seo

Cinta Parasit

10 Aug

 Banner
  • Sharebar

Parasit. Biasanya saya tujukan buat si binatang atau tumbuhan yang hidupnya menumpang dan dapatkan keuntungan daripada hosnya. Itu hidupan yang tiada berakal.

Tak usah diperdebatkan.

Tapi. Saya ingin menyentuh soal cinta manusia parasit. Manusia ok. Saya cukup mual andai ada teman sebegini. Itu kalau sekadar teman. Kalau ditakdirkan jodoh saya bersama si parasit…Oh God!

Saya akan menjadi manusia termalang barangkali. Lebih sesuai duduk di daerah Malang.

Kamu tahu cinta manusia parasit itu bagaimana gayanya? Begini. Sepanjang masa mereka akan bergantung dan menumpang seterusnya mengaut keuntungan daripada diri kita. Korang jangan jadi bodoh selama-lamanya.

Mungkin selama ini korang tidak perasan. Atau sengaja relakan kerana sayang terlampau pada pasangan korang. Lupakan lah bercinta dengan si parasit. Buang masa dan duit saja. Sayang biarlah berpada.

Jadi manusia slow is better than menjadi manusia bodoh selama-lamanya.

Andai pasangan korang ada simptom-simptom seperti yang disenaraikan di bawah, buatlah sesuatu. Lu fikirlah sendiri Labu!!

Tanda-tanda kamu sedang berada di dalam
kelompok percintaan bersama parasit

1- Pada awal percintaan, si dia akan menjadi super pemalu tahap orang tertanggal spender. Biasalalh. Bila pelawa nak itu ini, semuanya geleng kepala. Mula-mula malu sebab lepas ini nak pow orang kan?

2- Bila dah 1 bulan couple. Mula kurang telefon dan sms. Alasan baik punya. Kredit abis. Duit banyak dilaburkan masa mula-mula nak bercinta dulu. Itu alasan. Taktik lama nak bikin pasangan rasa bersalah dan terasa terhutang budi. Lepas ini, si parasit akan minta tolong untuk top up kredit. Mula-mula selang. 2 bulan sekali. Bila dah syok, seminggu sekali. Mabeles kan?

3- Masuk bulan ke 3 couple, korang akan start dijadikan driver terhormat. Bila nak dating, cakap minyak kereta dah nazak. Minyak masak dekat rumah pun katanya cukup-cukup untuk 2 hari. Padahal minyak kereta nak kena simpan untuk jemput awek baru malam nanti. Hawau sungguh.

4- Seterusnya. Babak paling buat korang sakit hati bila keluar shopping bersama si dia selepas 4 bulan couple. Ok. Si dia akan offer kamu beli itu ini. Cakap apa saja. Handbag? Kasut? Baju?. Itu taktik beb. Sekadar intro nak bikin taik. Lepas ni, si dia akan ke bahagian lelaki pula. Ok, semua di angkutnya. Kasut, kalau ada G-string lelaki pun dia akan amik juga (wahahaha). Semua lah. After that. Sampai di kaunter. Mulalah si dia buat-buat sakit perut dan perlu ke tandas dan meminta korang bayarkan dulu. Selepas itu?

SENDIRI MAU INGAT!!!!

P/S: Entry ini bukan sekadar coretan kosong tetapi berdasarkan pengalaman seseorang. Mungkin saya atau mungkin juga orang lain. hehehehe

Photobucket



Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

34 Responses to “Cinta Parasit”

  1. khaLifah feDi 10. Aug, 2009 at 8:26 pm #

    ade ker daerah malang? ekk!!

    [Reply]

  2. Mr K 10. Aug, 2009 at 9:14 pm #

    Terasa aku. Tapi best gak apa jadi lelaki parasit. Asyik perempuan je kan yanng dapat layanan istimewa. Pergi mana2. laki kne bayar. nk kuar kete pun laki nk kena buka pintu. haha

    [Reply]

  3. lumut 10. Aug, 2009 at 9:32 pm #

    cinta parasit lg ok dari cinta anjing laut..

    mesti yg tak tau kan cinta anjing laut tuh cm ne lak kan..

    [Reply]

  4. ansaree 10. Aug, 2009 at 10:08 pm #

    oh.. laki memang sgt keparat kalo wat pompuan camtu..
    ni cerita my sis.. kawan kpd balak adik sy, iaitu seorang lelaki sangat bangga ditanggung oleh awek nye.. dapat 500 sebulan.. sendiri punye gaji xmao bagi.. kalo la sy kenal pompuan tu mmg nak je hantuk kepala dia.. baik bagi mak bapak..

    p/s: laki kalo mintak duit ngan pompuan mmg dayus.. seyes cakap..

    [Reply]

  5. azizan4444 10. Aug, 2009 at 10:18 pm #

    memang malang la klu dpt pasangn cmni kn? mntk2 x dpt..hehe

    kite bodoh klu kite x prsan klu pasangn kite duk kikis wang ringgt kite dan saye rase lg bodoh kalau sesape yang dah perasan tetapi snggup mghbiskan wang semata2 untuk pasangan tanpa sebarang kepentingan pun..

    btol x?hehe

    [Reply]

  6. miss oren 10. Aug, 2009 at 11:12 pm #

    aku penah bercinta ngan parasit ini selama 15 hari je..kerana aku cepat sedarkan diri..yg geramnye mula2 x nampak dow perangai die..dasar lelaki razor..

    [Reply]

  7. lizz 10. Aug, 2009 at 11:17 pm #

    kf~ade ar wei. kat Indonesia :)

    [Reply]

  8. lizz 10. Aug, 2009 at 11:34 pm #

    Mr K~lar..ko salah seorang ke wei??wakikiki. syok2. ade org terkene.hehehe.

    tapi, biler bace komen ko…ade gaye2 pernah menjadi mangsa perempuan parasit.

    ek??

    [Reply]

  9. lizz 11. Aug, 2009 at 12:52 am #

    lumut~wei, aku tersenarai dlm list orang yg tau apeitu cinte anjing laut!!! sile terangkan :P

    [Reply]

  10. lizz 11. Aug, 2009 at 12:55 am #

    ansaree~tau xper. kalo saya dapat tau sape laki yg pow duit gurl byk2 tuh…gwe sembelih.wahahaha

    laki sepatutnyer jadi tulang belakang utk gurl. bukan nyer bergantung ngn gurl.if same2 give n take takper lah…

    [Reply]

  11. lizz 11. Aug, 2009 at 12:57 am #

    azizan4444~for me, biasanya semue orang akan perasan kejadian bodoh ni. mereka tau dipergunakan. tapi, SAYANG KONON2 NYA!!! oh, sengal punye manusie.

    my fren ramai camni ok:P

    [Reply]

  12. lizz 11. Aug, 2009 at 1:05 am #

    miss oren~huyyo!!! cun ar wei. ko memang bijak n ligat wei.hehhehe. camtu ar. bagus2. lelaki camni sepatutnye patut disatukan dengan someone yang PARASIT jugak!!!hahahaha

    [Reply]

  13. izwan7 11. Aug, 2009 at 2:23 am #

    tipah tertipu
    kesian pompuan yg kononnye bijak2 pon kene tipu jugak..

    [Reply]

  14. Zaidon 11. Aug, 2009 at 4:25 am #

    mudah mudahan Lizz ditemukan dgn lelaki yng baik2 :)

    [Reply]

  15. Hamster Copo 11. Aug, 2009 at 6:08 am #

    Waah parah banget tuuh kalo punya pasangan kayak gitu..mending dibuang kelaut saja atau mending dibakara saja dibuat sate hehe

    [Reply]

  16. Monkey D Luffy 11. Aug, 2009 at 6:51 am #

    siapakah yang malang tu

    [Reply]

  17. lizz 11. Aug, 2009 at 6:52 am #

    izwan7~Tuhan takkan bagi semua bonus dekat hamba Nya woo. kalau someone tu bijak dari segi ni, belum tentu dia bijak hal yang lagi satu.

    Kalau semua mende dia nak bijak, dah tu..bila plak dia nak rasa nikmat jadi bodoh kan???hehehe

    [Reply]

  18. lizz 11. Aug, 2009 at 6:53 am #

    Zaidon~InsyaAllah. Doakan kami2 yang masih single ni.hehehehehehe

    [Reply]

  19. lizz 11. Aug, 2009 at 6:54 am #

    Hamster Copo~iya..gwe juga mikir mau gitu aja. Lebih keren lagi kalo diberi aja makan sama naga.ahaks!

    [Reply]

  20. Ynn. 11. Aug, 2009 at 6:57 am #

    hihi kalau dh syg apa pn sggup. pdhal laki main blkng +_______________+

    lizz, bak tu comel doo, kau amik ahh, rebut ngn mira HAHAHAHHA :P

    [Reply]

  21. lizz 11. Aug, 2009 at 7:27 am #

    Monkey D Luffy~teman seperjuangan sewaktu panjat2 pokok rambutan.hehehe

    [Reply]

  22. lizz 11. Aug, 2009 at 7:30 am #

    ynn~tau xper. eve aku gurl tapi aku memang tau ramai gurl sengal ubi ok.hahaha

    neway, aku tak pernah suker ngn Bak tu. tpm scene tadi buat aku nak pengsan beb. muahahaha

    [Reply]

  23. taz 11. Aug, 2009 at 7:30 am #

    mintak dijauhkan. haha

    [Reply]

  24. KhairiL's 11. Aug, 2009 at 7:55 am #

    apsl aku x pernah alami mcm ni
    mgkin sbb aku hidup solo =)

    [Reply]

  25. delacroix 11. Aug, 2009 at 8:30 am #

    Saya suka topik ini. Tapi saya tidak tahu bagaimana mahu mendefinasikan maksud sebenar parasit dalam situasi saya.

    Mungkin saya boleh kaitkan dengan topik 'Hipokrit' pada entry terdahulu. Cinta parasit ini hanyalah penuh kepuraan. Agenda di sebaliknya…hanya si dia yang tahu.

    Saya punya pengalaman sebenar. Sama ada boleh di kaitkan dengan parasit atau tidak..entahlah. Tetapi saya berikan segala yang saya mampu hanya kerana terlalu amat sayangkan si dia.

    Malangnya…si dia tetap tinggalkan saya setelah tujuannya tercapai. Bodohkan saya?

    Setelah keseorangan, baru minda saya terbuka. Baru saya tahu kenapa saya antara yang terpilih yang di pergunakan. Hanya kerana saya tak punya komitmen..tiada siapa untuk saya tanggung…tiada yang outstanding untuk di bayar…dan mungkin kerana kedudukan juga..maka setiap sen yang saya dapat setiap bulan..masuk bulat2 ke poket saya. Itu bukan kata saya. Tetapi menurut perhatian teman-teman lain yang menyaksikan deritanya saya di tinggalkan setelah bersusah payah untuk memenuhi setiap permintaan si dia.

    Cukup saya makan hati. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Parasit itu..(kalau boleh di gelarkan sebagai parasit) telah saya kikis dan campak jauh-jauh dari hidup saya. Saya tak peroleh sebarang keuntungan. Hanya hati yang terluka.

    Things happen for a reason. Dan kerana itu..saya tetap kuat mengorak langkah meneruskan hidup..walau adakalanya saya begitu amat merindui parasit itu..sebab.. ia dah pun sekian lama berakar umbi pada saya…hos nya.

    [Reply]

  26. lizz 11. Aug, 2009 at 9:04 am #

    taz~itulah. doa banyak2 ye :)

    [Reply]

  27. lizz 11. Aug, 2009 at 9:05 am #

    KhairiL's~bukan semue orang yg leh rase woo. lain orang, lain pengalaman bercinta die. hehehe. maybe ko nyer alam cinta tu best sangat kot. hohoho

    [Reply]

  28. lizz 11. Aug, 2009 at 9:08 am #

    delacroix~parasit itu sangat simple untukkita kenal. bila ada someone yg kamu lihat terlalu baik dengan kamu..TERLALU BAIK ok,biasanya ada udang disebalik mee.

    Bukan semua, tapi biasanya begitu. Si parasit selalu menggunakan kita untuk kepentingan nya sendiri. Kita tiada apa yg diberinya.

    Kalau kamu pernah merasa bercinta bersama parasit,belajarlah dari kesilapan. Tak usah diulang

    Tapi, jangan pulak kamu yang jadi parasit ye!!wakakaka

    [Reply]

  29. giGGLe 11. Aug, 2009 at 5:56 pm #

    tinggalkan je kot lelaki parasit camtu…
    bek idup sorang2 je ak gase…
    bleh shopping gila2..

    [Reply]

  30. ezany 11. Aug, 2009 at 8:27 pm #

    kasanova la kot laki tu.. keh keh..

    [Reply]

  31. lizz 12. Aug, 2009 at 2:29 am #

    giGGLe~kalau mane2 yg bijak..dah mmg tinggalkan. tp,ade je yg kurang bijak n bela PARASIT ini :)

    [Reply]

  32. lizz 12. Aug, 2009 at 2:30 am #

    ezany~kasanova pakai duit sendiri ok gak. tak lah busuk sgt. Ini tak. kasanova pow duit org :P

    [Reply]

  33. zelo55 13. Aug, 2009 at 1:24 am #

    g string?
    wakakakaka…
    lawak la ngko ni oi…
    tp ak rase ak bukn jnis parasit kot…
    tp ak rase parasit ok lagi…
    klau pisau cukur lagi extreme!

    [Reply]

  34. lizz 13. Aug, 2009 at 5:02 am #

    zelo55~really? serius ko rase jadi pisau cukur lagi extreme dari si parasit ni?? aku tak setuju wei.hehehehe

    if pisau cukur, die amik duit ko beb. tp, kalo parasit ni..semue mende die nk woo.. SEMUA siut.hohoho

    kan?

    [Reply]

Leave a Reply