seo
Archive | July, 2009

Buatlah tajuk sendiri. Aku tak kesah!

23 Jul

Hello. Saya sedang mengalami rasa kebodohan melampau sekarang ni. Saya rasa macam taik. Tahu taik macam mana??? ops. Tidak sopan pulak. Saya pula jadi manusia tidak bertamadun.

Oleh kerana saya sedang dalam habitat tidak mahu menjadi baik, jadi untuk entry ini…saya akan gunakan ganti nama aku kembali macam dulu. Ada masalah?

Kalau ada pun, aku tak peduli sudah untuk masa ini.hehehe

Aku habis tenaga untuk rasa kasihan dan simpati dengan orang kali ini. Mungkin ada. Secebis barangkali. Kenapa manusia perlu sangat mengambil kesempatan dengan apa yang kita ada? Kenapa mesti begitu?

Bangang.

Ok. Untuk sekalian kalinya. Aku mengakui sangat bangang. Bila perkara yang aku tidak tahu selama ini terbentang begitu saja. Terkedu. Untuk kamu. Terima kasih kerana berkongsi cerita lama.

Pahit sebenarnya. Tapi, tak apalah. Esok atau lusa aku kompem dah ok balik. Even now pun, aku masih macam biasa. Perasaan marah melebihi segalanya. Jadi, aku tidak langsung merasa ingin menitiskan air mata. Not worth it for now.

Baiklah. Aku tidak mahu meneruskan adegan emo. Semua perlu tahu aku sedang melewati masa-masa PMS. Silakan faham situasi aku ya! wahahahaha.

Buat penyampai cerita lama, terima kasih banyak! Buat yang seorang lagi, jangan risau. Aku akan bersabar macam biasa. Asyik-asyik aku kena sabar! Tak aci gilak. hahahaha. Masa akan berlalu. Lihatkan saja.

Gwe sangat capek untuk hal ini. Silent. Sebarang komen tidak dibenarkan. Ini entry peribadi. Tapi, blogspot sengal. Aku tak ada choice untuk jadikan entry ini sebagai PRIVATE entry. Stupid jugak! (Bila saya PMS, saya boleh menjadi harimau belantara juga tau :P )

Short updated but long description about FATE

22 Jul


Ok. Its just short updated daripada saya. Cuma, saya tidak janji kalau entry ini akan panjang tanpa sekatan akhirnya. Kita kan suka merancang segalanya. Tuhan penentu kisah kita kali ini. Sama macam selalu. Hidup kan bergantung dengan nasib. :)

Minggu ini. Tanpa saya sedar, saya menjadi manusia terhebat terpoyo. Saya tiba-tiba menjadi skema bila dengan rasa penuh tanggungjawab menyiapkan setiap assignment. Not all. My part only. Not good enuff heh? Nasib untuk menjadi lebih baik tetapi tidak begitu menjadi. hehehe.

Kadang-kadang segan sebab macam bagus. Tapi, apa salahnya kan? 2 tahun sekali musim rajin nak muncul. Itupun. Awal semester sahaja. Adat belajar lah kan. Ada turun naik macam saham juga.

Kalau akhir-akhir ini saya sering berbicara soal insan lain. Mereka yang jauh pada pandangan kita. Hanya berbekalkan sumber yang entah sejauh mana kesahihannya. Itu kisah artis kita. Lumrah menjadi artis bukan? Pasrah saja menerima itu ini setiap komentar. Itu nasib mereka.

Kali ini. Saya hanya mahu menyentuh perihal diri sendiri serta orang sekeliling yang lebih dekat dengan saya. Tiada yang lain selain diri saya. Itu mungkin lebih afdal. Kadangkala kita hanya pandai menghukum manusia lain. Itu dan ini salah. Menjadi pengadil tidak bersyarat menghitung nasib mereka.

Macam pandai. Lupakan dosa. kwang kwang.

Padahal. Diri sendiri tidak sesempurna mana. Lebih teruk barangkali. Oh ya. Jangan terasa. Ini cerita saya. Bukan untuk kamu :) Saya insan biasa. Tidak lekang membawa bekalan di bahu kiri saya. Manusia kan?

Semakin saya melewati perjalanan hidup, semakin positif saya menerima apa saja takdir dan nasib yang mendatang. Lumrah hidup semakin saya fahami. Pengalaman pahit, walau kelat masih terasa…namun, intipati madunya semakin saya jelas terasa.

Saya mungkin tidak sehebat mana untuk berbicara soal hidup anda. Tiada kelayakan bertulis. Tiada sebarang pengikhtirafan rasmi. Namun, sekadar berkongsi apa yang ada…tidak salah bukan?

Buat kamu. Andai ada masalah yang singgah menjengah, terimalah seikhlas hati. Itukan takdir. Sudah tertulis nasib kamu itu.

Itukan perjanjian lisan antara roh kamu dengan Tuhan semasa di dalam perut ibu. Kamu sudah sepakat ingin menjalani takdir kamu andai diberikan nyawa kelak. Janji kan perlu dituruti. Wajib.

Saya buat begitu.

Ketika takdir dan nasib saya perlukan saya bersedih berpisah dengan ayahanda tercinta, saya terima saja. Saya pejamkan mata. Nafas saya tarik sedalam mungkin. Waktu itu, saya fikir positif. Mungkin kematian jalan terbaik buat ayah. Andai hidup dengan sengsara, mungkin mati itu adalah yang terbaik!

Bukan mahu pasrah menadah tangan menerima takdir. Jauh sekali. Cuma, bagi saya…tiada apa yang bisa menutup rasa pedih menerima dugaan pemberian tuhan..hanya satu, IKHLAS kan saja! Kita kan milik Tuhan.

Itu takdir dan nasib terburuk pernah saya alami. Selepas melewati hal itu dengan sangat tabah, akhirnya kini..saya menjadi manusia yang lebih kuat. Saya tidak lagi meratapi sebarang perpisahan.

Bagi saya, tiada yang lebih hebat kesedihannya daripada kehilangan insan yang “menjadikan” kita. Insan yang menerima tanggungjawab Tuhan dengan rela hati untuk menerima kita di dunia buat selama-lamanya.

Kalau sebelum ini, ada teman yang sering mengatakan saya tidak punya perasaan. Tiada sebarang tangisan ditunjukkan ketika ingin berpisah. Inilah jawapannya. Saya rasa tidak perlu meratapi perpisahan yang hanya sementara. Kita kan masih berpijak di bumi.

Saya sudah lalui perpisahan yang lebih dasyat perasaannya. Masa kamu belum tiba. Nantikan saja perasaan kamu ketika itu.

Andai ada teman yang langsung tidak bernyawa ketika terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Putus cinta katanya. Menangis meratapi seakan pengakhir hayat hidupnya, saya beristigfar saya di dalam hati.

Oh, mungkin mereka tidak sedar nilai air mata sebenar. Meratapi pada mereka yang langsung tiada ikatan darah, Seolah-olah kekasih hati itulah insan yang melahirkan dan membesarkan mereka sedari kecil. Banyak memori katanya.

Tipu. Itu hanya nafsu diri kamu. Percayalah semakin jauh meninggalkan waktu kehilangan itu..kamu akan dengan mudah mencari pengganti baru.

Ibu bapa? Tiada ganti kan?

Cukuplah. Itu sekadar contoh nasib sedih saya. Saya ikhlaskan saja. Itu penawarnya dan itu juga rahsianya. Renung-renungkan lah..dan selamat beramal! hahahaha

Maaf. Entry terpanjang jugak macam selalu. Janji palsu untuk menulis pendek. kikiki

*Entry updated.

Photobucket

Apa kata anda kalau lelaki menangis

20 Jul


Bukan niat untuk membedakan jiwa lelaki dan wanita. Jauh sekali mempersoalkan tentang naluri antara kita. Anggap sahaja ini sekadar bertukar pendapat. Mana yang elok dan menarik kita turuti. Andai ada yang tersinggung, saya mohon maaf sebelum jari meneruskan kerjanya. Bisa kan?

Terpanggil rasanya untuk berdiskusi tentang isu ini. Tiadalah seberat mana persoalannya. Cuma, apa yang terlintas difikiran kadangkala perlu juga disampaikan. Kalau bukan secara empat mata sekalipun, tidak salah kita kupas secara lisan.

Topiknya tetap sama.

Saya terlalu asyik mendengar nyanyian anak-anak Ahmad Dhani. Lagu Bukan Superman bagi saya mengasyikkan juga. Andai saya seorang lelaki yang sebelum ini sering saja membiarkan egonya hilang begitu saja gara-gara si air mata, pasti saya sedikit malu.

Lirik lagu tersebut berkisarkan bagaimana seorang ayah berpesan kepada anak-anak terunanya, tentang betapa tingginya ego seorang lelaki. Demi menjadi seorang lelaki sejati, si anak perlu belajar menyeka air mata. Boleh gitu?

Kamu bagaimana wahai lelaki?

Pendapat personal saya begini. Tidak salah untuk seorang lelaki menitiskan air mata. Cuma, biarlah kena pada tempatnya. Ya. Saya sedikit geli anda melihat lelaki merayu-rayu dengan wanita. Sambil menangis seperti Rosyam Nor di dalam slot Samarinda. Erk. Buruk ok!

Tetapi, ada masa perlu keluarkan juga air mata! Sekiranya ada kematian, perlulah buang ego kamu itu lelaki. Apa salahnya memberikan sedikit penghormatan buat si mati. Waktu ini, andai ada yang mempersoalkan tentang betapa buruknya rupa kamu menangis…abaikan.

Tidak perlu. Kita hidup berbekalkan hati. Itukan hadiah Tuhan yang sangat istimewa.

Oh ya, saya tunggu pendapat kamu. Mungkin ada antara kamu yang hobinya menangis. Kalau sehari tidak menangis, maka tidak lengkaplah kitaran hidup kamu.

Macam proses Metamorphosis. Kamu begitu?

Saya pasti. Ada juga lelaki yang lebih mementingkan ego daripada nilai kasih sayang yang bernilai daripada air mata. Mereka ini tersangat kental macam kereta kebal. hahaha. Tiada perasaan barangkali :P

Lelaki di dalam keluarga saya? Oh, abang-abang saya. Saya cuma berkesempatan (BERKESEMPATAN OK!!!)lihat air mata mereka sekali saja. Ketika ayah disahkan meninggalkan kami. Itu kali pertama dan terakhir saya melihat mereka menangis. hehehe

Tinggi betul ego abang-abang saya. ngahahaha!

Photobucket

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.