wat entry lelaki kuat cemburu :P haha

    [Reply]

  16. lizz 09. Aug, 2009 at 11:13 pm #

    Mr K~a'ah.aku tau gak yg tuh..jgn sampai mati udah ler yek anak2 org korang tumbuk smpi lebam tu. hehehe

    p/s:ko kuat cemburu x ek???

    [Reply]

  17. khaLifah feDi 09. Aug, 2009 at 11:45 pm #

    waa….mc ner klu hang jumpe aku kat luar naa..!!!

    [Reply]

  18. Tok Rimau 10. Aug, 2009 at 12:33 am #

    cemburu itu buta. cinta pun buta. entah apa yg celik tentang perasaan?

    [Reply]

  19. lizz 10. Aug, 2009 at 1:02 am #

    dotblogspotdotkom~for me, cemburu bley.tp,kene lah berpada-pada. if budak2 cemburu n tunjuk muncung cencurut is OK tapi kalo dah umo 20++ pun camtu..alahai, cam budak2 lah :P

    psst, but i heard that lelaki sker cober cemburu ek ????hehehe

    [Reply]

  20. lizz 10. Aug, 2009 at 1:03 am #

    Kejora Yg Malap~yes, mmg.setuju jugak.tp,if terlalu cemburu susah woo. bukan semue org suke :P gegege.

    kadang2 rasa cam psiko lah org kuat cemburu sangat ni. what do you think ek?

    [Reply]

  21. lizz 10. Aug, 2009 at 1:06 am #

    kf~ape masalahnyer if jumpe ko ek?ko kuat cemburu naa?wahehehe. *kidding beb

    [Reply]

  22. lizz 10. Aug, 2009 at 1:13 am #

    Tok Rimau~wah! Tok Rimau bagi komen here. gwe segan :P

    yeah, and now saya tak tahu nak jawab ur question. but, perlu dijawab dengan hati yg ikhlas.

    perasaan tu sesuatu yg sgt2 susah dimengerti. TERLALU SUSAH sampaikan…saya rase, tak perlu nak sakit kepale kaji :)

    [Reply]

  23. Fareez 10. Aug, 2009 at 1:18 am #

    Setuju2,,, perempuan kuat cemburu..
    Hal kecil pn bleh jeles kan??

    kadang2 comel gak tgk org perempuan nie msa jeles..ha3..

    [Reply]

  24. Jard The Great 10. Aug, 2009 at 2:03 am #

    kalo ku cemburu.. ku sound direct.. ehehe..

    tp kalo ku rasakan sesuai lagi si die bersama si wanita.. ku biarkan je la.. =p =p

    [Reply]

  25. izwan7 10. Aug, 2009 at 5:41 am #

    wahaha..dpt simpulan bahasa baru arini..
    pompuan yang kuat cemburu gelarannya cencurut..
    cemburu tu kan tande syg..ofkos die cemburu bile bf jumpe balik ex die..so x salah cemburu tu.

    the point is cmne die patut handle stres tu..maybe ko kene wat entri how to handle stress for gurls out there..
    aku nmpak ko mcm pengalaman jek..huhu..=P

    [Reply]

  26. Kojack de Alloohaa 10. Aug, 2009 at 5:48 am #

    wahahahaa….besa la kan jeles..
    pmpuan besanya cm2..btoi x lizz..?
    agak rumit n x bleh nak elak pkir bnda negatif..hahaha.. apa kta hg bca entry blan june ak ni..hehe

    http://alloohaapress.blogspot.com/2009/06/result-match-spain-vs-usa-smlm_883.html

    [Reply]

  27. lizz 10. Aug, 2009 at 7:00 am #

    Fareez~kadang2 is fine. tapi kalo tiap 5 jam sekali nak jeles..tak rase nak bunuh diri ??wahahaha

    [Reply]

  28. lizz 10. Aug, 2009 at 7:02 am #

    Jard The Great~kahkahkah! i dunt like to sound2 orang, tapi bagi ayat sarkastic sker ar.ngehehehe

    [Reply]

  29. lizz 10. Aug, 2009 at 7:04 am #

    izwan7~oh, aku tak pernah ade pengalaman cemburu kan boyfie ngn ex die. ape kes nak jeles? lagi aku jeles, lagi die sker wat. so, biar ar :P

    kecuali..die jadi gatal miang n main kotor belakang aku…go to hell then :)

    hohoho

    [Reply]

  30. lizz 10. Aug, 2009 at 7:05 am #

    Kojack de Alloohaa~yeah. itu sifat semulajadi actually tapi semakin kita dewasa..sepatutnyer dah tau handle that thing :)

    ok, aku bace entry ko naa.

    [Reply]

  31. delacroix 10. Aug, 2009 at 8:00 am #

    Cemburu? Kan itu tandanya sayang. Perempuan memang tak dapat di pisahkan dengan cemburu. Jiwa mereka halus dan penuh sensitiviti. Sedikit saja perubahan, pasti ekor mata mereka dapat mengecamnya lebih2 lagi bila saingan mereka ada di depan mata.

    Baik lelaki mahupun perempuan, sifat cemburu memang wujud dalam diri. Ia perasaan semulajadi anugerah dari tuhan untuk kita rasainya. Cuma, bodoh pandai kita saja untuk mengawalnya supaya tidak keterlaluan.

    Saya juga tidak dapat lari dari rasa cemburu. Melihat kejayaan teman-teman misalnya…tetapi itu mendorong saya untuk lebih berusaha dan berjaya seperti itu. Positif bukan?

    Cemburu melihat orang yang saya sayang bersama orang lain? Sudah tentu! Perlukah saya tarik tangan si dia supaya tidak berbual bersama orang lain? Atau menarik muka masam?

    Entah. Saya tak tahu. Terpulang pada kamu semua untuk membawa rasa cemburu itu ke mana. Susah juga kalau tak punya rasa cemburu. Pasti si dia ingat kita tak berperasaan. Contohnya "Kenapa you tak pernah jeles pun bila I keluar dgn orang lain?" atau "You tak rasa apa-apa ke?"

    Cemburu saya mungkin tidak sampai ke tahap "I tak nak tengok you keluar dengan dia lagi"…tetapi mungkin lebih kepada mendiamkan diri jika saya berasa cemburu.

    Itu pilihan karekter masing-masing.
    Kita cuma makhluk ciptaan tuhan yang kaya dengan pelbagai perasaan yang berwarna warni…

    [Reply]

  32. lizz 10. Aug, 2009 at 8:08 am #

    delacroix~nice ur comment beb! actually, memang kita manusia punya perasaan yang sangat warna warni. setiap hamba Allah, dikurniakan Tuhan dengan pelbagai perasaan.

    Cemburu misalnya. Semua akan ada perasaan itu. Jangan berdalih. Memang ada ok.

    Cuma, macam saya katakan sebelum ni..kita semakin hari semakin membesar dan sepatutnya semakin matang dari hari ke hari.

    Jadi, mungkin perasaan cemburu tu boleh diatasi. Cuba bersikap lebih positif sejajar dengan meningkatnya umur kita woo.

    Takkan umur 25tahun (belum sebenarnya. Oktober nanti baru sah 25 yek.hahaha)macam saya perlu jeles pada perkara simple2. annoying juga kadang2 kan???

    Senang cite. CEMBURU BIAR KENA TEMPATNYA :)

    [Reply]

Leave a Reply