seo
Archive | August, 2009

Mentality masyarakat Malaysia memang begini ke?

28 Aug

Hye. Pada mulanya, saya tidak ingin menulis sebarang isu serious kali ini. Cukup sekadar memberi hidangan berkenaan Video Michael Jackson yang kononnya dikatakan masih hidup. Entahlah. Dunia hiburan memang begitu. Tak akan ada kesudahannya barangkali isu Jacko buat sementara waktu.

Layankan saja.

Sempena hari kemerdekaan Negara yang bakal tiba pada Isnin minggu hadapan, terpanggil pula saya untuk menulis barang seperenggan dua berkenaan mentality masyarakat Malaysia. Maaf kalau ada yang terasa.

Saya pasti aka nada yang terasa. Hehehe. Ampun dulu ya

Baik. Saya mulakan dengan memberi sedikit gambaran scenario yang saya lihat sebentar saja tadi. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya sebenarnya, bila berjalan ke mana saja..mata saya akan otomatisnya ligat melihat gelagat manusia sekeliling.

Mungkin teman-teman saya, mungkin juga orang asing yang saya tidak kenali langsung. Hobi saya barangkali. Sekadar melihat telatah mereka. Andai ada nasib baik, dapatlah saya sedikit hiburan atau pengajaran.

Pengalaman tak perlu diatur, tetapi biarkan dunia yang mengatur. Pasti seronok!

Macam tadi. Sebentar tadi. Mata saya terpandang pada dua anak kecil yang sedang cuba untuk seberang jalan raya. Kasihan mereka. Sudahlah masih kecil. Si abang memimpin tangan si adik. Erat sangat.

Walau hanya memangdang dari jauh, saya dapat lihat kasih si abang.

Yang pasti, mereka bukanlah warganegara Malaysia. Berkulit hitam. Saya membuat kesimpulan. Kalau bukan rakyat Sudan, pasti rakyat Afrika sepertimana teman sekuliah saya.

Teragak-agak si abang mencuba untuk melintas jalan raya. Sedikit ke hadapan, kemudian kembali semuala ke belakang. Masih gagal melintas. Mujur saya jauh. Kalau tidak, saya turun dan tolong mereka.

Sedihnya. Bila melihat mereka. Selepas gagal melintas di tempat yang salah , mereka berjalan ke hadapan dan berdiri betul-betul di tepi Zebra line. Andai Zebra line itu berada di luar university, saya boleh terima kejadian tadi.

Masalahnya, mostly mereka yang memandu di dalam UTM ni..semuanya para cendiakawan ok.

Entah mana kurangnya akal mereka ni. Sedikit pun tidak memperdulikan anak-anak kecil tadi. Langsung tidak memberhentikan kenderaan dan beri jalan pada si anak. Itukan jalan khusus untuk orang awam menyeberang! Sengal .

Oh, serius. Saya marah dan malu teramat. Butakah kamu wahai rakyat Malaysia yang berlagak cendiakawan semuanya??? Apa pula pandangan masyarakat luar tentang kita? Saya pasti mereka mencerca.

Tidak banyak, sebaris tentu ada makian untuk kita.

Kenapa saya malu? Mungkin kerana saya fikirkan kita semua melayu dan kebanyakkannya melayu Islam. Lainlah kalau di Indonesia yang Melayu nya belum tentu lagi Islamnya.

Sewaktu saya bercuti di Uk dulu, saya kagum dengan masyarakat mat saleh itu. Walau agama yang kafir pada agama kita, namun..rasa hormat mereka pada setiap orang buat saya sedikit terkesima. Apa saja, orang lain yang didepan mata di hormati.

Tidak kira siapa dan dari mana kamu.

Ibu saya yang tua itu pun, mat saleh tegur dan say Good morning madam Penuh sopan dan mungkin kerana tahu kami orang asing yang datang menjenguk ke Negara mereka…mereka selalu utamakan kami. Di restoran hotel misalnya. Kami sering dipelawa untuk duduk padahal mereka sendiri tiada tempat duduk!

How come saya tidak rasa malu dengan kejadian tadi?Hmm…Entahlah, soal mentality masyarakat kita memang susah untuk diperdebatkan. Hari ini kita tegur, esok lusa pun tetap sama. Full stop!

Kontroversi – Michael Jackson still alive? (video)

27 Aug

Pemergian raja pop, Michael Jackson sudah pun diketahui umum. Saya yang bukan peminat beliau pun turut menjadi mangsa abikat terkena tempias rasa sedih atas kematiannya. Yeah, beliau someone yang so special. Raja kontroversi dunia juga.

Kalau tidak, masa kan..teman saya yang seorang itu pun sampai bengkak-bengkak mata menangisi berita pemergian beliau. (beb,aku siap sedia kena bebel ni.hahahaha!!). Kasihan. Setiap malam teman saya menghiburkan hati sendiri dengan menonton kembali video-video klik raja pop itu.

Oh, belum setahun pun berita pemergian Jacko..hari ini. Saya menjumpai video yang menayangkan Jacko masih hidup! Oh, dunia. Mana satu yang benar? Saya tidak mahu memeningkan kepala dengan hal yang tidak tahu kesahihannya lagi.

Tapi, kalau setakat hendah share something dengan teman-teman bloggers yang masih belum tahu aka ketinggalan keretapi tentang khabar angin yang tidak kurang menarik jugak…apa salahnya saya letakkan video tersebut di sini bukan?

Ingatkan motto saya. Sharin is caring.kahkahkah!

Terpulanglah pada korang semua nak percaya atau tidak. Gunakanlah kuasa mata korang untuk melihat kesahihannya. hehehe.

This video shows that Michael was still alive after his dead body was transported to the Los Angeles Dept. of Coroner I checked the license plate number and it looks like the King of Pop is jumping out of the same van, his dead body has been in. I got the original video tape from a trustworthy source. I know him for years. And I am sure it´s real and Michael is alive.

Photobucket

Dalam buruk, ada juga baiknya.

26 Aug

Manusia sentiasa mencari kesempurnaan. Saya juga begitu. Kalau boleh, seisi alam ini saya mahu miliki. Tapi, itukan Cuma omong kosong. Masa kan manusia boleh berbuat begitu. Tidak sama sekali bukan?

Kadang-kadang, manusia terleka semasa sibuk mengejar kesempurnaan. Terlalu asyik mencari bonus akhirat yang kelihatan saja. Solat 5 waktu itu tiang agama. Ya, saya tahu. Walaupun saya mengaku selalu saja melalaikannya.

Bukan salah ibu dan juga ayah saya membesar. Mereka menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Amanah Tuhan untuk mendidik saya dilakukan dengan cukup sempurna sekali. Thanks mom and dad! I love u.

Sampai kapan pun.

Kekurangan ilmu agama saya datangnya daripada diri saya sendiri. Bukan tidak diasuh. Saya cukup menerima ilmu asas agama. Letih barangkali ustazah dan ustaz terpekik terlolong sewaktu mendidik saya suatu masa dahulu.

Pasti mereka sedikit kaget kalau melihat benih yang dibawah jagaan mereka tidak berapa menjadi. Harap maklum. Bukan tidak menghasilkan langsung ya. Cuma, tidak berapa berhasil.hehehehehe.

Asas agama yang ada, saya jadikan pegangan. Menjadi perisai untuk saya daripada si setan durjana yang selalu menghasut saya.(Tetap nak salahkan setan jugak ek?hahahaha). Sweet pula saya rasa bila difikir-fikirkan semula.

Sebusuk-busuk perangai saya, baru saya perasan. Saya masih berdara. Walhal teman-teman sekomplotan dulu, tergadai sudah. Perempuan mana yang tak banggakan? Hmm, soal kekurangan teman-teman tentang itu, tolak ke tepi. Saya sudah bercerita dulu kan?
Mereka tetap teman saya juga.

Setiap kali saya teringatkan mereka, saya pasti tersenyum. Korang tahu kenapa? Begini, kalau sesiapa yang tidak mengenali mereka..pasti semua mengata, mengeji dan mengutuk mereka. Suka suki memulaukan mereka.

Saya sedikit pelik dengan pemikiran singkat manusia. Tidak tahu asal usul cerita, tapi senang-senang saja menyampaikan pula cerita yang belum tentu sahih pada orang lain. Mak cik kepochi lah senang cerita. Macam jiran Si Sarah dulu.

Mak cik kepochi ni, kalaulah suatu hari nanti..tiba-tiba Tuhan turunkan hidayah terbesar pada saya..(oh, sila aminkan beramai-ramai cepat!!!!) Mana tahu, saya menjadi pendakwah. Hehehe. (Gila kau cicak:P). Saya akan beritahu mak cik kepochi generasi baru, bahawa teman-teman saya ini..walau solat mereka terabur,walau dara entah hilang di tangan siapa…

Tapi, mak cik kepochi perlu tahu..mereka ini punya hati yang cukup bersih. Mereka tidak pernah mengumpat dan mengata mak cik kepochi tau. Mereka tidak pernah menyebar-nyebarkan cerita pada orang lain tau.

Paling saya bangga dengan mereka, mereka cukup dermawan. Tak macam mak cik kepochi. Asal ada orang ketuk pintu rumah nak minta derma sempena Ramadhan macam hari itu…mak cik kepochi buat-buat macam terpengsan kan dekat dalam rumah? Kan?kan?

Kami tahu mak cik kepochi ada di dalam woo. Hahaha. Saya? Tidak banyak yang dihulurkan sebab memang itu saja yang ada. Tapi, mak cik kepochi perlu rasa malu dengan teman-teman saya..mereka dikatakan jijik.

Tapi, mereka masih tahu kasihankan anak kecil yang datang meminta itu woo. Saya Nampak mereka kaut semua duit-duit dalam dompet mereka. Berlari-lari membuka laci,kalau-kalau ada duit lain yang boleh diberikan. Bukan sedikit. Tapi, tak perlulah saya nak mentioned dekat sini nilainya ya :)

Hm, entahlah. Saya malas nak cerita pasal manusia macam ni. Mengata orang lebih. Diri sendiri tak sempurna, tidak pula Nampak ek??? Dasar goblok lah.
Moral of the story, carilah sendiri kalau mahu dan berminat. Saya menyampaikan cerita saja. Isinya saya tulis daripada pengalaman. Moral nya, mungkin berbeza bagi setiap seorang di antara kita. Peace :)

Photobucket


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.