Menjadi diri sendiri @ memaksa diri menjadi yang lain?
26 Jul

Hello semua. Selamat pagi Isnin yang ceria untuk korang yang suka dengan tibanya hari ini. Saya? Tidak suka dengan hari ini. Sangat-sangat membosankan. Hari permulaan setiap minggu kadang-kadang menyakitkan. Of couse lah. Kena bangun pagi untuk ke kelas @ kerja. Korang suka naa?hohoho
Jom kita terus dengan topik pagi ni. Menjadi diri sendiri @ memaksa diri menjadi yang lain untuk lebih disanjung?
Saya sengaja cuba bangkitkan isu ini. Berpunca daripada dialog simple bersama seorang teman yang agak rapat semalam. Katanya, dia tidak gembira dengan life sekarang. Saya sedikit pun tidak pelik. Bagi saya, mustahil untuk kite rasa puas dengan apa yang ada pada diri kita.
Manusia memang begitu fitrahnya.
Saya biarkan dia bercerita. Meluahkan apa yang dia mahu. Saya sekadar menjadi telinga untuk dia hari itu. Kadang-kadang dia mengeluh, ada masa dia ketawa besar seakan bongkak dengan apa yang dia ada.
Saya diamkan diri. Padahal. Saya meluat dengar orang bermegah dengan saya. Mujur saya tahu dia sedang bermain dengan emosi yang tidak stabil. Jadi, saya bersabar dan let it be. Giler annoying sebenarnya.Haih.
Saya pun kadang-kadang tak terkecuali dengan hipokrit juga.
Isi ceritanya sangat mudah. Dia gembira sebab dia rasa dia sempurna. Semua rakan kerja dan teman-teman lain suka berkawan dengan dia. Hang out bersama, karaoke, clubbing dan lain-lain tidak perlu saya nyatakan di sini.
Jadi, saya tanyakan dia. “kalau gembira, kenapa kau macam tak siuman hari ni?”
“Itu bukan aku. Aku paksa jadi sampai apa yang kau lihat pada diri aku sekarang sebab nak kawan-kawan dekat dengan aku”, dia mengaku sangat jujur.
Habis berbicara. Kini giliran saya.
———————————————————————————————-
Saya mengeluh. “Peah(bukan nama sebenar), kau tak perlu merubah diri kau untuk hiburkan hati yang lain. Just be yourself lah..itu lebih baik. Itu buat aku lebih proud dengan kau.”
Tiada jawapan di pihak dia
“Apa guna kau ubah itu ini, ubah cara hidup kau just nak happy kan orang lain. Padahal kau langsung tak happy. Jangan lah samakan diri kau dengan orang lain. Boleh kan ubah balik?”, saya cuba psiko. Mana tahu dia boleh terima.
“Boleh. Tapi, jangan bagitahu kawan-kawan lain hal ni.” (Saya tak sebut nama sebenar kan tadi???hehehe), permintaan dia.
“Beres!”
————————————————————————————————
Pada saya, kan lebih elok kalau kita menjadi diri sendiri. Tidak perlu merubah itu ini untuk menjadi yang terbaik. Lagi kamu paksa diri, lagi tidak selesa kamu nanti akhirnya. Saya sendiri rimas dengan sesetengah teman yang beriya merubah cara penampilannya.
Bimbang dikatakan kuno. Tapi, bila terlalu mengikut orang, mahukan dirinya sesempurna orang yang dia lihat…akhirnya, diri dah macam orang felda masuk town. Jakun!
NotaIsninKurangMemberangsangDanTiadaKaitan: Rasa mual nak muntah hijau bila pergi town dekat JB or KL. Selalu sangat nampak minah-minah pekan mana ntah pakai lipstik 1.5KG dekat bibir and yang lelaki tunjuk belt yang kepale besi tak hengat besaq macam boleh buat cangkul! hahahahaha








jadi doraemon nak tak?
[Reply]
kf~dari dulu nak tu lah cite2 aku.so,leh ar aku kuarkan barang macam2.hahaha.tp,aku berpijak kat dunie nyate wei.kah3!!
[Reply]
sgt setuju..
i'm proud 2 be myself..
fullstop!
thnx lizz..
i like ur entrIES..
[Reply]
apa yang boleh membantu kita untuk suka hari Isnin?
1. bila bos takda (utk yg bekerja)
2. kelas takda di pagi hari (pelajar)
heheheh.
[Reply]
Oreoo~maceh(wat muke segan silu.wakakaka). neway, mmg susah kan nak tiru2 care org lain. adoi. tp,in reality..ramai sgt yg wat camtu woo..huhuu
[Reply]
susudalambotol~wah!sangat memahami!!! kakakaka. sangat2 btol. for them yg 50-50 macam saye..sure tensen. study n part time worker! pagi2 kene ade klas..n kene tgk muke…..*** (isi sendiri.muahahaha)
[Reply]
pakcik nak jadi diri pakcik sendiri la… nak ngorat lizz… huhuh selalu nye pakcik jadi spiderman… tu yg seme org minat kat pakcik kot …. huhuhuh…
nak jadi orang lain?… wat pe nye.. bukan bes pun…
[Reply]
dotblogspotdotkom ~hehehe. cute sungguh nak ngorat ek?hahaha. sile2.neway, mmg pun. dah lah xbest, pastu sgt tak bermoral rasenyer. wakakaka
[Reply]
aku pun tak berapa suka ngan life aku skrg. kat tempat keje aku tetiba malas nak bergaul ngan kawan-kawan. kat hostel aku tak berapa heppi tak tahu kenapa. semua orang totally different sejak masuk sem. Aku tak tau nak adapt camne. ramai kata aku tak ceria sekarang, tapi aku tak tahu nak wat camne dowh. LOL
[Reply]
EIPUL~maybe ko kene find 1 day yg sesuai n hang out wit kwn2 ko..then, time tu try lah tukar2 citer.mane tau leh wat korang more happy woo.. kadang2 kite ni,prob ciput je.tp, sbb xluah kan…then lame2 makin parah
ok??
[Reply]
tajuk yg sgt sensitif..hehe..
bak kate audioslave, be urself.hehee
tp 1 je yg gwe nk cte,x suke gler klu org tu bngga sgt ngn diri die pdhl org len lg hbt..klu btl2 power ok la..
[Reply]
Encik Azizan~yeah.tau xper.bernanah jugak ar mase dgr my frenz megah2.kah3!!tp,its ok lah..jgn kite jadi camtu udah.hoho
[Reply]
x yah jd org laen la.
org x suke dri kite, lantak pi laa
tpi itu bukan mksud x menerima kritikan
[Reply]
~cik manis~tak larat ar nk berlakon2 jd org lain. x worth it langsung pun.hohoh.
[Reply]