Dalam buruk, ada juga baiknya.

Manusia sentiasa mencari kesempurnaan. Saya juga begitu. Kalau boleh, seisi alam ini saya mahu miliki. Tapi, itukan Cuma omong kosong. Masa kan manusia boleh berbuat begitu. Tidak sama sekali bukan?

Kadang-kadang, manusia terleka semasa sibuk mengejar kesempurnaan. Terlalu asyik mencari bonus akhirat yang kelihatan saja. Solat 5 waktu itu tiang agama. Ya, saya tahu. Walaupun saya mengaku selalu saja melalaikannya.

Bukan salah ibu dan juga ayah saya membesar. Mereka menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Amanah Tuhan untuk mendidik saya dilakukan dengan cukup sempurna sekali. Thanks mom and dad! I love u.

Sampai kapan pun.

Kekurangan ilmu agama saya datangnya daripada diri saya sendiri. Bukan tidak diasuh. Saya cukup menerima ilmu asas agama. Letih barangkali ustazah dan ustaz terpekik terlolong sewaktu mendidik saya suatu masa dahulu.

Pasti mereka sedikit kaget kalau melihat benih yang dibawah jagaan mereka tidak berapa menjadi. Harap maklum. Bukan tidak menghasilkan langsung ya. Cuma, tidak berapa berhasil.hehehehehe.

Asas agama yang ada, saya jadikan pegangan. Menjadi perisai untuk saya daripada si setan durjana yang selalu menghasut saya.(Tetap nak salahkan setan jugak ek?hahahaha). Sweet pula saya rasa bila difikir-fikirkan semula.

Sebusuk-busuk perangai saya, baru saya perasan. Saya masih berdara. Walhal teman-teman sekomplotan dulu, tergadai sudah. Perempuan mana yang tak banggakan? Hmm, soal kekurangan teman-teman tentang itu, tolak ke tepi. Saya sudah bercerita dulu kan?
Mereka tetap teman saya juga.

Setiap kali saya teringatkan mereka, saya pasti tersenyum. Korang tahu kenapa? Begini, kalau sesiapa yang tidak mengenali mereka..pasti semua mengata, mengeji dan mengutuk mereka. Suka suki memulaukan mereka.

Saya sedikit pelik dengan pemikiran singkat manusia. Tidak tahu asal usul cerita, tapi senang-senang saja menyampaikan pula cerita yang belum tentu sahih pada orang lain. Mak cik kepochi lah senang cerita. Macam jiran Si Sarah dulu.

Mak cik kepochi ni, kalaulah suatu hari nanti..tiba-tiba Tuhan turunkan hidayah terbesar pada saya..(oh, sila aminkan beramai-ramai cepat!!!!) Mana tahu, saya menjadi pendakwah. Hehehe. (Gila kau cicak:P). Saya akan beritahu mak cik kepochi generasi baru, bahawa teman-teman saya ini..walau solat mereka terabur,walau dara entah hilang di tangan siapa…

Tapi, mak cik kepochi perlu tahu..mereka ini punya hati yang cukup bersih. Mereka tidak pernah mengumpat dan mengata mak cik kepochi tau. Mereka tidak pernah menyebar-nyebarkan cerita pada orang lain tau.

Paling saya bangga dengan mereka, mereka cukup dermawan. Tak macam mak cik kepochi. Asal ada orang ketuk pintu rumah nak minta derma sempena Ramadhan macam hari itu…mak cik kepochi buat-buat macam terpengsan kan dekat dalam rumah? Kan?kan?

Kami tahu mak cik kepochi ada di dalam woo. Hahaha. Saya? Tidak banyak yang dihulurkan sebab memang itu saja yang ada. Tapi, mak cik kepochi perlu rasa malu dengan teman-teman saya..mereka dikatakan jijik.

Tapi, mereka masih tahu kasihankan anak kecil yang datang meminta itu woo. Saya Nampak mereka kaut semua duit-duit dalam dompet mereka. Berlari-lari membuka laci,kalau-kalau ada duit lain yang boleh diberikan. Bukan sedikit. Tapi, tak perlulah saya nak mentioned dekat sini nilainya ya πŸ™‚

Hm, entahlah. Saya malas nak cerita pasal manusia macam ni. Mengata orang lebih. Diri sendiri tak sempurna, tidak pula Nampak ek??? Dasar goblok lah.
Moral of the story, carilah sendiri kalau mahu dan berminat. Saya menyampaikan cerita saja. Isinya saya tulis daripada pengalaman. Moral nya, mungkin berbeza bagi setiap seorang di antara kita. Peace πŸ™‚

Photobucket


Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

32 responses to “Dalam buruk, ada juga baiknya.

  1. en_me

    salam ramadhan akak harajuku itteww..

  2. littlephia

    nobody's perfect. harus diingat masing2 pun mengejar ke arah itu. kalau tak tercapai, sipi2 pun jadilah. dari tak ada.

  3. Mat`amiT

    menarik tulisn lizz

  4. khaLifah feDi

    kamoo sekolah agama samapi darjah khas kn lizz !!!

  5. miss oren

    aku pon slalu jmpe golongan makckik kepoci..mulut je lelebih kata sana sini tapi diri sendiri pon ntah pape..orang kata cakap x serupa bikin

  6. Mr K

    Tanggapan orang juga
    " Kau bardara lagi? Kesian.. Tak merasa nikmat hidup lagi la kau rupanya ek. Seronok tauu"

    HEHE

  7. rizputra7

    kamu dari indonesia ye???

  8. Att Ashburn

    makcik kepochi ni..klo stkt mulut je jahat tahan lg..ni perangai pun mcm setan..arghh geramla sy..duk bw mulut psl org laen je. apa kau xde benda lain nk buat?

    p/s: cuba utk tak marah sgt..hehe..lizz, entry ni buat sy makin panas dgn makcik kepochi sorg ni..

  9. Kojack de Alloohaa

    ish3..makcik2..
    xda sapa y perfect,sma la mcm mkcik kepochi tu..

    tp yg penting kta kena blja dr kesilapan n org yg pandai ialah org yg blaja dr kesilapan… org yg pandai lgi terer srta hebat plak ialah org yg blaja dr kesilapan org lain…!!

    renung2kanla…cm cool ja apa y ak tulis ni..x sgka plak…hahahaha

  10. Zaidon

    iya benar tu, dlm buruk ada baiknya… πŸ™‚

  11. blackskin

    So dalam baik ada juga buruknya. Nature balance.

  12. yash aka yasha

    huhuhuhu..

    betol2 aku setuju sgt..
    tak semestinya dowg macam tuh mesti di caci maki di buruk-burukkan..
    jgn ingat diri kita sentiasa sempurna dari org lain.. itulah peliknya owg sekarang nie.. kebanyakan nya makcik2.. hohohoho!
    dan aku respek mak aku x macam tuh!!!
    hehhehhee..

  13. giGGLe

    hurm…
    betol2..
    yang penting hati kita…

  14. izwan7

    harajuku ni name tpt kat jepun..
    penah pegi sane?

  15. delacroix

    Kita bukan insan kamil…yang punya hati suci..atau punye sifat yang luhur. Pendek kata, kita bukan sempurna.

    Pe'el manusia..terkadang sesuka hati menjatuhkan hukuman..menilai buruk baik tanpa usul periksa. Siapa kita atau mereka untuk menilai dosa dan pahala sedangkan kita tak tahu bagaimana 'marking scheme' DIA? Tahukah kita format-formatnya? Sistem grednya? Markah lulus atau gagalnya berapa?

    Kita tak tahu. Jadi…kita tidak selayaknya untuk berkata.."Ooo..kau berdosa sebab buat mcm tu..!"

    Saya menerima sesiapa saja yang menerima saya seadanya dan seikhlasnya. Jika ada di antara mereka yang mungkinnya dulu sedikit 'nakal'…perlukah kita persoalkan sejarah silam mereka? Sedangkan masa silam itu…sudah berlalu..

    Sebelum kita menuding jari pada orang lain..fikir2kan dulu…kerana 4 jari yang lain itu..menuding ke arah diri kita sendiri.

    Jadi..sempurna sangatkah kita?

  16. lizz

    en_me~hohohoho. akak harajuku naa?best gak name tu.kikiki. Salam Ramadhan gak πŸ™‚

  17. lizz

    littlephia~hehehehe. tu yang i tgh wat ni hah. tak 100% pun, 25% pun saya dah syukur woo. dari xder kan?gegegege

  18. lizz

    Mat`amiT~hohoho.biasa2 aje:)neway, tq ya

  19. lizz

    khaLifah feDi~cheh. takmo bgtau org siut!!! kantoi aku.kahkahkahkah.

  20. lizz

    miss oren~mak cik kepochi ni, yg duduk pedalaman je beb camni. mak cik bandar2, xsgt kot perangai kepoh diorg. adoi. aku pening lalat org camni.

    tgk gaya pakai kain batik pun aku tau dah.muahahaha

  21. lizz

    Mr K~cheh. kang aku bagi tak berdara kang..suruh orang2 tu share dosa naa?wahahaha!!

    takper, nanti time aku tak berdara..aku jumpe org2 tu n cakap..aik, mak cik menopos dah ke???kahkahkah

  22. lizz

    rizputra7~ngga ar. cuman, gwe suka ama kata2 dari Indonesia. puitis πŸ™‚

    im Johorean. JB lagi..kan dapat channel indo.tiap2 ari tgk sinetron. tu yg biler bukak astro kirana…dok menyumpah seranah tuh. amik cite zaman tok kaduk woo πŸ˜›

  23. lizz

    Att Ashburn~mau atau tak, terpakse terime kehadiran makcik kepochi ni. cuz, kite idup dlm realiti. huhuhu.

    saya gelarkan mak cik kepochi ni as manusia tipikal. lawak kadang2 tgk perangai diorg ni. kalah bdk2 tadika.

    tak tau cite, tapi bile jalan depan pintu umah org…dok jeling2. GILA!

  24. lizz

    Kojack de Alloohaa~kan?aku pun rase ko nyer kate2 tu menusuk kalbu paling dalam ni!!!hehehehe.

    cool ar wei. aku sker motivasi diri ko tu. aku nak jd manusia terhebat!!!belajar dr silap org πŸ˜› hahahaha

  25. lizz

    meo188~hidup…

  26. lizz

    Zaidon~adatlah. kita bukan Malaikat yg nak semuanya perfect. sedangkan Nabi Adam pun buat silap..inikan pula kita πŸ™

    tapi, manusia sllu sgt hukum2 org lain. tak suka woo

  27. lizz

    blackskin~yeah. minta2, pahala yg baik tu..bley cover dosa akibat terlalai. oh, gwe selalu lalai itu ini πŸ™

  28. lizz

    yash aka yasha~my mom pun same!!! even my mom old version punye org. bak kate my litt bro pun.. zaman primitif punye type.wahahaha!!

    die jage anak2 sendiri aje. syukur gak cuz ade gak my frenz yg my mom tau diorg jenis sosial, problem itu ini..tp, my mom sllu bg support. not directly to them. but, from me.

    my mom sllu pesan, org macam ni..kalau kite pandai susun kate2, bg support.InsyaAllah Tuhan bukakan ati diorg. my pesan, jgn tinggalkan diorg mase diorg ade prob. help them!

    oh, aku baru sedar..my mom too kind person punye type lah!! hahahaha

  29. lizz

    giGGLe~memang. tapi, for mak cik kepochi..hati tak penting.yg penting gosip. kalau terlepa..tak UP TO DATE LAH KONON!! tensen2

  30. lizz

    izwan7~tak pernah pegi, but i will go there 1 day πŸ™‚ harajuku is from novel RAM. Hati ku di harajuku πŸ™‚

  31. lizz

    delacroix~wow!!! i like your comment. semuanya kamu dah terangkan dengan jelas.

    yeah, manusia macam2 perangai. Kadang2 bosan, tapi sebab sedar itu semua ujian Tuhan beri..then, mau atau tak..terpaksalah.

    yang lain, dosa pahala kita..serahkan saja pada DIA. Dia saja yang berhak. Manusia sekotor manapun, kalau Dia mahu berikan hidayah..bila2 masa aje πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge