SPONTAN de best for me!!!
6 Jun
Baru sebentar tadi, aku berguling-guling sakan sambil air mata keluar tanpa had kelajuan. Seminit aku menyeka air mata daripada terus mengalir, sesaat kemudian ianya menderu turun lagi. Sungguh aku tak sangka malam minggu kali ini, begini kejadiannya.
Panik kah kamu? Oh, jangan. Adegan gulingan air mata tadi cuma gara-gara aku terlalu menikmati lawak SUPERHEBAT daripada Sharifah Shahirah, Afdlin Shauki, Din Beramboi, Jalil Hamid, Zizan dan someone yang aku tak ingat namanya! Sumpah aku menangis tersedu sedan sambil tangan sedaya upaya menutup mulut yang masih juga tidak mahu berhenti bantai gelak melihat keletah mereka! Shit mereka sangat lawak. muahahaha.
Kalau korang belum tonton, silalah sedaya upaya luangkan sedikit masa ya! Aku yang dalam mood rasa nak geget jari orang tadi, terus cancelled. Rasa gembira sakan sampai tak mau dah marah-marah. BAPAK BEST program ni!!!!
Program SPONTAN ni adalah terbitan Afdlin Shauki sendiri. Oh ya, sila dapatkan pakej Mustika untuk mendapat astro Warna ini*kalau tak silap lah yek.








ha'ah memang best!!
ala2 cam whose line is it anyway? hihihi
tp spontan lagik beshh~
[Reply]
first!!!!!!!
[Reply]
Nana~ sgt best kan?eh, smpi skrg aku xleh lupe diorng main game pemberita kepala 3 ke ape ntah. haih!guling2 ingt balik. muahaha
si lampu neon~nak adiah ape??wahahaha
[Reply]