Isu maruah Kelantan dan Johor sangat berbeza barangkali

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berita lanjut di sini

Kecewa. Satu perasaan yang sangat streotaip. Bukanlah tiada langsung rasa simpati dengan si mangsa, cuma terlalu kesal. Semakin hari, semakin aku sendiri tidak tahu di mana tempatnya maruah perempuan. Haih.

Tiada langsung niat untuk menuduh membabi buta. Itu bukan aku. *pujian ke atas diri sendiri kadangkala menyeronokkan juga

Berbekalkan sumber berita yang disampaikan oleh seorang teman, aku difahamkan si mangsa bukan pertama kali begini. Kali kedua. Si keluarga mangsa sendiri membuat pengakuan dihadapan ustaz yang memandikan jenazah. Sedih bukan?

Mangsa berasal daripada Kelantan. Semua pasti tahu negeri yang sering di cop “too islamic” itu kan? Aku sendiri mengaku selepas terlalu sering dijadikan bahan kutukan mereka.

Teman-teman aku berasal daripada sana semuanya bertudung, tidak pernah aku nampak sehelai rambut kalau mereka berdepan dengan lelaki. Itu kalau dengan lelaki lain, teman lelaki istimewa mereka aku tidak mahu sentuh lah. Sendiri teka. haha

Pantang aku berbaju agak ketat sedikit ke kelas. Mulalah hati sendiri terbakar selepas itu. Ada saja cerita kutukan yang disampaikan oleh teman sebilik. Ok, aku berbaju sarung nangka berdosa. Hukummya haram. Itu aku tahu, cuma belum masa untuk aku berubah. Tak perlulah nak buat hukum sendiri.

Bila aku keluar bilik dengan kepala tidak bertutup, kamu kata aku slumber tidak takut dosa. Lelaki tengok nanti hukumnya haram. Berdosa besar. Kamu bagi teman lelaki kamu belai rambut kamu boleh pula. Hukumnya harus ek? Erk.

Menghukum aku sana sini, aku diamkan saja. Bukan urusan kamu pun sebenarnya. Aku tahu apa aku buat. Sebenarnya, aku lebih baik daripada kamu. Aku punya maruah. Kamu tidak pun. Terpegang tangan lelaki dan perempuan di dalam kelas berdosa besar. Mengucap panjang kamu.Tangan dan peha diusap teman lelaki kamu, kamu bangga pula. Alahai.

Ingat lagi, masa aku menyapa kamu suatu hari selepas pulang kelas? Waktu itu, kamu seakan punya masalah. Aku sudah terbiasa dengan tidak berdendam dengan sesiapa. Lalu, aku tegur dan tanyakan masalah kamu.

“orang nak jumpa bf petang ni, dia nak datang ambil naik motor. Tapi, orang malu kalau rumet orang tahu orang bonceng motor dengan lelaki….”, dia bersuara.

“Bangang punya orang”, monolog setan aku sendiri. Jangan ikut.

“Just be yourself *****”, kerana terlalu loya mendengar kata-kata kamu, itu saja ayat yang keluar daripada mulut aku.

Sumpah aku nak muntah dan sejak hari itu aku terus pandang jijik dengan orang seperti kamu. Aku fikir kamu cukup sempurna sampai seronok sekali menghukum dosa-dosa aku. Heh?

Bloggers Kelantan, janganlah dihiraukan entry ini. Bukan untuk kamu. Cuma, dikarang istimewa buat mereka yang terlibat di dalam babak drama ini saja. Jangan risau, bukan semua kamu begitu. Teman baik aku orang Kelantan dan kami sama-sama bermaruah tingkat tinggi. wahahaha!!!

Photobucket

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Isu maruah Kelantan dan Johor sangat berbeza barangkali

  1. khaLifah feDi

    emmm.khayalan tingkat tinggi..

    lizz..sekurg-kurgnye ko lebih jujur dr meke..aku tabik dgn ko..gud2..

    harap hari ni adlh hari terbaik utk kamu ..peace !!!

  2. afrataidinbandaran

    biar jahat…jangan hipokrit…

    memang menyampah sy dgn manusia mcam nih…

  3. lizz

    kf~buat mase ni, hari aku masih tak bape nk baik tp cute jgk kdg2 kalo ade byk keje ni. wahahahaha! *ayat sedapkan ati.haha

    afra~sesungguhnye, manusie hipokrit itu sgt jijik. kan?kan? wat main sepak raga ok jugek ek. hahahaha.. hey, rindu kamu budak notty! wakakaka

  4. akira sendoh

    tumpang komen…

    btl tu..tak sumer camtu..tp segelintir tu la yg memburukkan keadaan tul tak?? tak sangka..kali kedua ek..gempar jugak bca crta tu..jarang2 brta tak elok tntg IPTA kuar..sekali kuar..tu dia..

  5. lizz

    akira~itulah, smlm mcm nak kesian tp arini mcm xmo lak dah.hehehe. *tapi, tetap sedekahkan fatihah jugek…

    UTM jarang, sllu UM..tp, mane2 uni pun skrg same aje level die. terlebih ilmu pun kadang2 mereng gak. wahahaha

  6. RainMe LeoBellicose

    sabar-sabar

  7. be~bored

    haha.terlebeh ilmu mmg bley jdk mereng.
    bg contoh sikit liza.
    agaga

  8. abdus

    read. but, not sure what to comment.

    yang penting, kalau dah nak buat dosa tu, jangan sabitkan orang lain. buat malu je.

    ceh.

  9. Cik Rama2 Beku

    *terkejut*

    thanx for da info..
    tp setuju sgt pasal Kelantanese and Johorian..awl2 g Tanah Malaya dulu, itu la benda pertama yg org2 lain bg tau..Org Kelantan tak ngam ngn JOhor..pelik…tp ada jugak benarnya..

    cumanya, soal iman dan takwa seseorang tu bukan dinilai pada negerinya..nilai lah dr diri individu itu sendiri..

    tepuk dada tanya la iman..=)

  10. lizz

    RainMe~hehehe. maceh2 tlg srh sabar yek!wahaha

    be~bored~cth?aku bg cth ko jelah naa?ko kan ngah mereng psl something now. wakaka! erk, ko xcite lg ni wei…

    Cik Rama2 Beku~yep. isu Johor n Kelantan mmg dr dulu. tak nafikan johor agak sosial cuz kami dekat ngn Spore. pengaruh kuat dan iman kami xkuat cm pokok lalang gitu2.kikiki. *haha! pengakuan daku ini.

  11. Saiful Izuan's

    ramai bdk2 kelantan ckp kt JB kehidupan nya terlalu sosial..Aku perhatikan selalunya orng yg berasal dr JB x ade pun wat masalah sosial kat JB ni biase nya org luar yg dtg sni yang menambahkan statistik masalah sosial di JB. Org negeri mane? sendiri pikir lah.. Begitu jgk KL, aku penah duk sna dalam 2 tahun lebih, aku perhatikan jgk ramai bdk kelantan yng terlibat dgn masalah sosial ni sbg cth bdk2 yg kaki pow kat CM sume nye berbahasa loghat kelantan, susah rasenye org johor yg berketurunan jawa nak cakap loghat kelantan kan??.. Mungkin ini sume dinamakan culture shock!!

  12. lizz

    Saiful Izuan's~yeah, itulah tapi kami2 yg mmg hyperaktif sket(kahkahkah!) gak sllu dicop jahat padahal takpun 🙁 insan teraniaya. wahaha!

    tp,kalo tgk kt Danga Bay JB tu..mane mina2 yg beriye sakan fesyen tp xmenjadi tuh..makeup tebal cam oprah cine n lipstik merah cam angpow,its not from JB. johorean tapi dok hulu2 sikit. bkn kelantan aje yg sllu culture shock, kenyataannye..johor pun ade gak dan aku antara manusie yg paling best gelakkn org2 type ni. kikiki.

  13. ♥ sOFIa ♥

    hahahahaha. SETUJU. syabas kerana menimbulkan isu ini. betul betul menarik. apa pasal lah mau hipokrit? busuk betul be yourself sajah sudah.

  14. - - [ 4nkEl r4p ] - -

    kenyataan yang memnag nyata..ankel rap dah lalui pengalaman macam tu..sorry for dak klantan..tak semua dak kelantan jahat ok..pe pun ankel memang suka berkawan..

  15. EIPUL

    aiyo. Takutnye. mati dah dua hari baru orang sadar. Mintak simpang. Hurm, no komen lah pasal dosa pahala ni. sendiri mahu ingat lah. Aku naik rapid hari tu, yang bertudung ni semangat mencium2 bf dia, bf dia buat biasa je. Baik kamu cabut saje tudung tu, sedekah kat fakir miskin. Paling koman pun pahala dapat buat top up dosa kamu. betul tak? Lalala

  16. lizz

    abdus~hey adik!how come i terlepas pandang ur comment ek?hahaha.so sad every time kene judge by them actually..cume tahan dan tahan..last2 terkeluar lak entry ni. kikiki

    ♥ sOFIa ♥~yeah. tau tak ape. kan??rasa macam susah aje kalau nk hipo2 ni. muahaha

  17. lizz

    – – [ 4nkEl r4p ] – -~same wit me. suka berkawan. tp, dulu ade rumet Kelantan pun xtrime gak. geng2 die dtg, i layan padahal tak paham pun ape die ckp.hehe. bler my fren dtg bilik…cheh, trus kuar bilik. how come aku tak tensen????*emo againz.

    Syukur gile bestfren i tak camtu cuz kalo die camtu,sure i mereng.hahaha!

  18. lizz

    EIPUL~hahahahaha!! otak kite same lah.thats rite. i tot, gurl aje yg ade rs geram tgk scene bercium tp bertudung ni. bagus ko hangin gak. muahaha. for me, gurl mcm tu sgt murah lah..*sorry 🙂

  19. desbliss

    takmo komen psl isi penulisan

    pape pon terkesima babe dengan cara penulisan terbaru yg menarik dan kaya dgn tata cara bahasa dan antonasi.

    mabeles…keep it up.

  20. lizz

    desbliss~i love writing. personal atau apa saja. cume, skrg dlm mood malas nak melayan perasaan sendiri. so, no personal issues sgtlah. itu yg melencong wat gaya pembaca berita tempatan tuh. wakakaka.

    *hey, rindu ko!lalalala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge