seo

Is it ok to think about your EX?

29 Aug

 Banner
  • Sharebar

Ex-boyfriend or ex-girlfriend. Someone yang kita pernah sayang, pernah berkongsi kegembiraan dengan kita, berdukacita bersama-sama. Senang cerita, mereka adalah someone special di dalam hidup kita suatu masa dulu.
Kenangan kita ada bersama mereka ini.

Apa pandangan korang kalau saya ajukan persoalan ini? Sejauh mana korang sanggup berhadapan dengan bekas kekasih korang? Adakah ianya something yang normal untuk korang atau otomatisnya korang akan jawab, “Go to hell! I will never see his/her face againz!”?

Mana satu ?

Saya pasti, akan ada teman bloggers yang akan naik hantu bila membaca entry saya kali ini. Tidak apa. Saya akan cuba sedaya upaya menulis dengan ayat yang terbaik ya. Mudah-mudahan aja, ada yang tidak terasa dan memarahi saya rindu

Kalau dipihak saya, secara jujurnya saya akui. Saya tidak ada masalah untuk berbicara soal bekas kekasih saya. Saya tiada masalah langsung untuk membangkitkan soal itu andai ditanya teman lain. Cuma, perlulah bersyarat juga.

Korang semua pasti sudah tahu bukan? Saya punya sedikit cerewet bila berteman. Bukan soal kedudukan atau taraf hidup atau paras rupa. Tidak sama sekali. Bukan itu pokoknya. Cuma, kalau boleh..saya mahukan teman yang bijak mengatur tutur kata bila berbicara.

Bak kata orang kita. Orang melayu. Bila bercakap, biarlah berlapik. Itu yang saya mahu. Kalau bertanya tentang hidup saya, biarlah bijak sedikit. Janganlah Nampak sangat yang kamu itu kepochi. Sudah pasti saya tidak mahu berkongsi cerita bukan?

Bimbang kalau-kalau cerita cinta saya dihebohkan ke sana-sini. Oh tidak. Saya bukan artis ya!

Berbalik pada topic kita. Ya, saya manusia yang boleh saja diajak berbual tentang apa saja. Soal bekas kekasih pun boleh. Yes, its true (sebarang pertanyaan di blog tak akan dilayan.hahaha!). Bagi saya, tiada masalah untuk mengingati mereka.

Kita Cuma manusia biasa. Perasaan rindu Tuhan booleh kirim pada bila-bila masa saja. Kalau sudah datang, kenapa perlu kita elak? Sesekali ingat tentang kenangan lama tidak salah pada saya. Mana yang boleh buat kita happy, kita ambil. Mana yang bisa buat kita menangis tetapi beri sedikit ketenangan..apa salahnya kita ingat barang seminit dua?

Cuma, mana yang boleh buat rasa marah…tak perlulah!

Now, you get what I mean? Kita boleh menipu semua orang sekeliling kita. Kita boleh katakan apa saja. Mungkin kerana ego, kita cuba singkirkan kenangan lama. Tak perlulah.

Saya akui. Mahu atau tidak, saya akan rasa sedikit terluka bila teringat kisah lama. Rasa ingin sekali menyalahkan Tuhan yang di atas. Namun, siapalah saya berbanding Dia?

Kita kan sudah untuk ditakdirkan tidak bersama. Tak mungkin. Itu memang sudah tertulis dalam surat perjanjian dengan Tuhan dulu. Jadi, janganlah dipersoalkan. Walau sakit manapun kenangan berpisah dengan si dia..itukan Cuma sementara.

Pasti Tuhan ada rancangan lagi hebat untuk kita! Hai semua ex boyfie gwe gileKamu lelaki terhebat SUATU MASA DULU! (hahahahaha)

Photobucket


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

31 Responses to “Is it ok to think about your EX?”

  1. Azah 29. Aug, 2009 at 9:53 am #

    errrmmmm….

    no komen..
    no camera please…
    no komen…..

    ………………….

    aku belum ada ex la..

    so~ no komen…

    haha…

    [Reply]

  2. khairil 29. Aug, 2009 at 10:09 am #

    bg aku plk, kenangan lama cuma tinggal kenangan, x perlu la smpai nk touching bila igt kisah dulu2…

    life must go on, look foward :)

    [Reply]

  3. Liz 29. Aug, 2009 at 11:26 am #

    bila teringat kenangan lame…rase macam mau turn back time..delete yang prangai huduh2..pastu topup yang baik2..tp tak apelah..belajar dr pengalaman..

    sbb terlalu pikirkan exboipren saya slama 2tahun lepas kami break..skang sy da tercouple balik dgn die..almost 4 years and still counting.. :)

    [Reply]

  4. lizz 29. Aug, 2009 at 11:30 am #

    Azah~hahahaha. hampeh ko ni.melawak sarkas naa:P

    [Reply]

  5. lizz 29. Aug, 2009 at 11:32 am #

    khairil~yeah. itu yg aku fikirkan.boleh aje nak ingat, tapi xder lak sampai nk cry2..touching2 leleh2. no no no.hahah

    berpada lah. mungkin ade perangai kite yg xelok mase kite couple ngn die dulu..so, maybe biler ingat2 balik kenangan dulu..bley jadikan kite lebih baik.

    mane tau kan?

    [Reply]

  6. lizz 29. Aug, 2009 at 11:33 am #

    Liz~huyyo!!! congrats!!! see. bukan semue takdir kita xelok. Tuhan lebih tahu ape yang Dia dah aturkan :)

    wah, hepi bace komen u :)

    [Reply]

  7. ansaree 29. Aug, 2009 at 11:34 am #

    teringat tak salah.. rindu tu sounds fishy sket..

    [Reply]

  8. izwan7 29. Aug, 2009 at 11:41 am #

    well,for me xde mslh dengan itu..as long as hati die kat kite,buatpe nak risau kan.

    tapi kene ingat x sume laki n x sume pompuan okey with that klu spouse diorg ingat bf/gf diorg..

    [Reply]

  9. Monkey D Luffy 29. Aug, 2009 at 11:58 am #

    of course aku x nak jumpa lg walaupun kami masih kawan melalui email

    sebab nanti perasaan tu kembali dan ganggu hidup kami

    [Reply]

  10. saffa 29. Aug, 2009 at 12:01 pm #

    Saffa selalu teringat kat my ex sbb saffa bsalah kat dia. =(

    [Reply]

  11. fndrocka 29. Aug, 2009 at 12:59 pm #

    its okay..normal lah kut

    [Reply]

  12. lizz 29. Aug, 2009 at 1:03 pm #

    ansaree~hehehe. rindu tu utk sape2 yg dah putus tapi blum jumpe pengganti aje naa :P

    kamu tak boleh.kikiki

    [Reply]

  13. lizz 29. Aug, 2009 at 1:05 pm #

    izwan7~make sure kita kenal cara pasangan kita yang baru dulu. kalau die jenis open minded person..then, kire oklah.

    sama2 share cite. tapi, kalau type dengar nama pun dh melompat semcam..toksah lah.hahah

    [Reply]

  14. lizz 29. Aug, 2009 at 1:07 pm #

    Monkey D Luffy~hmm, tak boleh ke buat macam biasa?cume, kena kuatkan iman lah kot.hehehehe

    [Reply]

  15. lizz 29. Aug, 2009 at 1:08 pm #

    saffa~kamu buat ape dekat dia??huhuhu. semua org buat salah, tapi tak apa. ada hikmah mungkin..

    [Reply]

  16. balam 29. Aug, 2009 at 3:23 pm #

    stil now i feel like want to kill her…dushhh….(black tragedy)

    [Reply]

  17. meo188 29. Aug, 2009 at 3:32 pm #

    last time… sy jd xbetul selama 6 bulan setelah ditinggalkan kekasih pujaan hati. Dah 5 tahun, tibe2 die dpt bulan manager yg kaya…. blah cenggitu. tp sy buang mase 6 nk jejak die.

    S**t….

    tp, slps kejadian tue, sy bertambah matang & rasional. itulah hikmahnye :)

    [Reply]

  18. {lumut} 29. Aug, 2009 at 6:49 pm #

    hmmmmm….

    ntahlah lizz….

    tgk aku dah nangis dah..

    pujuk balik…

    [Reply]

  19. khaLifah feDi 29. Aug, 2009 at 7:38 pm #

    liz aq xleh komen sbb blm pna berkapalselam arr !!!

    *ala wat dono aje..

    [Reply]

  20. BuDakHutaN 29. Aug, 2009 at 8:34 pm #

    errr… Che Lizz aku teda ex-boyfriend… hehehe

    pengalaman bleh jadi satu pembelajaran kan…

    mungkin ada hikmahnya…

    it is ok to think about your ex , tapi jgnlah plak asyik mention bout ur ex 24/7 to ur current partner.. tak pepasal tambah plak koleksi x… pastu jadilah x-men… ades

    [Reply]

  21. delacroix 29. Aug, 2009 at 9:10 pm #

    Secara normalnya, saya tidak naik hantu bila baca entry kamu kali ini.(cuma terfikir..kamu seakan mahu mengorek rahsia saya saja..haha).

    Terus terang saya katakan, saya tak mampu lupakan si dia. Dia menghantui hidup saya. Ke mana saja saya pergi, wajahnya ada di mana2.

    Saya tak tahu sama ada saya punya banyak kenangan bersamanya atau tidak. Tapi setiap masa yang saya habiskan bersamanya, merupakan kenangan yang terindah.

    Dia tinggalkan saya. Itu yang pasti. Dan untuk mengingati kenangan itu, saya berat hati. Saya berusaha untuk melupakan dia. Tetapi setiap kali teman-teman berbicara soal dia, hati saya bagai disiat-siat.

    Mungkin seumur hidup saya akan terus mengenangnya. Saya tidak memiliki dia. Mungkin juga tidak pernah memiliki hatinya. Tapi saya tahu, kenyataannya saya pernah bersamanya suatu waktu dulu.

    Bertemunya lagi? Saya tak mahu. Kerana hati saya…cukup di lukai!

    [Reply]

  22. Kojack de Alloohaa 29. Aug, 2009 at 11:22 pm #

    jumpa EX..?? ok la klu clash ngn rela n baik..klu x mst timbul blik perasaan cinta..or marah maybe..

    ntahla, bg ak ok ja even kdg2 rsa cm nak cepuk pon ada….

    [Reply]

  23. lizz 30. Aug, 2009 at 6:07 am #

    balam~hmm, cam serious je ni. sampai rasa nak bunuh2.huhuhu. sure dia ade wat something teruk ek?

    [Reply]

  24. lizz 30. Aug, 2009 at 6:09 am #

    meo188~yeah. bagus macam tu. at least, ada imrovement dalam diri. bak kata my mom yg selalu tenang giler tu, manusia ni kalau tak diberi dugaan..susah jugak.huhuhu

    [Reply]

  25. lizz 30. Aug, 2009 at 6:10 am #

    fndrocka~yeah. sama lah. memang rasa normal jugak.

    [Reply]

  26. lizz 30. Aug, 2009 at 6:11 am #

    {lumut}~hohoho. ok2, aku pujuk now!!!!satna gi blog ko :P

    [Reply]

  27. lizz 30. Aug, 2009 at 6:11 am #

    khaLifah feDi~serius?boleh caye ke wei?hahaha

    [Reply]

  28. lizz 30. Aug, 2009 at 6:13 am #

    BuDakHutaN~kahkahkahkah!!! 24/7 tu taklah. takat 4 bulan sekali boleh kan?muahaha.

    entah ek. maybe sebab aku tak kesah sangat pun kalau boyfie nak cite pasal awek die dulu. bior ar.

    laki ni, lagi kite jeles melampau..kompen die nympah. die leh wat, nape aku tak leh.kakaka

    but, its depends ngan org jugaklah. aku ok je. jeles ttp jeles, tapi still boleh control.muahaha

    [Reply]

  29. lizz 30. Aug, 2009 at 6:17 am #

    delacroix~rasanya lebih selamat kalau saya tidak menjawab terlalu panjang soal kamu. iya, saya tahu siapa yang kamu maksudkan :)

    Tapi, jujurnya…saya bukan mahu mengorek rahsia kamu di sini.hehehe. Itu kisah kamu. Hak kamu.

    Saya cuma mahukan yang terbaik buat teman-teman saya.Jadi, buat kamu..kuatkan hati, looking forward ya!

    find someone else ok. You go babe!

    [Reply]

  30. giGGLe 30. Aug, 2009 at 6:19 am #

    kalo clash x rela,mmg aku akan ingt ex tu…
    tp kalo clash gadoh nak pecah bumi,mmg aku format abes2 otak ni spy x ingt dia lg dah…huhu…

    [Reply]

  31. lizz 30. Aug, 2009 at 6:21 am #

    Kojack de Alloohaa~bab rasa nak cepuk tu mmg sure ade! pernah gak rasa nak sepak aje.muahaha.

    tapi, itu dalam hati. luar, bagi nampak cool.hahaha

    [Reply]

Leave a Reply