seo

Mentality masyarakat Malaysia memang begini ke?

28 Aug

 Banner
  • Sharebar

Hye. Pada mulanya, saya tidak ingin menulis sebarang isu serious kali ini. Cukup sekadar memberi hidangan berkenaan Video Michael Jackson yang kononnya dikatakan masih hidup. Entahlah. Dunia hiburan memang begitu. Tak akan ada kesudahannya barangkali isu Jacko buat sementara waktu.

Layankan saja.

Sempena hari kemerdekaan Negara yang bakal tiba pada Isnin minggu hadapan, terpanggil pula saya untuk menulis barang seperenggan dua berkenaan mentality masyarakat Malaysia. Maaf kalau ada yang terasa.

Saya pasti aka nada yang terasa. Hehehe. Ampun dulu ya

Baik. Saya mulakan dengan memberi sedikit gambaran scenario yang saya lihat sebentar saja tadi. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya sebenarnya, bila berjalan ke mana saja..mata saya akan otomatisnya ligat melihat gelagat manusia sekeliling.

Mungkin teman-teman saya, mungkin juga orang asing yang saya tidak kenali langsung. Hobi saya barangkali. Sekadar melihat telatah mereka. Andai ada nasib baik, dapatlah saya sedikit hiburan atau pengajaran.

Pengalaman tak perlu diatur, tetapi biarkan dunia yang mengatur. Pasti seronok!

Macam tadi. Sebentar tadi. Mata saya terpandang pada dua anak kecil yang sedang cuba untuk seberang jalan raya. Kasihan mereka. Sudahlah masih kecil. Si abang memimpin tangan si adik. Erat sangat.

Walau hanya memangdang dari jauh, saya dapat lihat kasih si abang.

Yang pasti, mereka bukanlah warganegara Malaysia. Berkulit hitam. Saya membuat kesimpulan. Kalau bukan rakyat Sudan, pasti rakyat Afrika sepertimana teman sekuliah saya.

Teragak-agak si abang mencuba untuk melintas jalan raya. Sedikit ke hadapan, kemudian kembali semuala ke belakang. Masih gagal melintas. Mujur saya jauh. Kalau tidak, saya turun dan tolong mereka.

Sedihnya. Bila melihat mereka. Selepas gagal melintas di tempat yang salah , mereka berjalan ke hadapan dan berdiri betul-betul di tepi Zebra line. Andai Zebra line itu berada di luar university, saya boleh terima kejadian tadi.

Masalahnya, mostly mereka yang memandu di dalam UTM ni..semuanya para cendiakawan ok.

Entah mana kurangnya akal mereka ni. Sedikit pun tidak memperdulikan anak-anak kecil tadi. Langsung tidak memberhentikan kenderaan dan beri jalan pada si anak. Itukan jalan khusus untuk orang awam menyeberang! Sengal .

Oh, serius. Saya marah dan malu teramat. Butakah kamu wahai rakyat Malaysia yang berlagak cendiakawan semuanya??? Apa pula pandangan masyarakat luar tentang kita? Saya pasti mereka mencerca.

Tidak banyak, sebaris tentu ada makian untuk kita.

Kenapa saya malu? Mungkin kerana saya fikirkan kita semua melayu dan kebanyakkannya melayu Islam. Lainlah kalau di Indonesia yang Melayu nya belum tentu lagi Islamnya.

Sewaktu saya bercuti di Uk dulu, saya kagum dengan masyarakat mat saleh itu. Walau agama yang kafir pada agama kita, namun..rasa hormat mereka pada setiap orang buat saya sedikit terkesima. Apa saja, orang lain yang didepan mata di hormati.

Tidak kira siapa dan dari mana kamu.

Ibu saya yang tua itu pun, mat saleh tegur dan say Good morning madam Penuh sopan dan mungkin kerana tahu kami orang asing yang datang menjenguk ke Negara mereka…mereka selalu utamakan kami. Di restoran hotel misalnya. Kami sering dipelawa untuk duduk padahal mereka sendiri tiada tempat duduk!

How come saya tidak rasa malu dengan kejadian tadi?Hmm…Entahlah, soal mentality masyarakat kita memang susah untuk diperdebatkan. Hari ini kita tegur, esok lusa pun tetap sama. Full stop!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

29 Responses to “Mentality masyarakat Malaysia memang begini ke?”

  1. khairil 28. Aug, 2009 at 9:32 am #

    negara je merdeka dah 52 tahun tp kebanyakkan org masih lg berpemikiran kolot…

    [Reply]

  2. {lumut} 28. Aug, 2009 at 10:12 am #

    kat sini pon utamakan pejalan kaki..=)

    [Reply]

  3. lizz 28. Aug, 2009 at 10:14 am #

    khairil~memang pun. setuju! kalau yang tak berapa bijak, bley tahan lagi. tapi, yang educated ni yg aku hangin semacam. sengal

    [Reply]

  4. lizz 28. Aug, 2009 at 10:15 am #

    {lumut}~yeah. tau! Malaysia ni slow sikit bab2 ni. kalau bab gadoh2 pas ngn umno laju plak aku tgk. ntah ape2

    [Reply]

  5. meo188 28. Aug, 2009 at 10:42 am #

    melayu mudah lupa…

    [Reply]

  6. izwan7 28. Aug, 2009 at 12:12 pm #

    ish3..
    yang penting diorang hepi dan xde mslh. watpe nak peduli org lain.
    mentaliti kelas ketiga..

    [Reply]

  7. blowie 28. Aug, 2009 at 12:49 pm #

    kalau dah langgar budak tu baru nak nyesal,adoiyai

    [Reply]

  8. blackskin 28. Aug, 2009 at 6:01 pm #

    Ah~
    Orang kita memang pentingkan diri.

    Kadang2 sy tengok ada pemandu berhenti nak bagi chance pejalan kaki melintas tapi pemandu belakang sibuk duk hon kuat2.

    [Reply]

  9. nesca 28. Aug, 2009 at 7:24 pm #

    pengalaman dulu kat germany, zebra crossing tu adalah tempat paling selamat dalam dunia, tak payah tengok kiri kanan ko jalan je sure takkan kena hit. kereta pecut kaw2 pun sure akan berhenti.

    tapi aku rasa kalau kita wat camtu sah2 dah jadi arwah.

    betul2. kalau kita berhenti nanti org belakang akan horn, takpun driver sebelah kita wat muka kerek sebab dia terpaksa ikut berhenti

    [Reply]

  10. Kojack de Alloohaa 28. Aug, 2009 at 8:25 pm #

    ak pnah keja kt hotel, so rmai la jmpa pelancong2…depa slalu ckp org m'sia ni sopan santun, peramah, baik,bla..bla..bla..

    agak heran ak sbb x ramai org m'sia y ak jmpa punyai prangai mcm y pelancong2 tu ckp…

    x pon nasib depa baik sbb asyik jmpa org m'sia y bek2 ja
    ..hmmm..musykil ni..

    [Reply]

  11. lizz 28. Aug, 2009 at 9:13 pm #

    meo188~memang, tapi yang ni..rasanya bukan melayu aje nyer perangai. Masyarakat Malaysia…semua kaum :) huhuhuhu

    [Reply]

  12. lizz 28. Aug, 2009 at 9:15 pm #

    izwan7~daripada jadi camtu, lebih baik korek lubang kubur awal2. menyusahkan org kalau macam tu woo. walau belajar tinggi manapun, kalau hal simple camni pun diorang tak leh buat..better tak yah dapat "PROF" or "Dr".

    [Reply]

  13. lizz 28. Aug, 2009 at 9:17 pm #

    blowie~thats the problem dengan orang kita. semua mende nak kene dah TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI baru nak nyesal.

    kalau kene anak die, terhegeh2 nak saman orang itu ini. bongok kan?

    [Reply]

  14. lizz 28. Aug, 2009 at 9:19 pm #

    blackskin~see. im sure pemandu lori tu bukan someone yg educated. yang si sengal yg dok hon2 tu plak konon2 bajet KAYA or BERLAGAK MACAM DIA MANUSIA PALING BUSY DALAM DUNIA.

    mual kadang2 ngn org macam ni.

    [Reply]

  15. lizz 28. Aug, 2009 at 9:25 pm #

    nesca~kan? aku tak tau kat Germany cuz tak pernah sampai. tunggu org derma bg duit..then aku gi sane lak naa. muahaha.

    tapi, takat ni..aku gi Spore, UK, even Mekah yg super sibuk tu pun, Dubai, Brunei semuenyer OK BANGET!!! zebra line tu dah cam penyelamat ar.

    kat sini nak wat lawak kenduri arwah mengejut..silakan try. muahahaha. akak ipar aku dok kat uk 10years, so..dah terbiase ngn zebra crossing tu..so, mase mule2 kat sini..konpiden abis nk wat cam ala2 die kat UK.

    jgn harap..die terkejut giler bler kete berdesup laju depan die. mengucap panjang die woo.

    aku ckp "tak ade maknenyer zebra2 ni. wat teng teng bley ar kot.". hahahaha

    [Reply]

  16. lizz 28. Aug, 2009 at 9:27 pm #

    Kojack de Alloohaa~aku rase, smue pelancong akan bodek camtu kot. muahaha.*kidding

    actually, bukan semua yg mentality kontot camni. certain aje. cume, bile ade yg berperangai camni…nak xnak, kite pun dapat nama busuknyer.

    kan?

    [Reply]

  17. Mr K 28. Aug, 2009 at 10:02 pm #

    "I feel stupid being Malaysian"

    HAHAHA

    [Reply]

  18. lizz 28. Aug, 2009 at 11:38 pm #

    Mr K~sewel tau die ni.muahahaha!! im proud beb! cume, being stupid kadang2 aje.kikiki

    selamat berpuasa wei!!

    [Reply]

  19. Att Ashburn 29. Aug, 2009 at 12:35 am #

    sy pun suka observe org jugak. msyrkt kite mmg cm 2..zebra crossing x reti2 nk tlg berenti, bg org laen lalu jap.. lecturers sy ckp kt NZ, xyah tekan lampu traffic light pun nak lintas..nanti sy bgtau btul ke tak bende tu huhu

    [Reply]

  20. BuDakHutaN 29. Aug, 2009 at 1:00 am #

    fuh , bab moral dan mentaliti ni yg kekadang buat aku byk fikir…

    hari sabtu ari tu , aku tak sempat ntuk sampai rumah ntuk buka posa , so aku , brader ngan kazen pun beli2 lah sket makanan dan minuman ntuk berbuka di tepi pantai , d way pjlanan pulang…

    sampai jak time bebuka ada family lain yg mgkin senasib ngan kamiurang , time berbuka tu , nampaklah semua berbuka dengan penuh syukur dan nur iman…

    part tak best , bila dah habes makan buka posa , dengan selamba dan tanpa rasa kesal dorang buang jak sampah tu pi tepi pantai tu… aik! posa ka ? mungkin salah konsep kot…

    aku siap tengok dorang , dan amek sampah aku dan buang kat dalam tong sampah yang betul2 berdekatan..

    kalau dorang nampak dan faham mesej aku bagus… kalau tak.. bah , 'puasalah'

    puasa bukan setakat menahan lapar..

    uiks..emo plak aku ..

    [Reply]

  21. nesca 29. Aug, 2009 at 2:34 am #

    wahahah teng teng pun boley~

    [Reply]

  22. Azah 29. Aug, 2009 at 3:47 am #

    mmg kebanyakan nya macam tu, tapi tak pulak kat tempat aku.
    Kat zebra lain tu, kalau ada je spe2 yg nak melintas (walaupun sorang), kete akan berhenti.
    Aku respek jugak la orang2 sini sbb walaupun area hospital mmg slalu bz dan jam, xde la plak dorang nak tergesa2 dan x bg laluan…
    *tapi kadang2 ade je yg x bagi.

    ~ tu la… pelik kan bila manusia ni perangai pelik2… Kita ingat kita ni baik, semua org pon baik macam kita…

    Tapi hakikatnya tak macam tu.

    [Reply]

  23. Kojack de Alloohaa 29. Aug, 2009 at 3:50 am #

    hmmm..btoi2..

    tp cmna pon ak bgga jd anak MALAYSIA..!! yeeaaaarrrggghhh

    [Reply]

  24. lizz 29. Aug, 2009 at 5:38 am #

    Att Ashburn~tolong check ngn ur lecturer ya :) itulah,kadang2 tak faham ngan Malaysia ni. dok sibuk Malaysia boleh berjuta kali..

    tapi, mende simple..tak Boleh plak.adoi. lomah den nak ulang2.hahahaha

    [Reply]

  25. lizz 29. Aug, 2009 at 5:42 am #

    BuDakHutaN~kikikiki.tibe2, aku rase ko comel giler beb!!! cute time emo.hehehe.

    bab buang sampah pun 1 hal. aku pantang btol org buang sampah kat tmpt awam. lagi2 kalau buang sampah dr dlm kete tu ok. rude giler!

    bagus ko wat camtu. kalo aku pun akan wat camtu gak!!! padan muke.muahahaha

    [Reply]

  26. lizz 29. Aug, 2009 at 5:42 am #

    nesca~hehehehe! betul kan???

    [Reply]

  27. lizz 29. Aug, 2009 at 5:51 am #

    Azah~aku lak lain beb. aku ingat, kalo aku cam lahabau aka jahat sket (sket je ar.hahaha!)..orang lain maybe baik dari aku.

    ye ar, tgk luaran..cam ok banget. tapi, sengal siut

    [Reply]

  28. lizz 29. Aug, 2009 at 5:52 am #

    Kojack de Alloohaa~IM VERY PROUD BEING MALAYSIAN!!!! so much woo.

    [Reply]

  29. BuDakHutaN 29. Aug, 2009 at 8:33 am #

    sepatutnya pendidikan moral dan pendidikan agama dimasukkan dalam kategori wajib lulus peringkat PMR dan SPM dan STPM
    disertakan dengan latihan praktikal.. selama 10 tahun …

    bukan dalam bahasa inggeris yeak..
    dalam bahasa yang penuh berbudi bahasa… ahaks

    bukan semua org malaysia camtu , cuma segelintir, tapi yg segelintir tu plak lebih terang nyata dan jelas…

    sebab sambal dan ikan masin abes nasi sebelanga…
    sebab nila setitik , biru baju semua… ades…

    [Reply]

Leave a Reply