Masalah hidup kadangkala merangsangkan jari untuk menulis.bagus


Jumpa lagi. Tiada apa sangat untuk dicoretkan kali ini. Sekadar mahu melepaskan rindu menulis. Terasa janggal kiranya tidak menulis dalam tempoh agak lama.Pelik. Tapi, sudah begitu kehendak hati. Turutkan saja. Apa salahnya bukan?

Selama beberapa hari ini, beberapa peristiwa terjadi di dalam hidup saya. Tak pasti kenapa dan mengapa saya yang perlu jalani ujian itu. Agak berat sebenarnya. Untuk saya. Mungkin ringan buat kamu. Kudrat kita kan berbeza?

Tapi, saya tetap jalani. Ujian hidup perlu tempuh juga. Sudah begitu fitrah kejadiaan manusia. Imbalannya? Bukan urusan kita. Tapi DIA. Biarkan saja.

Syukur, saya bukan jenis manusia yang cepat melatah. Kalau sesetengah orang, mungkin sudah buat teman-teman rasa nak pergi jauh-jauh. Tidak kuasa nak melayan emo kita.hahaha.

Kita perlu sedar. Bukan semua orang teman baik kita. Tidak semua yang sanggup meminjamkan telinga cuma untuk mendengar keluh resah kita. Tak usah bermimpi. Ada. 1 dalam 1000.

Cubalah. Mana tahu ada rezeki kamu.

Prinsip hidup saya sejak dulu cuma satu. Tak usah bergantung dan berharap dengan sesiapa. Bukan tidak punya teman baik. Ada. Cuma, sudah menjadi kebiasaan. Tidak mahu menyusahkan orang. Juga, tidak mahu teman-teman berasa kekok melayan orang yang bermasalah.hehehe.

Itu tidak elok. Kurang ceria nanti.

Saya sendiri. Jarang sekali melayan perasaan teman-teman yang bermasalah. Bukan jahat. Jangan. Itu fitnah. Tidak elok bukan?

Cuma. Saya rasa tidak perlu. Masing-masing sudah dewasa. Punya fikiran. Gunakanlah sebaiknya. Tak perlu diikutkan perasaan sedih. Buang masa. kamu rugi masa-masa terindah nanti. Mahu?

Saya tidak mahu.

Saat saya menulis entri ini pun, kepala saya berserabut dengan masalah. Cuma, bahagian terlibat kan cuma kepala. Tangan saya masih boleh berfungsi macam biasa. Macam selalu. hehehe. No big deal 🙂

Selamat tinggal masalah. Kita boleh jumpa lagi esok dengan masalah yang baru. ahaks!

Photobucket

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Masalah hidup kadangkala merangsangkan jari untuk menulis.bagus

  1. khaLifah feDi

    wah sejak2 akhir2 nie n3 kamu sgt2 berilmiah kf suke teruskn ea..!!!

  2. lizz

    kf~haha. entry aje. org nyer same cam dulu.wahahaha.

  3. abdus

    betul tu. bukan semua kawan itu kawan rapat. dan bukan semua kawan mampu mendengar repekan kita. haha. betul tak? 😛

  4. lizz

    abdus~yeah, thats rite! sebab tu kakak*u called me kakak now kan???muahahahahaha!
    tak suka nak mengadu itu ini dekat kawan2. buang masa. settle kan sendiri aje. senang.hehehe

  5. Heidi Shafiq

    bile rase ape2 simpan je la..
    bykkan berdoa..
    Allah bleh dgr pe kate hati kite..
    x semua org nk amik berat perasaan kite..

  6. lizz

    Heidi Shafiq ~yep! Rasenyer, tak ade dah solution terbaik daripada berdoa n luahkan pade Tuhan. Selalu wat camtu. Sure lega n caye aje, lagi byk dugaan..maksudnyer, Tuhan syang kita lebih dr yg lain 🙂

  7. cInTa aDrIaNa

    akak ney utm jgk ke dulu….??

  8. EIPUL

    betul2! aku pun tak suka nak menyusahkan orang lain. Sebab, bagi aku, kalau aku boleh buat, aku cuba buat tanpa nak libatkan sape2. Takut nanti bila kita mintak tolong, diorang nak ungkit, nampak diorang sanggup tolong, tapi dalam hati mana tahu. Tuhan aje yang dapat detect samada dia ikhlas tolong atau tak. Huhu, panjang pulak komen aku ni. Abaikan. Haha

  9. lizz

    cInTa aDrIaNa~yep. dulu dan kini kembali lagi.boring 😛 hehehe.

    EIPUL~hahaha! aku sker komen panjang2 wei. no problemo woo.kan?ramai yg macam tu lah. tolong ciput je, tp ungkit cam ape je. boring aku.

  10. Pingback: Masa Untuk Berfikir - Apa Yang Perlu, Apa Yang Tidak? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge