seo

Kita sama-sama melakukan dosa. Cuma, caranya saja berbeza. Mengaku sajalah

25 Aug

 Banner
  • Sharebar

Salam semua. Selamat berpuasa ya!

Saya berkira-kira samada ingin meneruskan apa yang terlintas di dalam hati ataupun,berdiam saja. Namun, saya tahu. Andai kata hati tidak dihiraukan, mungkin membawa padah jua akhirnya.

Saya tidak suka memendam marah seorang diri. Itu bukan cara saya.

Bukan juga untuk bersenang-senang untuk mewarwarkan segalanya di sini. Cuma, andai berkongsi dan meluahkan bisa melembutkan kembali hati saya yang sedang membenci ini…oh, saya rela. Apa salahnya bukan?

Saya manusia yang tidak suka mencampuri hal orang lain. Kerana itu juga, teman-teman selalu menggelarkan saya sebagai manusia selfish. Yes, I am. Saya tidak kisah .

Anything problem with that?

Oh ya. Saya suka dengan cara itu.Sedari dulu sampai saat ini. Sangat selesa. Saya tidak perlu menghulur-hulurkan sedikit telinga semata-mata berniat untuk mendengar perbualan teman-teman lain. Tidak perlu juga bersusah payah menelefon ke sana kemari semata-mata mahu mendapatkan berita terkini hiburan sensasi berkenaan teman-teman sekeliling saya.

Oh, itu bukan cara saya. Sesungguhnya saya benci perbuatan itu.

Selfish bukan bermaksud saya tidak mengambil berat hal teman-teman. Tidak sama sekali. Cuma, saya lebih selesa dengan cara lain. Bukan semua manusia yang senang jika kita terlalu ingin mengambil tahu hal hidup mereka.

Lain orang,lain hatinya. Jadi, kalau benar-benar mereka ingin berkongsi cerita..pasti mereka akan datang pada kita. Pada saya atau mungkin juga pada kamu. Tak usah dipaksa-paksa.

Jadi, bila saya tidak lakukan semua-semua itu..tiada lain yang saya harapkan selain teman-teman juga tidak mencampuri urusan hidup saya. Jangan jaga tepi kain saya. Saya tidak suka.

Korang ada kain masing-masing untuk dijaga, bukan?

Manusia mlik Tuhan. Dosa pahala kita Tuhan yang tahu. Orang lain langsung tiada hak untuk mencampuri dan sama-sama menghitungnya untuk kita.

Stop it. Kalau kamu alim kerana Agama kamu dan bukan kerana mahu mendapatkan pujian dunia, pasti kamu tidak sibuk-sibuk menghukum orang lain. Menjatuhkan hukum Allah ke atas manusia sewenangnya lebih hina daripada yang melakukannya. Kamu perlu tahu yang itu.

Dalam case saya. Mungkin ilmu agama saya tidak sesempurna apa yang kamu ada. Tapi, janganlah yakin sangat yang kamu itu bersih seperti Nabi . Terima saja hakikat. Kita sama-sama melakukan dosa. Cuma, caranya saja berbeza.

Dosa saya mungkin dihitung dengan cara yang kamu buruk-burukkan itu. Itu pun belum pasti kebenarannya. Segala rahsia hidup saya tiada seorang pun yang tahu kecuali yang berhak tahu.

Itu kiraan untuk saya.

Kiraan dosa kamu pula mungkin berupa kredit akibat mengutuk dan menghukum manusia lain. Kan? Sekarang, baik kamu fikir-fikirkan. Berapa ramai manusia yang telah kamu jatuhkan hukum ke atas diri mereka????

Fikir-fikirkan lah..dan selamat beramal….KEMBALI.hahahaha (Puas hati dapat tulis entri sarkastik bila tahu orang itu akan baca juga )

Photobucket



Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

19 Responses to “Kita sama-sama melakukan dosa. Cuma, caranya saja berbeza. Mengaku sajalah”

  1. Kojack de Alloohaa 25. Aug, 2009 at 1:15 am #

    wooowwoo..diluarnya tenang tp tuhan sja yang tahu…

    weh..ak xda kain..cmna nak jga kain sndiri..kain pelikat pon ak pau bapak ak pnya..

    sabo lizz..rlex,chill,cool

    [Reply]

  2. Att Ashburn 25. Aug, 2009 at 2:15 am #

    entry lizz x prnh buat sy kecewa lgsg.btul pun apa yg kamu ckp.. bila dh besar smpi skrg ni, sy rasa kekdg baik lg kawan dgn org yg nampak tak elok dari luaran, tapi baik dalaman, drpd yg buat- buat baik, dalam hancur..

    sy pun bkn jenis yg suka nk tau gosip2 semasa ni, cume ada satu masa tu tersilap kwn dgn org yg kuat bergosip, jadinya saya pun org cop mcm tu..skrg bile dh x berapa bkawan dgn die, sy jd tenang balik..

    [Reply]

  3. {lumut} 25. Aug, 2009 at 2:33 am #

    merepek gle kojack neh..haha.
    biasalah tuh lizz,
    manusia itu suka berukur2 pahala.
    suke mengira2…
    lepas tu hnak bangga.
    budget dah jadi ahli syurga.
    lek2 suda ah..
    isk.
    sume org ade wat dose.kat mana dimana bila je yg berbeza.

    tepuk dada tnye selera..
    "nak buke ape arini?""
    haha.sengal.bek aku stop.

    [Reply]

  4. Zaidon 25. Aug, 2009 at 3:34 am #

    setuju ngan Lizz… :)

    [Reply]

  5. ezany 25. Aug, 2009 at 3:57 am #

    btul la tu.. tak semestinya tengok luaran jer dah tentu seseorang tu baik..

    ade kawan sy dulu dia tabligh tp dlm masa yg sama dgr gak lagu blackmetal yg memuja syaitan.. erk..

    [Reply]

  6. nesca 25. Aug, 2009 at 4:21 am #

    nasib baik tak terasa

    [Reply]

  7. ansaree 25. Aug, 2009 at 5:43 am #

    lizz.. sy pun benci la org jaga tepi kain org ni..

    seyes.. bila saya xcampur hidup dorg, sebok je nak tau hidup sy.. konon berprinsip.. dah tu apsal sebok cari pasal..

    setiap inci apa yg sy buat nak tau.. siap judge lg.. macam la dia tu Tuhan..

    dh tu sebok nak bagi komen dlm blog sy.. macam bagus..

    sy sudah tidak pedulikan mereka tapi dorg ni macam xpuas hati nak cari pasal.. las2 sy jugak yang dapat nme jahat 2..

    manusia.. manusia.. bila la nak sedar..

    p/s : sebab tu buang shout box n komen kena approve dulu.. kalo x manusia penyibuk ni suka2 je masuk campur hidup sy..
    (kalo xsuka nape bukak blog kita kan?)

    [Reply]

  8. lizz 25. Aug, 2009 at 6:00 am #

    Kojack de Alloohaa~oklah tuh, ade gak kain pelikat yang oi.hahaha.

    of coz lah. takat bila ada problem..semua nak down sekali kan? relax beb. hehehehe

    [Reply]

  9. lizz 25. Aug, 2009 at 6:02 am #

    Att Ashburn~memang. kalau kita dikelilingi dengan org2 yg kepochi, kita pun akan sama2 kepoh gak. sebab tu, saya tak suka duduk ngan makcik2 kat kenduri lame2. rimas lah dgr makcik tu ngumpat2.ntah ape2.hahaha

    [Reply]

  10. lizz 25. Aug, 2009 at 6:05 am #

    {lumut}~aku dapat makan nasik kerabu ngan solok lada today!!!! giler puas. hehehehe.cam ngidam lak.haha.kuar topik:P

    be honest je ar naa,aku tak selesa ngan org2 yg mcm alim, i mean..personaliti ngn tudung/songkong pebagai tu mulut cam cipan.

    oh, aku rase cam…ni ape kes die ni cam kompem dpt tiket masuk syurga nak cakap2 macam ngn aku ni:P

    [Reply]

  11. lizz 25. Aug, 2009 at 6:06 am #

    Zaidon~ :) tak setuju pun, saya tak kisah.hehehe.pendapat masing2 kan..

    [Reply]

  12. lizz 25. Aug, 2009 at 6:07 am #

    ezany~erk. hmm,bile sebut pasal ur frenz yg tabligh tu..silap2 org yg bajet bagus ngn saya ni…TABLIGH kot.hahaha.

    sengal lah org camni.podachi:P

    [Reply]

  13. lizz 25. Aug, 2009 at 6:09 am #

    nesca~siapa yang nak terasa ek?

    [Reply]

  14. lizz 25. Aug, 2009 at 6:12 am #

    ansaree~ni lah manusia..kadang2, diorang ni buat tak guna otak. tapi guna nafsu nak puaskan ati sendiri tapi sakitkan ati org lain.

    erk,sengal. saya selalu jumpa org camni.kat dunia blogging ni,lagilah ramai. thats y saya pun buat comment kene approve dulu. cuz ade yg bajet bagus sangat.

    [Reply]

  15. Heidi Shafiq 25. Aug, 2009 at 8:07 am #

    percaya pada diri sendiri.. :)

    [Reply]

  16. yash aka yasha 25. Aug, 2009 at 9:45 am #

    setuju sgt dgn kata2 ko..
    ini lah manusia.. suke menghukum ikowt suke je.. padahal diri sendiri adoi! sendiri mau ngt lah.. T__T

    [Reply]

  17. lizz 25. Aug, 2009 at 2:23 pm #

    Heidi Shafiq~yeah.tapi, perlukan improvement dalam hidup if tak mahu kekal pada takuk lama.cume, manusia2 berlagak alim macam ni buat gwe bosan.
    hahahaha

    [Reply]

  18. lizz 25. Aug, 2009 at 2:26 pm #

    yash aka yasha~sebab, diorang taksub n konpiden tgkt 18 yg diorang alim n bley dah jd ahli surga. padahal, diorang lupe..kisah zaman nabi dulu.macam2 ada. kalau Tuhan nak bukak ati hamba dia..bila2 aje boleh.

    kalau Tuhan nak masukkan si alim tu dlm neraka pun sekelip mata saja. itu silap mereka. luar nampak ulama. dalam, hati itam siap kulat2 lagi

    [Reply]

  19. meo188 25. Aug, 2009 at 3:50 pm #

    smack down org spt itu

    huhuhu…..

    take care!

    :)

    [Reply]

Leave a Reply