Saya Merdeka!!!!!
30 Aug
29 Aug
Helo korang! Sesungguh saya bosan sekarang. Memang TNB selalu dengki saya wo. Time saya tak ada kat rumah,tak nak pulak buat maintenance kejadah haram ni.
Jadi,bila lappy tak dapat dibuka..handph0ne gwe jadi mangsa.hehe.
K0men-k0men kat blog pun saya belum reply. Cuma boleh appr0ved dulu. I will reply it 0nce electric ada ok:-D
(more…)
29 Aug
Apa pandangan korang kalau saya ajukan persoalan ini? Sejauh mana korang sanggup berhadapan dengan bekas kekasih korang? Adakah ianya something yang normal untuk korang atau otomatisnya korang akan jawab, “Go to hell! I will never see his/her face againz!”?
Mana satu ?
Saya pasti, akan ada teman bloggers yang akan naik hantu bila membaca entry saya kali ini. Tidak apa. Saya akan cuba sedaya upaya menulis dengan ayat yang terbaik ya. Mudah-mudahan aja, ada yang tidak terasa dan memarahi saya ![]()
Kalau dipihak saya, secara jujurnya saya akui. Saya tidak ada masalah untuk berbicara soal bekas kekasih saya. Saya tiada masalah langsung untuk membangkitkan soal itu andai ditanya teman lain. Cuma, perlulah bersyarat juga.
Korang semua pasti sudah tahu bukan? Saya punya sedikit cerewet bila berteman. Bukan soal kedudukan atau taraf hidup atau paras rupa. Tidak sama sekali. Bukan itu pokoknya. Cuma, kalau boleh..saya mahukan teman yang bijak mengatur tutur kata bila berbicara.
Bak kata orang kita. Orang melayu. Bila bercakap, biarlah berlapik. Itu yang saya mahu. Kalau bertanya tentang hidup saya, biarlah bijak sedikit. Janganlah Nampak sangat yang kamu itu kepochi. Sudah pasti saya tidak mahu berkongsi cerita bukan?
Bimbang kalau-kalau cerita cinta saya dihebohkan ke sana-sini. Oh tidak. Saya bukan artis ya!
Berbalik pada topic kita. Ya, saya manusia yang boleh saja diajak berbual tentang apa saja. Soal bekas kekasih pun boleh. Yes, its true (sebarang pertanyaan di blog tak akan dilayan.hahaha!). Bagi saya, tiada masalah untuk mengingati mereka.
Kita Cuma manusia biasa. Perasaan rindu Tuhan booleh kirim pada bila-bila masa saja. Kalau sudah datang, kenapa perlu kita elak? Sesekali ingat tentang kenangan lama tidak salah pada saya. Mana yang boleh buat kita happy, kita ambil. Mana yang bisa buat kita menangis tetapi beri sedikit ketenangan..apa salahnya kita ingat barang seminit dua?
Cuma, mana yang boleh buat rasa marah…tak perlulah!
Now, you get what I mean? Kita boleh menipu semua orang sekeliling kita. Kita boleh katakan apa saja. Mungkin kerana ego, kita cuba singkirkan kenangan lama. Tak perlulah.
Saya akui. Mahu atau tidak, saya akan rasa sedikit terluka bila teringat kisah lama. Rasa ingin sekali menyalahkan Tuhan yang di atas. Namun, siapalah saya berbanding Dia?
Kita kan sudah untuk ditakdirkan tidak bersama. Tak mungkin. Itu memang sudah tertulis dalam surat perjanjian dengan Tuhan dulu. Jadi, janganlah dipersoalkan. Walau sakit manapun kenangan berpisah dengan si dia..itukan Cuma sementara.
Pasti Tuhan ada rancangan lagi hebat untuk kita! Hai semua ex boyfie gwe
Kamu lelaki terhebat SUATU MASA DULU! (hahahahaha)

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.