seo
Archive | August, 2009

Lelaki lebih kreatif tetapi alasan tak boleh blah

25 Aug

Hello guys!!! Ok, kalau semalam entry saya berbaur agak sarkastik. Kali ni, saya lari sedikit ek :) Cuma, macam biasa. Janji saya jangan diambil peduli sangat. Manusia macam saya selalu lupa.hahaha. Perangai lama tak mungkin dengan mudah saya kikis woo. Take time lah actually. Kan?

Boleh kan kalau hari ni, kita sembang isu lelaki dan wanita. Topiknya so simple. Cuma, kalau ada antara korang yang bijak memberi sedikit pandangan bernas di dalam komen nanti…sure boleh jadi super menarik.

Siapa kata korang tak ada bakat menulis artikel? Kalau tidak cuba, mana nak tahu kan? Hehehehe

Lets start ya. Kalau menyentuh soal lelaki dan wanita, saya pasti ramai yang akan melompat-lompat (sambil kaki macam gaya katak felda Taib Andak.haha) agresif. Tidak lain dan tidak bukan. Alasan cukup mudah tetapi penting. Soal maruah lah kononnya.hahaha

Baik. Siapa lebih kreatif? Wanita atau lelaki?

Jika ditanya pada lelaki, sudah pasti mereka menjawab LELAKI. Cuma, mahu atau tidak..saya terpaksa akur juga. Memang lelaki yang berada disekeliling saya agak kreatif berbanding diri saya. (pengakuan tidak ikhlas ok.hehehe)

Agak berat saya nak listkan cirri-ciri lelaki kreatif di sini, tapi apakan daya. Hidup mesti adil.hahaha. Ini dia,

1- bawa helmet lebih daripada 1- Perisai untuk melindungi diri kengkawan lelaki lain katanya. Semangat setia kawan. Jadi, mereka kreatif. Sebenarnya, helmet dijadikan bahan standby untuk awek-awek yang tiba-tiba sudi nak naik motor mereka..kan?

2- Letak baju bawa tilam bila tiada iron – Oh, yang ini saya memang tak boleh blah langsung! Masa my frenz beritahu taktik kreatif yang ini, saya hampir rasa diri ni sengal ubi. Kenapa saya tidak mampu berfikir macam mereka. Hahaha. Teruja jugak bila saya lihat hasilnya. Not bad kalau dibandingkan mereka sarung baju yang 1001 kedutan tu kan?gegegege.

3- Ada motor, tapi nak naik bas juga – Hohoho. Jangan salah sangka dan terlalu memuji lelaki ini ok. Mereka ada agenda sendiri woo. Bukanlah niat mereka untuk berjimat cermat. Tapi, nawaitu mereka lebih tertumpu pada percubaan mencari awek yang biasanya ramai di dalam bas. Test power! Siut korang naa.

4- Selitkan rokok celah sofa – ini taktik arwah my dad!!!! Seriously, saya bangga sebab ayah terlalu kreatif demi menyelamatkan diri daripada dimarahi my mom cuz smoking non stop. Hahaha. No wonder saya kreatif membohong jugak ek?(kahkahkah!!). comel tau bila my mom gembira tiada lagi kotak rokok dekat rumah.Padahal, rokok-rokok itu ada dicelah-celah sofa ok. Tunggu masa aja nak keluar. Anak baik macam saya saja yang tahu taktik itu.hehehehe!

Gegegege. Agak kreatif lelaki sekarang kan? Cuma, kenapa saya rasa macam..ini bukan kreatif tetapi motif yang terang-terang mengundang marah wanita ya????wahahaha.

Apa kata korang ek wanita-wanita sekalian???

Photobucket


Kita sama-sama melakukan dosa. Cuma, caranya saja berbeza. Mengaku sajalah

25 Aug

Salam semua. Selamat berpuasa ya!

Saya berkira-kira samada ingin meneruskan apa yang terlintas di dalam hati ataupun,berdiam saja. Namun, saya tahu. Andai kata hati tidak dihiraukan, mungkin membawa padah jua akhirnya.

Saya tidak suka memendam marah seorang diri. Itu bukan cara saya.

Bukan juga untuk bersenang-senang untuk mewarwarkan segalanya di sini. Cuma, andai berkongsi dan meluahkan bisa melembutkan kembali hati saya yang sedang membenci ini…oh, saya rela. Apa salahnya bukan?

Saya manusia yang tidak suka mencampuri hal orang lain. Kerana itu juga, teman-teman selalu menggelarkan saya sebagai manusia selfish. Yes, I am. Saya tidak kisah .

Anything problem with that?

Oh ya. Saya suka dengan cara itu.Sedari dulu sampai saat ini. Sangat selesa. Saya tidak perlu menghulur-hulurkan sedikit telinga semata-mata berniat untuk mendengar perbualan teman-teman lain. Tidak perlu juga bersusah payah menelefon ke sana kemari semata-mata mahu mendapatkan berita terkini hiburan sensasi berkenaan teman-teman sekeliling saya.

Oh, itu bukan cara saya. Sesungguhnya saya benci perbuatan itu.

Selfish bukan bermaksud saya tidak mengambil berat hal teman-teman. Tidak sama sekali. Cuma, saya lebih selesa dengan cara lain. Bukan semua manusia yang senang jika kita terlalu ingin mengambil tahu hal hidup mereka.

Lain orang,lain hatinya. Jadi, kalau benar-benar mereka ingin berkongsi cerita..pasti mereka akan datang pada kita. Pada saya atau mungkin juga pada kamu. Tak usah dipaksa-paksa.

Jadi, bila saya tidak lakukan semua-semua itu..tiada lain yang saya harapkan selain teman-teman juga tidak mencampuri urusan hidup saya. Jangan jaga tepi kain saya. Saya tidak suka.

Korang ada kain masing-masing untuk dijaga, bukan?

Manusia mlik Tuhan. Dosa pahala kita Tuhan yang tahu. Orang lain langsung tiada hak untuk mencampuri dan sama-sama menghitungnya untuk kita.

Stop it. Kalau kamu alim kerana Agama kamu dan bukan kerana mahu mendapatkan pujian dunia, pasti kamu tidak sibuk-sibuk menghukum orang lain. Menjatuhkan hukum Allah ke atas manusia sewenangnya lebih hina daripada yang melakukannya. Kamu perlu tahu yang itu.

Dalam case saya. Mungkin ilmu agama saya tidak sesempurna apa yang kamu ada. Tapi, janganlah yakin sangat yang kamu itu bersih seperti Nabi . Terima saja hakikat. Kita sama-sama melakukan dosa. Cuma, caranya saja berbeza.

Dosa saya mungkin dihitung dengan cara yang kamu buruk-burukkan itu. Itu pun belum pasti kebenarannya. Segala rahsia hidup saya tiada seorang pun yang tahu kecuali yang berhak tahu.

Itu kiraan untuk saya.

Kiraan dosa kamu pula mungkin berupa kredit akibat mengutuk dan menghukum manusia lain. Kan? Sekarang, baik kamu fikir-fikirkan. Berapa ramai manusia yang telah kamu jatuhkan hukum ke atas diri mereka????

Fikir-fikirkan lah..dan selamat beramal….KEMBALI.hahahaha (Puas hati dapat tulis entri sarkastik bila tahu orang itu akan baca juga )

Photobucket


10 perkara mesti buat setiap kali berpuasa waktu zaman kanak-kanak

23 Aug

Zaman kanak-kanak memang seronok kalau difikir-fikirkan. Saya sendiri selalu gelak sorang-sorang kalau tiba-tiba teringat woo. So, sempena bulan puasa tahun ni..saya nak share lah perkara-perkara yang menjadi rutin saya sewaktu kanak-kanak dulu. Semestinya, sekarang berbeza. hehehehe.

Nanti korang pun bolehlah share pengalaman korang berpuasa masa zaman kanak-kanak. Sure ada kes kena marah main mercun ek? Saya tak stay di kawasan yang terlalu kampung, jadi tak adalah sangat rasa suasana macam tuh.huhuh. Tapi tak apa. Maybe korang boleh share dekat sini :)

Jom start! Ini dia perkara-perkara yang saya sering buat setiap kali menjelang bulan Ramadhan waktu zaman kanak-kanak.hehehe

1- Bila ada ura-ura mengatakan yang malam tersebut aka nada pengistiharan tarikh puasa, dada dup dap dup dap. Dalam hati terus berdoa, minta-minta esok tak puasa dan terus menadah tangan mintak puasa lusanya saja.

2- Bila penyimpan mohor raja bagitau esoknya puasa, satu dengusan maha hebat akan keluar daripada mulut dan hidung masing-masing.hahaha

3- Sahur. Perkara paling kanak-kanak tak suka even malam sebelumnya konon-konon dah bercakap dengan mak dan ayah “esok jangan lupa kejut sahur tau…”. Bila sampai masa sahur, tak ada maknanya. Alasan gagal bersahur pula digunakan untuk bukak pose nanti.kahkahkah!

4- Pagi bila cuti sekolah, sumpah rumah akan jadi tunggang langgang sampai tengahari. Masing-masing bergelimpangan dekat ruang tamu rumah. Macam tentera yang kena tembak dalam peperangan. Terbongkang. Selagi belum sampai azan Zuhur, jangan harap nak bangun. Konon tak nak bagi rasa perut lapar. Bongok.hehehe

5- Lepas Solat Zuhur, biasanya panggil anak-anak jiran datang rumah. Main Saidina, bila dah boring tukar main batu seremban. Bosan lagi, ajak tidur sekali dalam rumah sampai waktu Azan Asar. Mak jelling-jeling nak psiko sebab rumah berselerak macam dalam tadika kemas.

6- Asar. Tukar game yang lebih extreme. Main sembunyi ibu. Bila line clear sikit, masing-masing buat-buat macam nak kencing sekejap. Padahal, itu alasan nak telan air paip dekat toilet. Termasuk saya. Muahahahaha.

7- Bila jam dah pukul 6petang. Biasanya, mak masing-masing akan panggil untuk mintak tolong anak-anak kecil yang cute macam kami semua bagikan kuih muih dekat jiran-jiran. Konon-konon nak paw kuih orang lain lah tuh mak kami. Lalalalalala.

8- Tepat jam 7pm. Bergantung jugaklah waktu berbuka puasa time tuh. Kami semua dah siap mandi. Masa dalam toilet selalu buat macam “eh eh, air termasuk dalam mulut”. Bila keluar toilet siap buat macam baik dan beritahu mak “mak, tadi masa mandi..rasa macam tertelak air sikit. Masa curah air dekat muka tadi mak..tak apa kan kalau tak sengaja?”. Dasar penulis skrip cerita dongeng terhebat kamu Lizz. Kahkahkah!

9- Mak,ayah, abang-abang semua standby nak makan kurma bila azan nanti. Tapi, bagi kanak-kanak macam saya..itu tak perlu. Hanya air sejuk sebelah tangan kanan dan coklat sepapan pada tangan kiri sudah mencukupi. Bila azan masuk, terus masukkan dalam mulut secara bergilir-gilir. Cute kan?

10- Waktu ni masing-masing siap nak pergi Terawih. Saya akan buat-buat macam aksi wanita sarat mengandung dan terus gosok-gosok perut. Harap sangat mak dan ayah faham bahawa saya tidak mampu berjalan ketika sarat. Muahahaha

Wah. Ingatkan sikit aja. Cukup pulak 10 naa.hohoho. Ok, itu cerita saya dan teman-teman. Puasa korang macam mana pulak ek?hehehe

Photobucket


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.