Manusia Sarkastik
12 Aug
Terima kasih. Kalau korang tidak sempat join diskusi berkenaan entry saya semalam, bolehlah baca di sini. Nak komen boleh. Cuma, itu soal pegangan agama kita.Jadi, bila komen biar bijak. Jangan ada yang berbalah ya
Itu kisah semalam. Lupakan kalau mahu. I dont mind.hehehe.
Kali ini saya ingin keluar daripada topik cinta mahupun agama. Hari ini, episod lain. Why not kita cerita tentang isu Manusia Sarkastik. Boleh ?
Before that, kamu tahu apa itu sarkastik?
Ok. Actually, sarkastik punya banyak maksud tersirat disebalik term itu sendiri. Kalau korang rajin sedikit daripada saya yang super pemalas ni, boleh lah cuba kaji apa maksud sebenar sarkastik. Kahkahkah. Itu kalau rajin.
Macam saya juga? Jom saya suapkan korang dengan ilmu yang tidak seberapa ini.
Mengikut pemahaman saya, sarkastik itu merujuk kepada kata-kata yang berunsur memerli atau melaser yang keluar daripada mulut (bukan perut ya) seseorang. Tiada lain tujuannya. Cuma memuaskan kehendak diri . (no. its joke.hohoho)
Diskusi lanjut bermula di sini.
Korang terasa pedas tak? Korang sarcastic people ke? Hehehe. Sorry. Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati. Nak bagi korang geram saja. Wahahaha.
Secara jujur. Saya manusia sarkastik suatu ketika dulu (macam iklan drama Astro). Rasa puas setiap kali dapat melontarkan kata-kata sarkastik itu pada teman-teman yang saya agak tidak suka caranya. Mereka yang terlalu baik saya katakan padanya begini “nak jadi ustazah, masuk sekolah pondok”. Mat rempit saya psiko begini “hebat giler. Pahala dah berkepuk lah tu”. (Sumpah. Saya jahat gila)
Itu dulu. Masa zaman masing-masing nak tunjuk bagus. Biasalah. Umur remaja yang sedang meletup. Haha. Setiap kali dapat melontarkan kata-kata sarkastik, saya puas. Bukan saya seorang. Teman segroup lagi hebat. Sekali kena ayat sarkastik mereka, boleh menangis dibuatnya.
Apa saya rasa? Saya rasa (ketika itu. Not now), Itu saja cara yang boleh puaskan hati saya. Saya berpendapat, selepas saya lemparkan ayat-ayat sarkastik pada mereka yang saya tidak suka caranya akan terus berfikir dan kemudian mereka berubah.
Bagi mangsa yang bajet bagus (sarkastik juga senang cerita) pula, saya lemparkan kata-kata itu sekadar mahu membalas. Mahu memprotes saja. Saya pun tidak mahu kalah dengan mudah tanpa membalas. Hehehe. Pendek kata, saya mahu buat mereka sakit hati.
Ah. Itu dulu. Sarkastik itu memudaratkan hubungan saya bersama teman-teman. Bagi mereka yang kenal rapat, tiada menjadi masalah. Mereka tahu hati saya. Tetapi. Bukan semua manusia mengenali siapa saya.
Jadi. Mereka tidak suka dengan cara saya. Sepucuk note saya terima. “Maaflah Liza. Aku rasa kau terlalu sarkastik. Ramai yang kecil hati”
Hahahahaha. Saya buka pekung sendiri? Alah. Ada saya kisah apa korang nak kata? Persilakan dengan segala hormat. Hidup ini perjalanan yang panjang. Tiada kutukan pun hidup kurang menyerlah juga.ahaks!
Sejak itu. Saya perbetulkan keadaan. Saya tidak lagi menjadi manusia sarkastik yang dibenci teman-teman (seriously, mereka mengaku bencikan saya. Hahaha). Saya menjadi manusia yang lebih berani untuk bersuara secara face to face. (translate: muka ke muka.wahahaha)
Mungkin masih ada antara teman-teman yang tidak selesa dengan cara ini. Tapi, bagi saya dan rata-rata teman baik saya lebih senang dan mereka pun join juga. Bernanah-naha telinga bila masing-masing buat sesi communication face to face suatu malam .
Its better pada saya. Telinga saya sakit waktu itu saja dan pulih sebaik selesai sesi curhat (curahan perasaan. Ini bahasa Indonesia).
Terpulanglah untuk korang. Mahu menjadi manusia sarkastik atau berterus terang. Cuma, ada pendapat teman saya mengatakan mereka yang sarkastik itu penakut sebenarnya!!! (siut . So, dulu aku penakutlah)
Yang pasti. Sekarang saya percaya dengan kata-kata ini what you give, you get back. Saya terima imbalannya. Beberapa teman saya tersangatlah suka bermadah dengan kata-kata sarkastik. Saya gelar mereka penakut dan mencari nahas.
Kenapa?
Sebab sebaris ayat sarkastik mereka beri. 10 baris saya balas. Mereka tidak tahu saya jaguh sarkastik dulu barangkali. wahahahaha!
itu perlu sebenarnya di dalam hidup!!!







bukan sekadar ramai sarkastik je..
yang plastik mahupun spastik pon melambak..
pilihlah nak yg mane..
aiisshhh
[Reply]
hmmm..
[Reply]
sarkastik xpe lg kot.. jgn jd hipokrit sudah.. hehe..
[Reply]
mmg ramai manusia mcmni…pening klu nk pk bnda ni..tp btol la,ap yg kite ckp kite akn dpt blsnye tu…
pes time bace tajuk ngtkn manusia keje kat sarkas.muahaha
[Reply]
kadang2 perlu tp jgn keterlaluan ar
[Reply]
nice ..
muja94
[Reply]
lumut~spastik yg sejak lahir aku ok. itu takdir Tuhan. if spastik sudut lain tuh, buat gwe muntah jugak kadang2.hahaha
manusia plastik biasanya..selebriti kot
[Reply]
en_me~if ada yang ingin dikongsi..silakan. tak usah takut
[Reply]
ezany~tak boleh juga. sama level tuh sebenarnya.hahaha. dua2 orang tak suka. orang takkan selesa dengan manusia spesies begini.
hohoho.
[Reply]
Encik Azizan~hahaha. yeah. bukan semua orang yang tahu maksud sarkastik itu. so, tak salah juga kalau ada yang ingat sarkas.kikiki
so, pengajaran…fikir2 lah sebelum melaser orang.wahahaha
[Reply]
[S]itie [B]Um [B]Um~best your nick.hehehe. hmm, setakat ni saya tak nampak sangat perlu guna macam mana.
biasanya, bila guna..orang tak suka kan kita. huhu.
[Reply]
lizz, aku rasa aku ade komen kat entry lepas. ko delete ek? ke aku yg lupe nak tekan button publish. lupe kan laaa…
aku ade kawan sarkastik. setiap butir perkataan yg kuar dr mulut dia memang selalu menyakitkan ati aku n orang lain. tp lama2 aku dah lali dah. aku tak tau la orang lain rasa perlu ke tak sarkastik ni. tp bagi aku tak perlu. kerana menyakitkan ati orang n menambahkan dosa je. kan?
[Reply]
cik nana~ek? thats y aku cakap..toksah jadi sarkastik sangat..orang lain tak suker.
actually, aku tak suka sarkastik2 skrg ni. malas dah nk bikin hati org panas. tapi,kalo org bagi aku panas,..aku wat list utk balas wei.
wakakaka
[Reply]
kadang2 ayat sarkastik tu ayat yg jujur dan spontan, walaupun mecucuk tapi itulah kebenaran.
~ kadang2 ke la..
tpi most of the time manusia sarkastik ni nak bajet bagus je.
hoho… aku dulu sarkastik senyap2an. kata orang di belakang je, takut mereka terasa hati ~ still kategori sarkastik jugak kah?
[Reply]
Azah~tak beb. itu kategori hamster main pondok2. hahaha.
kalau macam tu, i dunt think sama cam sarkastik kot. cuz ape yg aku paham, sarkastik tu kite laser depan2 si mangsa tu woo.
aku dulu wat camtu sambil buat2 selak buku. mangsa sebelah sure sumpah seranah aku.kakaka
[Reply]
knape susah untuk terima jiwaraga orang lain?
just let them be wut they want.
seperti sesetgh orang yg bencikan hipokrasi, tanpa sedar dia juga amalkan hipokrasi.
damn!
[Reply]
sarkastik..
pertama kali bro mendengarnya
sekadar contoh untuk dikongsikan
"pe barang tido awal, xremaja la"
[Reply]
Sarkastik mengikut pemahaman saya..mungkin boleh menjurus kepada perbuatan atau pertuturan yang bertujuan utk pemerlian atau penyindiran semata utk menyakitkan hati. Dalam ertikata lainnya 'lorat' la senang cerita.
Ada apa dengan manusia sarkastik ini? Jarang saya temui teman-teman saya berperangai begini. Alhamdulillah. Mungkin di sebabkan umur yang makin meningkat,makanya kebanyakannya lebih suka mendiamkan diri daripada menjadi selorat-lorat manusia.
Tapi dengan pelanggan-pelanggan saya di bank…70% semuanya begitu. Almaklumlah…customer always right kan. Jadi, bila mereka tak dapat apa yang mereka mahu.. loan tak approve misalnya, mereka akan jadi sesarkastik yang kamu takkan dapat bayangkan. Aduhh..letih melayan kerenah manusia begini.Kamu tak boleh nak marah. Tak boleh meninggikan suara, malah kena pula maintain senyum. Sakit jiwa kan?
Cara-cara saya menangani manusia sarkastik ini? Saya tidak sesekali meninggikan suara. Bibir tetap mengukir senyum sampai ke telinga. Biarkan plastik tidak mengapa. Cool saja walau dalam hati tuhan saja yang tahu. Saya percaya…bila orang-orang sarkastik sebegini berdepan dengan kita yang maintain tenang…nescaya..mereka akan malu sendiri. Tak percaya? Cuba lah..
[Reply]
tips jadi sarkastik xde ke lizz?
mane tau ada ayat2 power boleh kongsi.. ehehe..
[Reply]
sarell~hehehehe. be cool ya
actually, setiap orang ada pandangan masing2. hak individu.
saya agak hipokrasi dan suka jadi sarkastik dulu. tapi, semakin dewasa..kita akan tau how to handle all those thing lah.
maybe ada, tapi tak sampai nak wat hati orang lain bernanah cam dulu lah kot.kekekeke
neway, tq ya comment sini!
[Reply]
Framestone~actually sarkastik dalam bahasa pasar macam perli2 gitu, tp saya gedik arini.
so, gunelah bahasa ilmiah sket.kikiki. cth sarkastik yg btul sket camni bro
bila nampak someone smoking.
"sedap nyer bau asap ni…macam boleh buat ubat ni. lama2 boleh dapat award perokok tegar ni. good2!"
GITUU…hehehe
[Reply]
delacroix~beb, kamu someone yang terlalu baik. saya tidak. Saya kurang sabar dengan manusia begini.hehehe
Kan lebih elok kalau ada masalah or tak puas hati, cakap depan2. biarlah rasa nak sepak ke ape..tapi, its better than cakap mende2 sarkastik woo.
seriyes. saya kurang sabar. itu yang keluar balasan berbaris2 tu.ahaks!
[Reply]
ansaree~tak boleh. nanti kamu guna ayat sarkastik tu kat boyfie kamu.
aku jugak dipersalahkan.wahahhaa
[Reply]
huhu.sifu sarcastic.
tp mmg ade certain manusie yg perlu ayat sarcastic utk disedarkan.
[Reply]
Sarkastik direct memang kekadang bikin sakiet hati beb , tetapi kadangkala perlu utk bagi peringatan pada yang perlu diingatkan…
Bukan amalkan sarkastik level cercaan tahap super saiya , tapi level tahap berlapik kek lapis berlapis lapis…
hehehe…
[Reply]
sarkastik dr kawan mcm ok..sy pun jenis outspoken, so ok boleh terima.. tp klo cikgu yang sarcastic, x boleh..rasa dendam je haha..
[Reply]
erm, jgn over sarkastik pule. nanti jd mcm kumpulan lawak senario….
lawak menyampah (sori bhs kasar)
[Reply]
izwan7~yep. kadang2 wajib gune sarcatic word jugak. its depend lah actually..huhuh
[Reply]
BuDakHutaN~susah lah wei kalau kene cakap berlapik2. aku leceh sikit bab2 ni. aku cakap depan2 aje. if manusie itu tidak sensitif, makanya akan trime. if sebaliknyer…nasib ar
[Reply]
Att Ashburn~oh!!! kita geng! saya benci giler ngan seorang cikgu disekolah lama gwe.hhoho.
mulut die cam anak gajah tersepit kat lori balak. geram tau! patutnye die cikgu, takleh melaser camtu. sengal!
[Reply]
meo188~kumpulan senario? saya lebih suka lawak sepah.hehehehe. sarkastik giler2, baru mencabar perut nak gelak.kikiki
[Reply]
Salam…
Terima kasih atas penerangan maksud sebalik perkataan sarkastik…
Saya tersesat dalam blog anda masa mencari sumber utk design Aurat…
cari punya cari…
baca punya baca…
klik punya klik link yang ada….
tertarik nak tau apa itu sarkastik…
dan lalu…itu dia anda menerangkan maksudnya…
sblum itu saya ingin mohon maaf…
memang kita tidak kenal antara satu sama lain..
tapi sejujurnya dalam pada saya memahami maksud yang disampaikan anda…
hati saya sakit membacanya….
sememangnya perbuatan ini sama dengan mengecilkan hati dan perasaan hambaAllah yang lain juga…
penerangan anda memang sampai dan boleh difahami…
Alhamdulillah jika perbuatan itu dah berlalu..
harap jgn diulangi…
seperti yang anda highlight ‘what u give..u get back..”
its true..perbuatan baik yang anda beri kepada orang lain akan dibalas akan kebaikan pada dia dan jika perbuatan buruk akan dibalas akan keburukan juga…
beringat2 lah kita…
Secara umumnya , Ihsan hanya mempunyai 2 syarat / rukun utama berdasarkan hadis Saidina Umar ra :
فَأَخْبِرْنِي عن الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ الله كأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ.
“Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
jika kita dapat melahirkan perasaan bahawa DIA sentiasa bersama kita dan memerhati kita maka insyaALLAH kita dapat menghindari dari melakukan perbuatan yang dibenci oleh-NYA
Salam dahulu dari sahabat…smoga perubahan membawa kejayaan. Orang yang bersungguh2 meninggalkan perbuatan yang dilarang berubah kerana ALLAH akan deberikan pahala disaat dia bersungguh2 berubah dan mengejar kebaikan juga akan diberikan pahala…Maka setiap keazaman perbuatan dia memperbaiki diri di beri ganjaran.
Assalamualaikum..
[Reply]
tadi ada tercari maksud perkataan sarkastik & terjumpa di sini. terima kasih kerana memberi makna beserta contoh & amat mudah di fahami. tujuan mencari kerana diri ini juga pernah di label “sarcastic” dalam ruangan komen pada tahun2 lepas.
sekurang2nya kita menyedari kita atas perlakuan yang kadangkala tidak di sedari. semoga kita sama2 berubah.
[Reply]