Update kosong

Sedikit update untuk hari ini. Pagi tadi mendapat berita gembira melalui corong radio. Kamu semua pasti kenal dengan pelakon Rita Rudaini bukan?Aktress yang menimbulkan sedikit kontroversi sejak beberapa bulan lalu. Mengahwini pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang jauh perbezaan umur darinya.

Ok, baik lupakan saja isu panas itu. Tidak elok rasanya menuding jari sana sini. Entah. Kita tidak layak rasanya untuk menghukum siapa yang bersalah di dalam episod cerita mereka. Tidak berhak.

Mari raikan. Mulai hari ini, Rita dan Zafuan sudah pun bergelar ayah dan ibu kepada bayi yang bernama Rayyan Rizqin. Bertuah kan baby ni. Menjadi anak kepada ibu dan ayah yang sama cantik dan tampan.hehehe. Rezeki si anak.

Itu cerita artis kita. Doakan kebahagiaan mereka.

Saya? Oh, tiada apa yang perlu dikongsikan. Semuanya berjalan lancar. Sedikit simpati dengan keluarga Michael Jackson.

Ya.

Saya mengaku. Dia manusia hebat di dalam bidang hiburan. Tapi, jangan dilupa. Beliau juga raja kontroversi dunia. Saya sendiri dibesarkan dengan isu-isu tidak bermotif beliau. Entahlah, perkara tidak boleh dielakkan. Bukan peminat, cuma kita kan hidup berbekalkan teknologi. Walau jauh beribu batu, segala cerita beliau sesaat pun sudah kita tahu. Dasar kita semua sama. Kepochi.ahaks!

Itu kisah Michael Jackson.

Ini kisah teman saya. Sedikit lucu. Sudah berhari-hari hidup dia dipenuhi duka. Makan tidak lalu, mandi mungkin tidak sebasah selalu. Langkah ke pejabat sentiasa diiringi dengan kesedihan dan pilu.*Erk, macam pantun!

Ok, teman saya itu merupakan peminat setia Michael Jackson.hohoho.

Buat teman itu, sudahlah. Berhentilah menangis. Kekasih malam kamu itu sudah selamat dikebumikan bukan? Sapulah air mata kamu itu. Buruk bebeno rupa kamu nanti kalau terus bermuram. kan? *ok, sedang dalam keadaan mengetap bibir. Bimbang andai tergelak gara-gara kamu.

Doakan MJ kamu ya!

Photobucket

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

5 responses to “Update kosong

  1. afrataidinbandaran

    hahahha…boipren meninggal…mmg camtuh…haah

  2. Heidi Shafiq

    gler fanatik die tu..

  3. EIPUL

    MJ? aku dah muak kot dengar radio, tgk tv ada saje tribute tak habis untuk dia. Maybe aku tak pernah kenal dia dan dengar lagu-lagu dia. Huhu, tapi pelik lah dia tu. Masa aku tertengok tribute tu, ada video klip yang merepek-repek macam hantu. Pelik ramai yang suka. Haha

  4. lizz

    afra~huhu! tertinggal lak jwp komen budak kecik sorg ni.hehehe. sian kwn aku tu tau..tp,degil nak gak dgr lagu2 MJ. *mati aku kene bebel lagi sbb memanipulasikan kisah die dan MJ kat sini.kahkahkah!

    Heidi~sangat2! tp,tak ape lah. die hepi macam tu. cume skrg die bersedey.huhuhu

  5. lizz

    EIPUL~minat semue kan berbeza. mcm aku, sker gak kdg2 ngan M. Daud Kilau..muahahaha. *nmpk sgt ko mude dr aku EIPUL.ngehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge