seo
Archive | July, 2009

Pengarah Terkenal Yasmin Ahmad Meninggal Dunia – Updated

25 Jul

Kalau sebelum ini, mungkin saya sekadar memberi info yang salah. Jadi, saya diamkan diri mengenai hal ini. Cukup hanya menyampaikan berita yang saya harap benar belaka. Itu pun, berbekalkan teknologi social network semata-mata.

Hanya. Selepas beberapa hari, baru pagi ini saya mendapat berita yang sah. Kali ini, bersumberkan surat khabar Utusan Malaysia. Dengan rasa penuh dukacita, saya turut bersimpati dengan pemergian pengarah terkenal yang berbakat besar dan berjiwa sangat kental, Yasmin Ahmad.

Ikuti cerita lanjut di bawah:

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Twitter is over capacity!!

24 Jul

Hahaha. Ini boleh menimbulkan kemarahan buat saya yang sedang dalam mood swing-swing angin pasang ni. kahkahkah!

Boleh ek main over capacity ye cik Twitter? Sure ke cik?ahaks! Now, i realized. I cant live without twitter. muahahaha. Burung kecik ini sangat penting ok dalam hidup perempuan seperti saya.

Kenapa? Perempuan kan suka dengan gosip. Twitter memberi saya sepenuh kerjasama ok. hahaha! Info tentang itu ini dengan mudah macam gosok gigi saja saya boleh dapat. Menarik kan Twitter ni?

Ok. Saya nak cuba untuk bertweet lagi sekali. Please jangan buat-buat tidak terima tweet saya ya cik Twitter. hahahaha.

Photobucket

Kecoh status Yasmin Ahmad now.

23 Jul

Disebabkan ada manusia yang sengal sikit tak tahu beradab sopan bila beri komen di sini. jadi, aku removed aja entry about Yasmin Ahmad. Kecoh betul. Sah-sah aku sendiri tak sure. Thats why put it in this blog. Siapa yang tahu, just share with us. Bukan maki-maki. Dasar manusia tak bertamadun sungguh. hehehehe.

updated 1: Sumber mengatakan Yasmin Ahmad stable for now cuma masih belum melewati tahap kritikal. Please God. Save her life :( (Sila jangan memekak dekat blog aku. Info dibenarkan. Will be update later bila ada info baru.)

updated 2: Katanya, Yasmin telah selamat menjalani pembedahan. Cuma, belum sedarkan diri lagi. (Diingatkan, ini bukan fakta sebenar. Sekadar berkongsi info. Aku masih hangin ngan si sengal siang tadi.)

Updated 3: Sila baca di sini. Bukan tak nak letak gambar di sini..tapi aku agak fobia dengan gambar orang koma. Tak sampai hati nak letak dalam blog sendiri. Sure aku ingat my dad. So, check out the latest story here

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.