Laporan pertengahan tahun. Tengah tahun ke sekarang? Dah lepas rasanya kan? Tak apalah. Blog suka suki. Bukan buat bajet belanjawan pun. hohoho.
Kalau beberapa hari yang lepas, saya buat pengakuan yang saya sudah addicted dengan dunia blogging hampir 70%. Masih ingat? Kalau ada yang baru jejak rasul kaki virtual di blog saya, saya rasa korang dah terlepas entry yang ini. Bacalah dulu kalau mahu.
Sekarang. Saya sudah mula rasa jiwa-jiwa terover addicted. hehehe. Belum 100%. Tapi, hampir mencecah 99.5%. Bahaya kan? Saya suka gila arnab macam dapat emas seketul dibahagi pula dengan cacing kerawit. Berkongsi cerita lah maksudnya. Saya perlu belajar kiasan power dengan Karam Singh Walia agaknya. hahaha
Hobi membuat lawatan ke blog teman lain dah jadi rutin harian saya. Seronok sebab saya boleh buat kunjungan macam hari raya setiap hari ke blog kengkawan. Best woo. kikiki.
Tapi. Saya boleh gigit-gigit mouse kokak di sebelah kanan saya ni kalau terjumpa blog yang gila super annoying. erk.(sorry. entry ini mungkin akan buat di antara korang makan hati berulam limpa. maaf dulu ok)
Tak nak cakap banyak. Jom join saya mengutuk blog yang saya tak kan masuk. (saya selalu sumpah seranah biasanya. jahat kan?)
1- Saya anti blog yang letak auto play lagu-lagu. Serious. Telinga saya macam bernanah dengar lagu yang bukan kesukaan saya. Lebih dasyat lagi, kalau lagu tu dimainkan 1000kali non stop!!!! Oh my God. Buanglah wei dan saya akan jadi pengunjung setia blog kamu
![]()
2- Blog yang pemiliknya letak gambar tangkap sendiri dengan handphone lebih daripada 30keping! Kepala pusing 60 darjah konon nak nampak cantik. Tapi, kalau pemilik tu cantik, saya tak berapa nak mengamuk lah. wahahaha.Saya letak juga gambar tu. Tapi, just untuk jawab tag kengkawan. Sebab itu, sekarang amalan tag begitu saya haramkan. ahaks!
3- Lagi satu, saya macam tak boleh blah kalau terjumpa blog syok sendiri laki bini. Entry macam ebook 1001 kisah malam pertama. Kalau korang pernah jumpa, blog macam ni akan ada ayat dalam novel “ayat-ayat cinta”. Contoh cukup menggelikan dunia orang lain:
” Abang sayang puteri abang ni.”
“sayang pun tak sabar nak tunggu abang balik malam ni”Hello. itu sms sudah lah wei.
4- Blog yang ada popup tak dijemput even dalam box popup tu ada mesej selamat datang ke blog saya. Buang lah. ingat orang suka ke??? Menyibuk tau. hehehe
Banyak aja idea nak mengutuk ni. Tapi, malas lah. Cukup lah 4 kot. wakakaka. Saya perlu kuatkan semangat sebab mungkin akan ada komen pedas oleh mangsa kutukan saya.Tapi, tak apa. Tak kisah pun. Kita bebas bersuara di blog ini. Sila-sila.ngehehe.

Selamat hari Jumaat korang! Sorry, tiada entry semalam. Kan saya cakap dah, mood menulis saya tidak datang tiap masa. Cuma bila dia datang, saya sampai terpaksa ponteng kelas. Semata-mata nak tunaikan hajat. (Lecturer baca kompem parang ditangan.muahaha)
Tadi, ada idea nak share tajuk kontroversi. Tajuk menjerumus kepada sex education. Tapi, takut kena cincang halus sebab bercerita hal seks secara terang-terangan. Lagipun hari Jumaat. Mak kata buat dosa hari ni dapat double bonus, Saya bukan manusia tamak.muahahaha.
Maaf. Kalau ada yang jumpa blog ni selepas buat carian keyword sex. Sorry. Tiada entry sex di sini ok.hahahaha.
Cuma.Cerita suam-suam milo panas pasal gambar separuh bogel anak Normah Damanhuri. Tahu kan? Saya suka gosip artis. Itu makanan ruji bak kata menyakitkan hati oleh mak saya. (mulut mak laser even muka mak nampak macam baik ok. Please percaya!Fitnah seorang anak.hehehe)
Alahai. Ada yang tak tahu lagi ya? Tak apalah. Saya selitkan cerita di sini . Korang sure tahu pelakon popular suatu masa dahulu kan? Dahulu bukan sekarang. Tak boleh nak recall? Ini gambar dia.
Kenal dah?
Baik. Memang isu gambar separuh bogel anak beliau heboh dekat mana-mana blog hiburan macam dekat ZonArtis. Oleh kerana saya tahu korang boleh terus directly baca di ZonArtis, tak perlulah saya nak copy paste kan di sini kan
ahaks!
Tapi, tak bestlah kalau tak ada barang 1 atau 2 gambar yang dikatakan hot tu kan? Hot ke? Tak hot pun bagi saya. Setakat muka macam budak kecik ni. Tak terngiur pun. hehehe. Nak tengok tak? Lihat bawah.
Korang tak rasa dia poyo???? Posing ngalah miss universe.gegegegege.
Balik-balik isu wanita. Klik blog sana, jumpa entry jualan murah dara di kelab malam. Blog lain, membangkitkan pula isu dosa besar akibat “terlupa yang disengajakan” memakai tudung.
Kenapa susah sangat nak jumpa entry pasal isu aurat lelaki atau dara lelaki yang sebenarnya mungkin juga hilang sebelum bernikah ek? Saya akan pastikan hal itu akan dibincangkan juga suatu hari nanti di blog ini. lalalala.
Baru adil kan? (Saya tak suka deskriminasi jugak kadang-kadang)
Entry ini sebagai kupasan dan sebenarnya lebih kepada menyibuk nak cerita tentang isu tudung juga selepas baca di sini. Sesiapa yang nak saksikan adegan 15sx ringan-ringan (tapi dosa dapat juga walau ringan pun. Awas ya. Tiada perkongsian dosa antara kita)
Saya tertarik dengan kenyataan beliau ini:-
Aku sukakan gadis bertudung. Tapi amat susah nak cari gadis bertudung yang 24 jam yang betul-betul bertudung bila kluar rumah. Dan aku rasa, semua gadis akan nampak lagi cantik jikalau bertudung. =)
Saya tiada komen untuk kenyataan di atas. Kenapa? Alasan jujur. Saya bukan salah seorang daripada wanita yang seperti beliau mahukan.
Saya on off bersama tudung saya. Terima kasih
Kamu ada? Silakan ke blog beliau dan tinggalkan jejak skodeng di sana. Jangan lupa komen ya! (Lepas ni kena minta komisen sebab buat promosi secara 50-50 tahap keikhlasan di hati. Boleh kan?)
Tiada komen, bukan bermakna tiada sebarang idea nak teruskan entry ni. hehehe. Baik, saya akan list kan serba sedikit pandangan personal saya tentang wanita bertudung dan free hair juga.
Kengkawan saya bertudung punya kriteria seperti ini
1- 2/5 daripada mereka saja yang betul-betul menutup kepala bila bersama dengan lelaki bukan muhrim. Baik di luar @ di kawasan rumah.2- 1/5 saja yang mengamalkan skim tidak bercakap dengan lelaki langsung unless untuk sesi belajar.(tapi dengar cerita sekarang beraksi rakus dengan adegan cium bersama suami di depan toilet. Jijik juga dengar. Lepas hajat yang halal pun, cover sikit boleh kan?)
3- Pernah tanya kenapa perlu pakai tudung padahal baru darjah 1? Dan ini jawapan paling comel “Rambut kita macam orang Africa yang simpul-simpul halus tuh. Kena cover”. Best kan?
4- Ada yang pakai tudung sebab buah hati pengarang jantung suruh pakai. Alasan, cemburu kalau lelaki lain tengok rambut dan buah di dada (Aurat diharuskan terbuka untuk tontonan pakwe sahaja). Saya cakap WTF time tu juga depan dia.
5- Ramai juga yang pakai tudung labuh (tutup buah di dada cukup labuh bagi saya yang iman tak seberapa ni). Orang lain puji sebab macam ustazah. Sejuk hati mak dia mengandungkan dia. Saya kata dalam hati “kalau mak dia selak tudung dan skodeng leher betul-betul, sure mak dia terkena serangan jantung.”. Love bite macam terkena gigitan nyamuk bergigi raksasa perlu di cover juga.
6- 4/5 daripada mereka biasanya wanita yang sangat tidak berpendirian, tidak energetik, muka macam nak mati keesokkan hari pun iya juga, tiada langsung sifat setiakawan. Setiapakwe saja ada pada mereka. Gila.
7- Bila jalan dan nampak perempuan tak pakai tudung, start nak jadi Tuhan semesta alam. Konon perempuan tu tak takut dosa. Lebih annoying bila buat statement macam ni “orang macam ni tak boleh buat kawan”. Setan gondol kan?
Ini pula kriteria kengkawan saya yang free hair
1- Tak kesah berkawan dengan sesiapa. Kawan dengan yang bertudung ok, yang separa bogel boleh. Kalau yang 100% bogel aja tidak boleh. hehehe2- Bila nampak perempuan bertudung, diorang biasa buat statement macam ni “Bilalah aku nak taubat nasuha ni? Pakai tudung macam tu?” . (Next time jangan ingat kami-kami tak ada feeling nak taubat naa.muahaha)
3- Kengkawan saya akan nampak macam muka pelacur kelab malam. Tapi, hakikatnya dia adalah manusia paling mulia saya rasa sebab naik motor dengan lelaki pun tidak pernah. Maka, tiadalah scene setan duduk ditengah-tengah
wahahaha
4- 5/5 daripada kengkawan saya yang kepala berbogel ini sangat bersifat dermawan dengan peminta sedekah di tepi jalan macam on the way nak masuk City Square itu. (Kengkawan tudung labuh kadang-kadang cepat-cepat buat-buat pengsan bila orang datang minta sedekah. Hajah Bakhil namanya.hahaha)
5- Biasanya, mereka ni very open minded person macam diorang open kan kepala dikhalayak ramai juga. Rasa bebas barangkali. Saya suka kriteria ini. wakakaka!
Ok. Enough. Saya mahu berehat. List di atas, kalau-kalau ada teman yang terasa pedas..ampun. Saya minta maaf secara pukal nanti masa malam raya pertama ok. ngehehehe!
*Tudung tu memang wajib untuk semua wanita islam. Tetapi, kita kan tiada hak untuk judge orang unless kamu tu sempurna macam Nabi. tapi, kita kan tahu…Nabi tiada gantinya
oh, saya sedang dalam mood nyampah dengan perempuan bertudung yang beraksi doggy style sebenarnya.

Kalau lecturer saya tahu, confirm dia akan pengsan sebab terlalu sedih dengan tahap kerajinan saya lebih terjerumus kepada aktiviti tiada berfaedah ini. BERBLOG!
Peduli apa kan? Janji gwe happy.ahaks!
Baiklah. Hari ini saja, saya sempat menjenguk beberapa website teman bloggers yang lain. Masing-masing dah nyatakan kenapa dan apa tujuan mereka berblog. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan.
Lets go! Ini antara sebab musabab kenapa patut untuk saya menyatakan tidak kepada berblog :
1. Saya rasa macam ketinggalan zaman bila dapat tahu adik sepupu saya yang baru darjah 3 sudah memiliki blog. Malangnya, mampu bertahan hanya setakat 3 entry membazir saja. Status terkini, blog removed. Sengal
2. Ada kawan ejek dan main psiko dengan saya suatu ketika dulu. “kau budak komputer, mengadap pc tiap-tiap hari tapi buat blog pun tak tahu”. Siut. Saya bukan tak tahu lah. Gwe malas.hehehe. Kesan teramat mendalam telah menghasilkan blog saya ini. Cool kan?
3. Nak cari
glamerkawan ramai-ramai. Yeah, saya sangat suka berkawan. Berkahwin pun suka jugak tapi belum masanya. muahahaha. Bagi saya, bila saya berblog..saya akan dapat jumpa kengkawan baru. Macam-macam pesen ok! Ada yang comel, ada yang ensem, ada yang bijak gaban, yang psiko pun ada jugak.hahaha. I dunt care pun. Masing-masing ada keunikan!4. Lagi satu, saya rasa hanya dengan berblog saja saya dapat lepaskan ketagih nak menulis artikel!!! ngehehe. Konon nak jadi wartawan dulu, tapi belajar tak berapa nak bijak. Cukuplah tulis dalam blog. hohoho
5. Bohong kalau saya tak nyatakan yang ini. Saya berblog kerana wang juga. Kamu pun sama kan? Honest please
![]()
*Erk. Cukup 5 dulu naa? Tiba-tiba saya malas nak menaip. Itu salah satu tabiat saya yang tak boleh nak elak time berblog ok. wakaka. Why not terima saya seadanya

Hello semua. Selamat pagi Isnin yang ceria untuk korang yang suka dengan tibanya hari ini. Saya? Tidak suka dengan hari ini. Sangat-sangat membosankan. Hari permulaan setiap minggu kadang-kadang menyakitkan. Of couse lah. Kena bangun pagi untuk ke kelas @ kerja. Korang suka naa?hohoho
Jom kita terus dengan topik pagi ni. Menjadi diri sendiri @ memaksa diri menjadi yang lain untuk lebih disanjung?
Saya sengaja cuba bangkitkan isu ini. Berpunca daripada dialog simple bersama seorang teman yang agak rapat semalam. Katanya, dia tidak gembira dengan life sekarang. Saya sedikit pun tidak pelik. Bagi saya, mustahil untuk kite rasa puas dengan apa yang ada pada diri kita.
Manusia memang begitu fitrahnya.
Saya biarkan dia bercerita. Meluahkan apa yang dia mahu. Saya sekadar menjadi telinga untuk dia hari itu. Kadang-kadang dia mengeluh, ada masa dia ketawa besar seakan bongkak dengan apa yang dia ada.
Saya diamkan diri. Padahal. Saya meluat dengar orang bermegah dengan saya. Mujur saya tahu dia sedang bermain dengan emosi yang tidak stabil. Jadi, saya bersabar dan let it be. Giler annoying sebenarnya.Haih.
Saya pun kadang-kadang tak terkecuali dengan hipokrit juga.
Isi ceritanya sangat mudah. Dia gembira sebab dia rasa dia sempurna. Semua rakan kerja dan teman-teman lain suka berkawan dengan dia. Hang out bersama, karaoke, clubbing dan lain-lain tidak perlu saya nyatakan di sini.
Jadi, saya tanyakan dia. “kalau gembira, kenapa kau macam tak siuman hari ni?”
“Itu bukan aku. Aku paksa jadi sampai apa yang kau lihat pada diri aku sekarang sebab nak kawan-kawan dekat dengan aku”, dia mengaku sangat jujur.
Habis berbicara. Kini giliran saya.
———————————————————————————————-
Saya mengeluh. “Peah(bukan nama sebenar), kau tak perlu merubah diri kau untuk hiburkan hati yang lain. Just be yourself lah..itu lebih baik. Itu buat aku lebih proud dengan kau.”
Tiada jawapan di pihak dia
“Apa guna kau ubah itu ini, ubah cara hidup kau just nak happy kan orang lain. Padahal kau langsung tak happy. Jangan lah samakan diri kau dengan orang lain. Boleh kan ubah balik?”, saya cuba psiko. Mana tahu dia boleh terima.
“Boleh. Tapi, jangan bagitahu kawan-kawan lain hal ni.” (Saya tak sebut nama sebenar kan tadi???hehehe), permintaan dia.
“Beres!”
————————————————————————————————
Pada saya, kan lebih elok kalau kita menjadi diri sendiri. Tidak perlu merubah itu ini untuk menjadi yang terbaik. Lagi kamu paksa diri, lagi tidak selesa kamu nanti akhirnya. Saya sendiri rimas dengan sesetengah teman yang beriya merubah cara penampilannya.
Bimbang dikatakan kuno. Tapi, bila terlalu mengikut orang, mahukan dirinya sesempurna orang yang dia lihat…akhirnya, diri dah macam orang felda masuk town. Jakun!
NotaIsninKurangMemberangsangDanTiadaKaitan: Rasa mual nak muntah hijau bila pergi town dekat JB or KL. Selalu sangat nampak minah-minah pekan mana ntah pakai lipstik 1.5KG dekat bibir and yang lelaki tunjuk belt yang kepale besi tak hengat besaq macam boleh buat cangkul! hahahahaha

Hai semua! Saya sedang sedaya upaya berperang dengan perasaan sendiri. Tiada yang serius. Semuanya baik-baik saja.
Terlalu baik. Tersangat menceriakan malam ini. Kami sekeluarga gelak macam mak lampir on the way pergi ke kerja overtime beramai-ramai. Damn sakit usus dan limpa kanan kiri. hehehe.
Isi perut saya bagai nak terkeluar malam ini. Gara-gara tertengok sitkom lawak baban bertajuk Bujang Sepah Silalalitamplom. Haih. Kalau korang terlepas, alangkah rugi. Tapi, tak apalah. Kan Astro itu sinonim dengan tayangan ulangan yang paling busuk 5 kali. Kan???
Jadi, jangan risau. Korang tidak ketinggalan ok. hahahaha
Sure korang ada yang tertanya-tanya apa yang best sangat drama ni kan? Ok, saya ceritakan mana yang saya mampu untuk kongsikan bersama. Bukan apa. Terlalu seronok sampai malas nak share banyak-banyak.
Takut jadi tak seronok pulak nanti.hahaha
Drama ni, berkisar kehidupan 3 orang adik beradik yang sudah kematian ibu bapa. Watak utama sah-sah ahli kumpulan Sepah. Mereka berjiran pula dengan keluarga Mak Leha (Ini salah satu sebab kenapa mak saya bersemangat waja tonton ok. Konon dia yang berlakon jadi Mak Leha dalam drama tu.hahahahah). Mak Leha mempunyai seorang anak gadis bernama Anita. Anita menjadi rebutan ok. Macam-macam ragam korang boleh saksikan dalam drama ni. Really sempoi even lawak kampung.
Ada aku kisah?? Im Malaysian ok. No problem kalau kampung sekalipun. Proud
Ending drama ni tergantung. Tapi, memang sengaja digantungkan sebab akan ada sambungan cerita lawak gila ni pada hari raya nanti. hehehehehe! Tak sabar woo.
Saya dan ynn dah puas gelak bersama-sama. Sepah berguling, kami pun berguling jugak. So, maybe korang leh layan drama ulangan nanti ya! Jangan lupa habaq saya juga!! Nak tengok lagi sekali bersama mak comel ku. hahahaa.

Kalau sebelum ini, mungkin saya sekadar memberi info yang salah. Jadi, saya diamkan diri mengenai hal ini. Cukup hanya menyampaikan berita yang saya harap benar belaka. Itu pun, berbekalkan teknologi social network semata-mata.
Hanya. Selepas beberapa hari, baru pagi ini saya mendapat berita yang sah. Kali ini, bersumberkan surat khabar Utusan Malaysia. Dengan rasa penuh dukacita, saya turut bersimpati dengan pemergian pengarah terkenal yang berbakat besar dan berjiwa sangat kental, Yasmin Ahmad.
Ikuti cerita lanjut di bawah:
KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama
Siapa Punya Blog?
Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Komen Kamu
- aus on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- kertaz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- rohaizad on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
Cerita Baru
- Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
- Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
- Bukan Senang Nak Suruh Saya Jawab Tag. Kali ini Mello Berjaya!
- Entry Khas Untuk Geng Blogger Yang Superb!
Cerita Panas Sikit
- 100% HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- 94% CLOSED ~ Contest: Menangi wang RM50
- 92% Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed
- 65% Tips menjadi blogger yang bermoral
- 63% Earnings Nuffnang bertambah lagi!
- 59% Your lover cheated, forgive him/her or say bye bye?
- 51% Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!
- 50% Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?
- 48% Perempuan akan nampak manis kalau ada 5 perkara ni
- 48% Part time job
FOLLOW ME
Hal Penting





