Cinta pakai buang

18 Aug


Hi semua. Saya sudah lama hendak menyentuh tajuk ini. Pada saya, tiadalah apa sangat untuk dibicarakan berbanding isu virgin yang saya perdebatkan dulu.

Cuma, ada eloknya juga. Mohon maaf sebelum meneruskan kata-kata. Bimbang nanti melukakan hati sesiapa di sini. Saya perlu katakan ini kerana, tanpa saya sedar. Lama-kelamaan blog ini ada yang sudi ziarah.

Tanpa meninggalkan komen. Namun, kesan di nuffnang saya terlihat juga. hehehe. Tidak pernah saya mendapat kunjugan melebihi 100 orang suatu masa dulu. Tapi, kini. Berbeza.

Pembaca blog saya mencecah 400 orang sehari. Ingin dibanggakan, tiadalah apa sangat. Masih kerdil berbanding si chokilala itu. Si budak kecik yang cute itu. hehehehe.

Terima kasih semua!

Eh, salah topik. Saya terlalu excited sebenarnya. Adat manusia memang begitu kan? Apa salahnya berkongsi kegembiraan. Sharing is caring beb.

Berbalik pada tajuk. Korang pernah ada pengalaman tentang cinta pakai buang? Kalau ada, mungkin kita boleh kongsi di sini. Pada saya, cinta pakai buang ini boleh diklasifikasikan sebagai hobi.

Kamu setuju?

Seorang teman saya mempunyai hobi ini. Yes! Saya tidak tipu untuk hal yang satu ini. Soal begini tidak perlu disorokkan. Andai disentuh dengan sebaik mungkin, pastu ada yang akan dapat pengajaran di sini.

Teman saya seorang yang cerdik pandai. Cita-citanya sedari dulu sangat tinggi. Menjadi saintis barangkali. Tentang cita-cita yang tidak kesampaian itu tidak perlu kita kesahkan. Bukan urusan kita.

Tiada rezeki.

Orang kata, walau perfect macam mana pun seseorang itu..tetap akan ada cacat celanya. Tiada kejadian yang bisa melawan kesempurnaa Tuhan semesta alam. Itu pasti.

Berbekalkan rupa paras yang cantik, kebijaksanaan yang bernilai itu. Teman saya agak mudah mendapatkan teman istimewa. Anak Dato’? Tan Sri? Oh, semua sudah si dia merasakan hangat cinta mereka.

Satu perkara yang cukup membuatkan saya tidak selesa. Teman saya cukup gemar bertukar-tukar pasangan. Kalau bulan ini bersama anak Dato’, belum tentu 3 bulan berikutnya masih sama.

Biasanya tidak. Ada saja alasan yang diberikan setiap kali saya mohon diberikan penjelasan tentang perangainya yang satu ini. Cuma. Seburuk mana hobinya ini, teman saya selalu berlaku jujur dengan saya.

Itu saya kagum. Bila empunya diri mengaku kekurangan diri, tidak susah untuk saya berbicara.

Bosan. Itu alasan teman saya. Saya tidak pasti di mana kebenarannya. Apa pun, saya punya pendapat personal. Mungkin teman saya masih tidak menemui ciri-ciri teman istimewa yang dia ingini.

Perempuan kadang-kadang terlalu memilih.

Itu bahayanya bila merasakan diri terlalu perfect. Manusia sekeliling tidak akan memberi kesan di dalam rutin hidupnya. Bak kata teman saya. Tagline yang cukup cute walau nampak rude.

Saya tetap suka. Boyfriend bukan husband. Bila-bila kita boleh blah.

Photobucket



47 Responses to “Cinta pakai buang”

  1. Azah 18. Aug, 2009 at 6:58 am #

    betul tu..
    boyfriend bukan husband,
    curang pon x pe..
    haha…
    aku nye komen..
    "no komen"..
    aku tak pakar dalam hal2 ni..
    kdg jeles plak kat si heroin ni..
    huhu…

    [Reply]

  2. lumut 18. Aug, 2009 at 7:27 am #

    tibe2 rase nak bunuh je itu budak.
    sori to say…
    aku benci org berlagak perfect..
    esok kalau x masuk syurga gak..
    nak je ak tnye depan muke die.

    r u perfect enough???
    poorraahh..
    spesis anjing laut betina lah tuh..
    erk??

    sori2…
    =p

    [Reply]

  3. Jane 18. Aug, 2009 at 7:48 am #

    bile bace artikel lizz ni,jane teringat pada seseorang yg cukup jane ingat sampaila ke akhir nyawa jane..gurl ni pnh cpl dgn slh seorg ahli keluarga jane n dlm mase yg same die cpl dgn org lain kt luar sane(ntah brp byk bf die ade kt luar sane jane pun x pasti)..mcm2 jane dgr..mane die dpt trus die jdkn sbg koleksi die..yg paling dasyatnye,laki org pun ade dlm koleksi die..bile die dh boring trus dicampaknye..mcm tu jugala nasib slh sorg ahli keluarga jane ni..kesian jane tgk die..ape yg die wat dlu smpai mati pun jane xkn lupe..smpai skng jane x leh lupe ape yg die dh wat kt slh seorang ahli keluarga jane ni..

    [Reply]

  4. lizz 18. Aug, 2009 at 8:20 am #

    Azah~tak ape. aku sangat faham ngan perasaan jeles ko tu wei. wakakakaka! kadang2 aku jeles jugak, tapi aku fikir positif. aku cakap dalam diri sendiri. kalau diri bley cinta pakai buang..aku akan buat cinta kilat.

    ngehehehe

    [Reply]

  5. lizz 18. Aug, 2009 at 8:23 am #

    lumut~yeah. aku pun same. aku meluat jugak dengan manusia2 camni. tapi, sebab aku type takleh tahan mulut nak kutuk depan2..so wa no hal sgtlah.hehehe

    biasenyer, biler die puji2 diri..aku sambut ngan jawapan best2 jugak. so, even die lega dapat berlagak, aku puas jugak dapat bagi hati die nanah sket2.wakakaka!

    for me.apa yg ada bukan untuk ditunjuk2…

    [Reply]

  6. lizz 18. Aug, 2009 at 8:26 am #

    Jane~yeah. tentu sakit bila terkena pada keluarga sendiri kan? hope my frenz tu baca entry ni and kalau tak 100% sedar pun, 20% pun jadik lah Jane..huhu

    tapi, Jane kena beri semangat dekat ur family member tu ok. cakap kat dia..karma tetap berlaku. that gurl akan dapat balasan juga 1 day nanti

    [Reply]

  7. delacroix 18. Aug, 2009 at 8:35 am #

    Cinta pakai buang begini…bagi saya sekadar main-main saja. Tidak serius dan tak mahu ada komitmen dalam perhubungan.

    Manusia sebegini saya gelarkan mereka bukan pencinta yang setia. Mereka suka mengamalkan 'hit & run'. Bila si dia dah kaw-kaw tertonggeng tangkap cintan..mereka ini blah begitu saja. Alasan yang stereotype dan klise..bosan!

    Saya tak mahu komen panjang mengenai topik yang satu ini kerna saya tidak pernah mengamalkannya. Saya berbintang Capricorn…dan sudah tertulis bahawa seorang Capri adalah pencinta yang setia.

    Cuma…bagi mereka yang suka pada konsep cinta begini…saya percaya..semakin usia menginjak..mereka akan sedar bahawa ia takkan membawa mereka ke mana-mana. Sudahnya mereka pasti akan tunduk bila mereka temui cinta sejati. Atau…bila mereka pula yang di pakai dan di buang, masa itulah mereka akan tahu, tak selamanya mereka boleh persendakan hati orang.

    What you give…you get back!

    [Reply]

  8. ansaree 18. Aug, 2009 at 8:59 am #

    dear lizz.. suka blog cik.. n thanx terima kunjungan sy.. :P

    cinta pakai buang ni xbaik dan jangan dijadikan amalan hidup.. hehe.. bercakap dari pengalaman, xbaik buat org menderita.. xnak cakap xnak.. jgn wat org berharap..

    [Reply]

  9. Khairul 18. Aug, 2009 at 9:01 am #

    Samada kawan awak akan jatuh cinta (yang betul punya) pada seorang lelaki, namun lelaki itu bosan dengannya;

    Atau dia akan jatuh cinta dengan seorang lelaki yang sangat tak perfect. Tapi dia sayang sangat.

    Biasanyalah :)

    [Reply]

  10. Faarihin 18. Aug, 2009 at 9:15 am #

    dalam situasi ni.. sy jumpa lelaki yg berperangai cam ni.. kawan lizz tu tak takut ke kalau suatu ari nanti der yang revenge kat dia balik.. isi hati org kita tak leh nak jangka.. skang ni dah mcm2 kes dah berlaku..

    [Reply]

  11. Mr K 18. Aug, 2009 at 9:33 am #

    Boyfren bukan husband. Tapi awek adalah isteri. Para lelaki, buat lah apa yang anda suka kat awek anda. Then, blah. Sebab anda bukan husband. HAHA. Gila kejam.

    Okay2 serious.

    Hm.. Entahlah. Aku tak tahu nk ckp apa sbb aku kurang nampak isi doe

    Btw, penulisan kau cam orang satera.. terlampau skema.

    [Reply]

  12. lizz 18. Aug, 2009 at 9:58 am #

    delacroix~hehehe. what u give u get back tu seronok saya dengar. saya gune utk sedapkan ati sendiri.wahahaha

    anyway beb, apa yg u tulis 100% betul. saya juga percaya..semakin kita menginjak dewasa..kita akn lebih matang dan mana yang kureng itu ini..akan try elokkan perangai die lah..

    cinta pakai buang ni bukan perkara luar biasa actually. benda terlalu biasa sekarang! tapi, kamu bernasib baik cuz tak terkena.

    huhuhu.

    [Reply]

  13. lizz 18. Aug, 2009 at 10:00 am #

    ansaree~u pernah kena pakai n buang ke? huhu. tentu sakit kan? haha. tak apa yang menarik kat sini, terpulang nak baca atau tidak. tiada paksaan sama sekali.ehek

    [Reply]

  14. lizz 18. Aug, 2009 at 10:01 am #

    Khairul~hmm…tak pernah terfikir yang itu!! thanks a lot bagi idea itu untuk saya sampaikan pade die later.hahahaha.

    im glad cuz shes very open minded person. maybe die leh dengar kata2 tuh :)

    thanks ya!

    [Reply]

  15. lizz 18. Aug, 2009 at 10:02 am #

    Faarihin~ade experiece ek? maybe boleh share with us..

    yeah, manusia ni takkan sedar selagi tak kena kat dia balik..tengoklah camner nanti.huhuhu

    [Reply]

  16. lizz 18. Aug, 2009 at 10:09 am #

    Mr K~you know why beb?cuz dulu aku nyer bahasa melayu karangan asik dapat D aje. so, cikgu2 kutuk aku tak reti sastera n jiwa2.

    now, aku nak balas.wakakaka!

    alah, thats my style bro. lu ade style sendiri. wa ade gak. tapi, wa sastera2 dalam blog. jiwa wa tetap sempoi woo.

    now, u see? we need to have our own style. depends pada orang nak suka ke tak. macam ada org tak suka kat blog ko tapi aku super lah jatuh cinta dengan ayat2 ko :)

    its normal lah.wei, tolonglah tukar balik layout blog ko wei. rindu siut kat layout lame :P

    *tagline kwn aku tu lawak. kalo 1 day nnti laki die tau…sure gelabah.wahahaha

    [Reply]

  17. meo188 18. Aug, 2009 at 10:17 am #

    erm, bila saling lengkap melengkapi… barulah trase saling memerlukan… bertambah akrab.

    [Reply]

  18. Jane 18. Aug, 2009 at 10:37 am #

    jane x dpt lupe sbb org(ahli keluarga jane) yg jane maksudkn 2 dh passaway lizz..jane dh x dpt nk wat pape..thats y la jane ckp jane xkn lupe ape yg gurl 2 dah buat pd family jane ni smpai bile2..never..

    [Reply]

  19. Monkey D Luffy 18. Aug, 2009 at 10:55 am #

    belum bertemu yg sesuai kot

    [Reply]

  20. Zaidon 18. Aug, 2009 at 11:16 am #

    Salam.. bila bekawan ngan anak Dato' pon boleh rasa bosan, maknanya kalaulah dia berkawan dgn saya yng sangat sederhana ni tentu dia akn lagi bosan.. :) manusia pelbagai ragamnya..

    [Reply]

  21. Am 18. Aug, 2009 at 3:34 pm #

    Tagline best tu… "Boyfriend bukan Husband , bila2 bleh blah" ..hikhikhik…

    Mencari pasangan kena cerewet juga , kena cari yg betul2 berkenan di hati , baiek pekerti dan tuturnya , nakal tu bukan tak bley , biar berpada…

    tapi tu bukan lah lesen utk kita melukakan hati org len , kan elok kalu mulakan dengan persahabatan biasa dulu , tak perlu couple… ala , cam artis selalu jawab tu , masi hdalam proses mengenal hatibudi masing2…

    [Reply]

  22. Ynn. 18. Aug, 2009 at 6:07 pm #

    haha :P boyf bukan husband eh btul gak. nowdays rmai girl yg dh anggap die dgn bf die tu cm dh nk kawin sgt. cinta sparuh mati tp lme2 ade jgk mslhnye. isu virgin paling ketara.

    aku tgk kwn2 aku yg dh clsh mmg rmai skandal. tp aku jst no komen :P

    [Reply]

  23. littlephia 18. Aug, 2009 at 7:04 pm #

    kalau situasi perempuan yg "mengamalkan" cinta pakai buang, suatu hari pasti kandas jua.

    mungkin benar bosan dan belum menemui cinta sejati tetapi belajar menerima tu sesuatu yg cukup istimewa. tu pendapat saya. :)

    [Reply]

  24. ezany 18. Aug, 2009 at 7:38 pm #

    mcm lagu stacy lak.. cinta pakai buang.. hehe..

    mungkin sape yg saham dia yg tinggi jer kot yg berani buat camni..

    [Reply]

  25. dotblogspotdotkom 18. Aug, 2009 at 8:29 pm #

    cinta pakai buang….emmm

    jangan udah di PAKAI' terus buang ..tu bahaya…

    [Reply]

  26. khaLifah feDi 18. Aug, 2009 at 9:31 pm #

    emm sgt setuju dgn tagline itu..

    so girlfriend bukan wife kn..!!!

    mari kira bergf hee~

    [Reply]

  27. lizz 18. Aug, 2009 at 11:42 pm #

    meo188~yup. tapi susah nak cari yang lengkap melengkapi itu.hohohoho

    [Reply]

  28. lizz 18. Aug, 2009 at 11:44 pm #

    Jane~im sorry to hear that ya..its ok. maybe saya tak tahu punca sebenar tapi, pasti semuanya sakit dengan apa yang dah berlaku.

    dia yang buat akan terima balasanya nanti

    [Reply]

  29. lizz 18. Aug, 2009 at 11:44 pm #

    Monkey D Luffy ~itulah.ada logiknya jugak :)

    [Reply]

  30. lizz 18. Aug, 2009 at 11:46 pm #

    Zaidon~belum tentu juga. mungkin anak Dato' tu tidak sempurna di mata my frenz. mungkin mereka yang sederhana lebih baik utk dia..

    manusia boleh berubah. cuma, kita janganlah pandang rendah.

    [Reply]

  31. lizz 18. Aug, 2009 at 11:48 pm #

    Am~kahkahkah! yeah. jawapan klise artis! boring tapi itu aje modal nak selamat woo.hahaha

    saya lebih selesa dengan mereka yang sederhana. mungkin kaya tapi tidak menunjuk. kalau yang bukan berada tapi ada education. enuff kot

    [Reply]

  32. lizz 18. Aug, 2009 at 11:51 pm #

    Ynn~a'ah. aku pun tak suka nak menyebok2 hal org yang tak close ngan aku. mana yg cerita je aku dengar masalah diorang.

    masing2 dah besar tapi sengal ubi bercinta macam dah kahwin aje. bagi itu ini. dara dah macam bagi ape aje..hohoho

    yang lelaki, if bukan semue..tapi ramai yang dah pakai…buang:P

    [Reply]

  33. lizz 18. Aug, 2009 at 11:52 pm #

    littlephia~bukan semua manusia boleh berfikir macam apa yang u fikir. macam saya. kikikiki*joking ya

    masalah bosan dalam percintaan ni nampak remeh tapi itu penyakit actually. hahaha.

    [Reply]

  34. lizz 18. Aug, 2009 at 11:53 pm #

    ezany~tak gaklah. kadang2 saham tak tentu jugak.merundum. cume, buat2 macam tinggi lah. maintain.wahahaha

    [Reply]

  35. lizz 18. Aug, 2009 at 11:54 pm #

    dotblogspotdotkom~alah, ade je kes cam tu.hahaha

    [Reply]

  36. lizz 18. Aug, 2009 at 11:55 pm #

    kf~buat ar. nanti wife ko buat camtu balik kat ko woo. kikiki

    [Reply]

  37. joegrimjow 19. Aug, 2009 at 4:55 am #

    haaa
    nanti suami plak cakap

    wife satu majuk ley cari 3 lagi

    baru padan

    [Reply]

  38. lizz 19. Aug, 2009 at 5:20 am #

    joegrimjow~rasanya, if lelaki cakap macam tu..takper kot.dah memang betul :)

    lelaki boleh kawen 4 kan?

    [Reply]

  39. Precious 19. Aug, 2009 at 6:13 am #

    If u love a person, u should b loyal to that person. Period!

    [Reply]

  40. naqiubex 19. Aug, 2009 at 9:55 am #

    Teruklah bercinta macam ni…

    Tak suci..

    Saya ttg cinta ni tak pakar…
    Takde pengalaman…

    Tapi yang saya tahu, cinta pakai buang adalah cinta yang tidak betul. Banyak perkara buruk boleh berlaku daripada perkara sebegini.
    Seks luar nikah
    Anak harem
    Rogol
    Balas dendam…

    fu…

    [Reply]

  41. lizz 19. Aug, 2009 at 10:17 am #

    Precious~but not all people will think like us babe :) its all about our own personality actually.

    pegangan juga…hehehe

    [Reply]

  42. lizz 19. Aug, 2009 at 10:18 am #

    naqiubex~semua yang u list kan tu tersangatlah betul!!!!! puncanya 1, kesannya banyak.hohohoho

    [Reply]

  43. Jeffro 19. Aug, 2009 at 1:57 pm #

    wow.. havent read a bahasa-written blog in a while.. luckily im havent rusted in my bahasa… =)

    [Reply]

  44. izwan7 20. Aug, 2009 at 5:26 am #

    kalo dh terbiase pakai buang dari mude2,karang dh kawin pon xsedar jugak..bile laki kontrol skit kene pulak cop mengongkong..last2 jadila suami pakai buang..cari laki lain pulak..

    [Reply]

  45. lizz 20. Aug, 2009 at 5:40 am #

    Jeffro~hehehe. Its ok, now u found and just read it right? ehehehe.

    i like your blog!

    [Reply]

  46. lizz 20. Aug, 2009 at 5:42 am #

    izwan~entah ek. itu terpulang pada individu. tak berani nak tegur dia sampai macam tu.

    risau kang, esok lusa gwe yang terbuat.im manusia biasa juga..huhuhu.

    biarlah. i believe, 1 day dia akan jumpa kekasih hati dia n berubah :)

    [Reply]

  47. haziri 09. Oct, 2009 at 2:15 am #

    Memang boleh tukar2 boyfriend sebab sblum kwin tu pilih btl2. tpi jgn la msa couple tu dah macam2. raba sna cni then tukar len lak. Kemudian nk salahkn pasangan dulu. Tgk diri sendiri dulu. Lelaki atau perempuan adalah sama. tepuk dada tanya diri sendiri..
    haziri“s last blog ..Jadual PIKOM PC FAIR 2009 Ke-2 My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.