seo
Archive | July, 2009

Kenapa aku mesti berblog macam korang?

27 Jul

Hye all! Perasan tak sekarang ni aktiviti blog-memblog semakin menjadi-jadi naa? Yeah, saya salah seorang yang dah terjangkit virus blog sampai lebam mata. hehehe

Kalau lecturer saya tahu, confirm dia akan pengsan sebab terlalu sedih dengan tahap kerajinan saya lebih terjerumus kepada aktiviti tiada berfaedah ini. BERBLOG!

Peduli apa kan? Janji gwe happy.ahaks!

Baiklah. Hari ini saja, saya sempat menjenguk beberapa website teman bloggers yang lain. Masing-masing dah nyatakan kenapa dan apa tujuan mereka berblog. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan.

Lets go! Ini antara sebab musabab kenapa patut untuk saya menyatakan tidak kepada berblog :

1. Saya rasa macam ketinggalan zaman bila dapat tahu adik sepupu saya yang baru darjah 3 sudah memiliki blog. Malangnya, mampu bertahan hanya setakat 3 entry membazir saja. Status terkini, blog removed. Sengal

2. Ada kawan ejek dan main psiko dengan saya suatu ketika dulu. “kau budak komputer, mengadap pc tiap-tiap hari tapi buat blog pun tak tahu”. Siut. Saya bukan tak tahu lah. Gwe malas.hehehe. Kesan teramat mendalam telah menghasilkan blog saya ini. Cool kan?

3. Nak cari glamer kawan ramai-ramai. Yeah, saya sangat suka berkawan. Berkahwin pun suka jugak tapi belum masanya. muahahaha. Bagi saya, bila saya berblog..saya akan dapat jumpa kengkawan baru. Macam-macam pesen ok! Ada yang comel, ada yang ensem, ada yang bijak gaban, yang psiko pun ada jugak.hahaha. I dunt care pun. Masing-masing ada keunikan!

4. Lagi satu, saya rasa hanya dengan berblog saja saya dapat lepaskan ketagih nak menulis artikel!!! ngehehe. Konon nak jadi wartawan dulu, tapi belajar tak berapa nak bijak. Cukuplah tulis dalam blog. hohoho

5. Bohong kalau saya tak nyatakan yang ini. Saya berblog kerana wang juga. Kamu pun sama kan? Honest please :P

*Erk. Cukup 5 dulu naa? Tiba-tiba saya malas nak menaip. Itu salah satu tabiat saya yang tak boleh nak elak time berblog ok. wakaka. Why not terima saya seadanya :P

Oh ya, alang-alang..why not korang share jugak sebab-sebab korang berblog. Kita kan berbeza. hehehe

Menjadi diri sendiri @ memaksa diri menjadi yang lain?

26 Jul


Hello semua. Selamat pagi Isnin yang ceria untuk korang yang suka dengan tibanya hari ini. Saya? Tidak suka dengan hari ini. Sangat-sangat membosankan. Hari permulaan setiap minggu kadang-kadang menyakitkan. Of couse lah. Kena bangun pagi untuk ke kelas @ kerja. Korang suka naa?hohoho

Jom kita terus dengan topik pagi ni. Menjadi diri sendiri @ memaksa diri menjadi yang lain untuk lebih disanjung?

Saya sengaja cuba bangkitkan isu ini. Berpunca daripada dialog simple bersama seorang teman yang agak rapat semalam. Katanya, dia tidak gembira dengan life sekarang. Saya sedikit pun tidak pelik. Bagi saya, mustahil untuk kite rasa puas dengan apa yang ada pada diri kita.

Manusia memang begitu fitrahnya.

Saya biarkan dia bercerita. Meluahkan apa yang dia mahu. Saya sekadar menjadi telinga untuk dia hari itu. Kadang-kadang dia mengeluh, ada masa dia ketawa besar seakan bongkak dengan apa yang dia ada.

Saya diamkan diri. Padahal. Saya meluat dengar orang bermegah dengan saya. Mujur saya tahu dia sedang bermain dengan emosi yang tidak stabil. Jadi, saya bersabar dan let it be. Giler annoying sebenarnya.Haih.

Saya pun kadang-kadang tak terkecuali dengan hipokrit juga.

Isi ceritanya sangat mudah. Dia gembira sebab dia rasa dia sempurna. Semua rakan kerja dan teman-teman lain suka berkawan dengan dia. Hang out bersama, karaoke, clubbing dan lain-lain tidak perlu saya nyatakan di sini.

Jadi, saya tanyakan dia. “kalau gembira, kenapa kau macam tak siuman hari ni?”

“Itu bukan aku. Aku paksa jadi sampai apa yang kau lihat pada diri aku sekarang sebab nak kawan-kawan dekat dengan aku”, dia mengaku sangat jujur.

Habis berbicara. Kini giliran saya.

———————————————————————————————-

Saya mengeluh. “Peah(bukan nama sebenar), kau tak perlu merubah diri kau untuk hiburkan hati yang lain. Just be yourself lah..itu lebih baik. Itu buat aku lebih proud dengan kau.”

Tiada jawapan di pihak dia

“Apa guna kau ubah itu ini, ubah cara hidup kau just nak happy kan orang lain. Padahal kau langsung tak happy. Jangan lah samakan diri kau dengan orang lain. Boleh kan ubah balik?”, saya cuba psiko. Mana tahu dia boleh terima.

“Boleh. Tapi, jangan bagitahu kawan-kawan lain hal ni.” (Saya tak sebut nama sebenar kan tadi???hehehe), permintaan dia.

“Beres!”

————————————————————————————————

Pada saya, kan lebih elok kalau kita menjadi diri sendiri. Tidak perlu merubah itu ini untuk menjadi yang terbaik. Lagi kamu paksa diri, lagi tidak selesa kamu nanti akhirnya. Saya sendiri rimas dengan sesetengah teman yang beriya merubah cara penampilannya.

Bimbang dikatakan kuno. Tapi, bila terlalu mengikut orang, mahukan dirinya sesempurna orang yang dia lihat…akhirnya, diri dah macam orang felda masuk town. Jakun!

NotaIsninKurangMemberangsangDanTiadaKaitan: Rasa mual nak muntah hijau bila pergi town dekat JB or KL. Selalu sangat nampak minah-minah pekan mana ntah pakai lipstik 1.5KG dekat bibir and yang lelaki tunjuk belt yang kepale besi tak hengat besaq macam boleh buat cangkul! hahahahaha

Photobucket


Review- Drama komedi Bujang Sepah Silalalitamplom

26 Jul


Hai semua! Saya sedang sedaya upaya berperang dengan perasaan sendiri. Tiada yang serius. Semuanya baik-baik saja.

Terlalu baik. Tersangat menceriakan malam ini. Kami sekeluarga gelak macam mak lampir on the way pergi ke kerja overtime beramai-ramai. Damn sakit usus dan limpa kanan kiri. hehehe.

Isi perut saya bagai nak terkeluar malam ini. Gara-gara tertengok sitkom lawak baban bertajuk Bujang Sepah Silalalitamplom. Haih. Kalau korang terlepas, alangkah rugi. Tapi, tak apalah. Kan Astro itu sinonim dengan tayangan ulangan yang paling busuk 5 kali. Kan???

Jadi, jangan risau. Korang tidak ketinggalan ok. hahahaha

Sure korang ada yang tertanya-tanya apa yang best sangat drama ni kan? Ok, saya ceritakan mana yang saya mampu untuk kongsikan bersama. Bukan apa. Terlalu seronok sampai malas nak share banyak-banyak.

Takut jadi tak seronok pulak nanti.hahaha

Drama ni, berkisar kehidupan 3 orang adik beradik yang sudah kematian ibu bapa. Watak utama sah-sah ahli kumpulan Sepah. Mereka berjiran pula dengan keluarga Mak Leha (Ini salah satu sebab kenapa mak saya bersemangat waja tonton ok. Konon dia yang berlakon jadi Mak Leha dalam drama tu.hahahahah). Mak Leha mempunyai seorang anak gadis bernama Anita. Anita menjadi rebutan ok. Macam-macam ragam korang boleh saksikan dalam drama ni. Really sempoi even lawak kampung.

Ada aku kisah?? Im Malaysian ok. No problem kalau kampung sekalipun. Proud :)

Ending drama ni tergantung. Tapi, memang sengaja digantungkan sebab akan ada sambungan cerita lawak gila ni pada hari raya nanti. hehehehehe! Tak sabar woo.

Saya dan ynn dah puas gelak bersama-sama. Sepah berguling, kami pun berguling jugak. So, maybe korang leh layan drama ulangan nanti ya! Jangan lupa habaq saya juga!! Nak tengok lagi sekali bersama mak comel ku. hahahaa.

Photobucket

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.