Lelaki dan skandal
16 Aug
Tiada gossip panas, tiadalah drama Natasha dulu. Baik korang angguk kan saja. hahaha
Macam mana dengan kita?
Apakah perlu skandal di dalam hidup kita sehari-hari? Saya rasakan tidak perlu sama sekali. Untuk apa skandal itu andai ia akhirnya menggigit kita kembali?
Saya tahu. Mungkin ada antara korang yang memberi seribu satu alasan untuk membela diri. Skandal yang terang-terang tiada faedah, dikatakan permainan hidup yang paling menyeronokkan. Gila.
Definisi skandal itu sendiri sudah membayangkan betapa hinanya maksudnya untuk kita pegang. Skandal merupakan “sesuatu perkara yang memalukan atau tidak baik” . Tiada makhluk Tuhan lain yang lebih layak dituding bagi menerangkan istilah Skandal. Tidak lain dan tidak bukan, Manusia.
Ya. Kita. Saya dan juga kamu.
Saya merasakan, seseorang yang bergelumang dengan skandal patut sedar apa yang mereka sudah lakukan. Saya tidak mahu menyentuh isu skandal ahli politik mahupun skandal artis. Itu diluar topik perbincangan saya. Serahkan saja pada yang pakar.
Mazidul tentu lebih arif berkenaan skandal Dato’ ABC bersama ahli puteri Umno. Skandal artis pula, korang rujuk pula pada Abang Nas Ahmad. Mereka sifu segala skandal.hehehehe
Blog saya sekadar blog pinggiran. Setakat berdiskusi tentang perkara sekeliling saya sudah mencukupi.
Berbalik isu skandal. Baru-baru ini, saya berjumpa seorang teman. Bukan teman baik semestinya. Tetapi, cukup mengenali antara satu sama lain. Shes nice person. Seorang wanita cantik. Seorang ibu kepada seorang cahaya mata yang superb cute macam mummynya juga. Shes so gorgeous actually.
Apa kaitan tajuk skandal dengan beliau?
Tentulah ada. Malah cerita hidup beliau yang cuba saya paparkan dan kongsikan di sini. Untuk renungan korang dan pengajaran saja juga.
Mungkin lebih elok kalau saya gunakan nama samara di sini. Selepas ini, untuk entry ini..saya gelarkan beliau dengan Sherry. (tak perlu meneka nama sebenar beliau ya. hehehe)
Sewaktu bertemu dengannya, ada sedikit duka bersamanya. Tidak susah saya untuk menduga bila teman sendiri sedang menghadapi masalah. Saya juga wanita sepertinya. Hohoho. Saya manusia yang sangat berterus terang.
Jadi, saya tanyakan pada Sheryy. Apa benar dia sedang ada masalah. Sherry agak terkejut bila saya tanyakan soalan begitu. Mungkin tidak selesa barangkali. Mungkin juga saya telah melebihi batas sebagai seorang teman biasa untuk bertanyakan hal peribadi Sherry.
Saya mohon maaf padanya. Tidak seperti yang saya jangkakan. Sherry rupanya senang bila saya mengambil berat akan dirinya. Jadi, kami meneruskan perbualan hari itu.
Sherry: Actually, aku ada masalah dengan laki aku. Dia ada skandal dengan perempuan lain.
Me: Heh? Akhirnya. Kau tahu juga?
Sherry : What do you mean?
Me: Kau lupa? Akukan pernah ingatkan kau pasal laki ko yang separa siuman tu dulu. Kompem ko lupe kan??
Sherry : Hal ape? Aku tak ingatlah wei. Dah lama kot ko cite kat aku.
Me: Ha’ah. Lame dah. Masa kau mula-mula couple dulu. Aku cakap dekat ko yang bf ko tu kaki perempuan. Tapi, well…its normal lah kan. Ko ngah cintun karat dengan dia.
Sherry: Yeah, silap aku. Lupakan hal dulu lah. Now, masalah aku lebih penting.
Me: Skandal dengan siapa? Ko dapat tangkap diorang ke?
Sherry : Yep! Bulan lepas. Dia cakap dia ke KL untuk kerja. Memang ke KL, tapi pergi jumpa perempuan **** tu.*Cerita lanjut tak perlulah diteruskan. Cukup setakat isi penting saja. Huhu
Sherry agak sedih dan tidak putus-putus dia menyumpah seranah suaminya (bakal menjadi bekas suami rasanya…). Katanya, dia sekarang tahu kenapa keluarganya dulu agak berat untuk mengizinkan dia berkahwin dengan suaminya.
Mungkin ada kebenarannya tentang lelaki. Duit mereka gunakan sebagai senjata paling ampuh untuk mengikat seseorang dengan diri mereka. Skandal mereka mungkin bertukar setiap bulan. Namun, duit bukan segala-galanya di dalam sebuah perkahwinan. (Currently, perempuan pun galak bermain skandal)
Itu sebenarnya terjadi dengan teman saya. Suaminya seorang lelaki yang berasal daripada keluarga yang kaya. Duit seolah dicop sehari-hari. Skandal wanita mungkin makanan hariannya. Teman saya juga terpikat dengannya kerana duit. Hari ini, duit itu juga yang memakan dirinya.






betul ke formula tu?
duit berkadar terus dengan skandal?
huhu..betul la kot.
aku ni, duit x de. skandal pun x de.
haha…
hm… tepuk dada tanya iman la senang cite.
[Reply]
rasanya formula yang betul..
( Duit + rupa ) nafsu = Skandal
hehehe… tak elok la skandal , lagi bek naik basikal ari2..bleh gak eksesais..
[Reply]
Azah~ye ar.. formula merepek aku tuh..duit=skandal. ko kene ade duit, baru leh wat skandal beb.hahahaha
[Reply]
BuDakHutaN~ni ape kaitan beskal ngn skandal wei?wakakaka
tapi, formula lagi best ar wei.hehehehe
[Reply]
hmmm… benda ni la aku takuti. Nauzubillah… minta dijauhkan dari perkara2 ni dari diri aku, keluarga dan rakan2 aku.
biasa cam tu la. bile laki ade duit lebih je, mula la nak berskandal bagai.
[Reply]
cik nana~itu lah. dulu aku selalu aku sangkalkan isu ni. konon2, taklah.
sekali dah kene kat kawan sendiri..alahai. takut juga.
actually, rasanya skandal tu just utk "main2" aje. wife tetap die sayang..tapi,kalau aku jadi wife..takmo lah camtu
[Reply]
kalah formula Albert Einstein haha!
[Reply]
tak suke skandal..tapi suke nak amik tau skandal org. hehehe..
[Reply]
skandal + duit = "NO KOMEN"….
yg benar,
dato R.
[Reply]
Bodoh punya laki.
Ada ke bagi alasan outstation.
Tu alasan lapuk.
Laki tu patut bljar kasi alasan yang nampak real sket baru tak kantoi.
HAHA
[Reply]
DAN~hehehe. die tu keturunan gwe:P hahaha
[Reply]
MuMMy 2 Haqq~adatlah tuh..kita kan sama2 perempuan.hohohoho
[Reply]
rizputra7~skandal+duit=bini baru.wahehehehe
[Reply]
Mr K~wahahaha!! giler ngeri kalo terkawen ngan ko wei. kahkahkah!!
[Reply]
lizz…tajuk yg nie tak ada ker??? "perempuan dan skandal"
[Reply]
Budak tu dah kawen ke..
[Reply]
emm klu formula tue betul ini bermakna..tanpa duit x hiduplah kita kn..!!!
[Reply]
Skandal tu mahal perlukan duit untuk maintenance, maka sy setuju duit berkadar terus dengan skandal.
[Reply]
rizputra7~tak ada sebab nanti memburukkan diri sendiri. wahahaha. *kidding.
for now, tak ade lah
[Reply]
naqiubex~my frenz tu dah kawen n ade anak sorg…
[Reply]
khaLifah feDi~kalo ko jenis yang suka skandal…then,memang tak bermakna lah idup:P
[Reply]
blackskin~hehehe. skandal tu mmg mahal sgt. nak handbang beribu-ribu. kasut 10jenis sebulan..baju lagi.hohohooh
[Reply]
skandal org lelaki ni yg sakitkan hati ni , dah berbini or ber gf ppun masih mencari lagi…tapi, yang pempuan pun, macam ada kan..
knock on wood…harap2 jauhkan dari semua tu..
[Reply]
he..23x perempuan mudah hanyut dalam cinta buta mereka.. (duit la tue)
mereka ckp mereka cinta sepenuh hati..sedangkan dalam sedar xsedar… duit yg mengaburi segala2nya
[Reply]
laki sekarang suka makan luar.. trend.. kenal ramai sgt pesen ni.. xsedar tua.. xkesian bini kat umah.. bajet dah hensem sangat..
p/s: mintak jgn tjadi pada saya dan kwn2.. sunatkan suami anda sekali lagi kalo mereka buat..
[Reply]
erm….
sbnrnye… kite kena keputusan ikut rasional. Jgn ikut perasaan. itu yg byk kes cerai2 curang2… semua ikut perasaan je.
Kena cool dn selesaikan secara diplomasi.
Manusia xde yg sempurna. Ujian dtg menguji manusia.
[Reply]
hidup biar sedap…….
hee` bole cm tue lizz..
[Reply]
dunia sekarang..
[Reply]
duit bukanlah segala2nyer.. tapi segala2nyer nak pakai duit kan kanns.. hmmm, salammm akak lizz itteww
[Reply]
ahhaa..ak xda byk duit..so ak x buat la skandal2 nih..
hahahah
[Reply]
Formula kamu itu ada betulnya. Ada duit..maka skandal pun ada.
Tak perlu jadi artis kalau mahu berskandal. Kita semua manusia biasa. Andai nafsu merajai diri…maka di mana letaknya kita untuk menilai buruk baik sesuatu mahupun halal haramnya?
Pokoknya di sini, skandal @ kekasih gelap hari ini tak mengira sesiapa, usia, pangkat mahupun jantina! Menabur duit pada skandal..atau dalam bahasa paling senang utk difahami 'spedo'.. menjadi satu kemestian. Tak ada duit..bye-bye!
Tapi ada juga yang berskandal bukan semata kerana wang. Alasan sunyi mungkin paling teratas dalam carta. Malah ada juga yang memberi alasan..nak test power. Konon nak tengok sejauh mana keberkesanan ayat untuk memikat hati skandal supaya terpikat. Bila dah dapat..bye-bye juga. Habis madu sepah di buang!
Jangan menuding jari pada wanita saja. Lelaki apa kurangnya. Kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Si lelaki gatal melayan..siapa suruh?
Wanita hari ini terutama yang berkerjaya kebanyakannya tidak mementingkan lagi status seorang lelaki. Berkeluarga atau tidak, mereka tak kisah. Yang penting, lelaki itu adalah 'lelaki'! Ada yang lebih teruk, wanita golongan ini berskandal dan berkahwin… semata kerana inginkan zuriat. Lepas melahirkan…mereka bawa haluan masing-masing. Jangan tanya di mana saya tahu atau siapa…tetapi ada di luar sana yang berobjektif begini dalam perhubungan. Trust me!
Dalam situasi ini, saya kasihankan si lelaki. Wanita menjadi dominan dan lelaki hanya menurut.
Saya rasa..tajuk topik kamu itu patut di ubah kepada 'Lelaki…wanita & skandalisme'..
Baru betul gayanya. Heh heh..apa kata kamu?
[Reply]
Am~lelaki suka buat alasan mereka boleh berkahwin 4 kalau tertangkap dengan skandal. so, itu kot yg buat masalah ni makin berleluasa.
gurl pun ada jugak yang buat skandal. tapi, rasanya tak seganas skandal lelaki.hehehe*diskriminasi di sini
[Reply]
Framestone~a'ah. saya mengaku yang itu bagi pihak perempuan lain. bukan nak kata apa, tapi now ni..duit tu macam nyawa lak.
kadang2 muke perempuan lawa giler, tapi dapat lelaki kureng ensem cume poket penuh. poket tu penting sangat.hohhoo.
tapi, cinta macam ni mmg xkan lama lah. biler si dia tak boleh nak bagi duit dah, seriously..akan ade problem nnti.
[Reply]
ansaree~you know what..lelaki sekarang susah diduga. kadang2 luar nampak cam konpiden diam, malu2 kucing…tapi, skandal keliling pinggang woo.
[Reply]
meo188~bab dugaan datang tu memang saya setuju. tapi, maruah itu jauh lebih penting for me.
for me, lelaki dia sangat biadap cuz tak hargai wife yang super cantik at all. hati kawan saya remuk semacam dah.huhu
[Reply]
kf~hidup biar mencabar lah best sket.
[Reply]
Zaidon~dunia akhir zaman..
[Reply]
en_me~kikikiki. no money no new shoes,no handbag, no new ring. wakakaka
[Reply]
Kojack de Alloohaa~bagus jugak. at least, ade kesedaran itu.hahaha. *joke ya!
if ada duit sekalipun, jangan buat woo. sakitkan ati aku aje nanti.hahaha
[Reply]
delacroix~sebenarnya, skandal itu sendiri tidak memihak pada sesiapa. milik wanita mahupun lelaki. Cuma, mungkin informasi di kaca tv sering memaparkan skandal lelaki..jadi , saya pilih untuk dijadikan tajuk entry! hehehe
artis atau bukan, bukan isu besar. mereka tetap manusia biasa. cuma, mungkin kerana agak berpengaruh dan punya nama..mereka gunakan itu untuk berskandal.
yang peliknya, ramai yang skandal2 ni mereka yang punya keluarga yang seolah2 perfect. tetapi…hmm, entahlah. mungkin ada cacat cela dalam hubungan sedia ada…jadi, skandal adalah penyelesaian terbaik!
[Reply]
he..23x lizz insya'lah bro akan wat entry susulan untuk cite nie..tp kne tgu time bro free la ek
[Reply]