seo
Archive | June, 2009

Streamy Service Interruption Nationwide. Dunia tak bermakna tanpa internet

11 Jun

Gara-gara kegagalan Celcom menghiburkan hati anak yatim seperti aku, aku agak sedikit trauma dengan semua service provider termasuk apa-apa yang melibatkan komunikasi. Bukan saja kualiti sistem Celcom, tapi kualiti staff yang semakin hari semakin tidak tahu cara nak menjawab soalan bila ditanya, menambahkan rasa cengkaman perasaan hari ini.

Kesan drama sebabak Celcom dengan aku petang tadi, tapi kesannya sampai ke malam. Tolak ketepi soal Celcom. Ada isu lebih bermaruah ingin dikongsikan bersama. Boleh gila.

Streamyx berlagak agak bijak dengan mengeluarkan notis awal untuk kesalahan sendiri. Itu baru betul. Bagitulah bila nak berniaga. Jangan jadi Celcom yang super duper lembap. Kualiti semakin merundum. Syabas api tahi ayam!

Jadi, dengan adanya entry ini..kalau boleh kamu semua janganlah meroyan macam orang mati bini kalau terpaksa hidup tanpa internet selama sehari. Konon sehari. Jangan percaya. Maaf, aku masih benci dengan bidang komunikasi Malaysia. Jadi, masih emo.

Kamu. Rajin-rajinlah baca pengumuman Sreamyx di bawah. Kalau tergerak hati nak merajinkan diri membaca surah Yasin lebih-lebih hari Jumaat, inilah masanya. Dunia tanpa internet. Adios!

STREAMYX SERVICE INTERRUPTION NATIONWIDE

Dear Valued Customers,

We wish to inform our Streamyx customers that Telekom Malaysia Berhad (TM) will be performing a network upgrading exercise from 11.00 pm, Friday, 12th June 2009 until 6.00 am, Saturday, 13th June 2009.

As a result, Streamyx customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure you that the service would resume to normal after this period.

TM apologizes for any inconvenience caused whilst the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to serve you better.
Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Streamyx related problems.

Thank You.

Photobucket

Asal usul whiteharajuku.blogspot.com

11 Jun

Keletihan. Tak larat nak buat entry sekarang. Mujur, ada tag yang diberikan oleh si Nana Rosly. Biasanya, aku malas. Cuma, kali ini tag seolah penyelamat nyawa aku pulak! muahaha. Peace!

1) APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU ?

-HARAJUKU. sebab, aku jatuh cinta dengan novel Ramlee Awang Mursyid yang bertajuk “Hatiku di Harajuku” *rasanya lah.

2) APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

http://whiteharajuku.blogspot.com
sebab, putih itu bersih. harajuku tu nama tempat di Jepun. Aku digambarkan oleh RAM yang Harajuku tu semacam tempat yang sangat cool. Aku suka, jadi aku gabungkan white dengan harajuku itu. Comel kan?

3) APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

simple. Tak ada method2. Aku belasah apa aku nak taip. Tak perlu nak copy idea orang. Bantai sudahlah.haha

4) PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

pernah. masa mula-mula. Bukan sebab apa. Satu aja punca masuk akal bagi aku. LUPA PASSWORD!!!!. muahaha.

5) ORANG SETERUSNYA UNTUK DI TAG

tak baik tag orang pada malam Jumaat. wakakaka! *sewel

Nilai dara sekarang semurah gula-gula 20 sen

10 Jun

Penemuan artikel yang memberangsangkan. Cuba kamu baca dan selami di mana bahagian berjaya merangsangkan otak aku saat ini. Isi global kadang-kadang menjengkelkan.

Dara Alina bernilai RM47,463
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

MANNHEIM, Jerman – Seorang remaja, Alina Percea (gambar) bakal menerima wang berjumlah 10,000 euro (RM47,463) daripada seorang pemenang misteri yang membida daranya di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Alina melelong daranya di sebuah laman web selama sebulan dan merancang untuk menggunakan wang yang diperoleh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selain membantu keluarga di Romania.

“Lelongan itu amat menarik. Saya menyangka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tetapi saya tetap gembira.

“Saya belum berpeluang bercakap dengan pemenang itu. Dia ialah pembida pada saat-saat akhir,” katanya.

Remaja berumur 18 tahun itu berhijrah ke Jerman pada Januari lalu tetapi dia memutuskan untuk melelong dara selepas gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Menurutnya, dia mendapat ilham berbuat demikian selepas membaca mengenai seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat, Natalie Dylan, 22, yang menjual daranya untuk mendapatkan wang sebanyak £2.5 juta (RM13 juta).

“Tiada siapa yang memaksa saya melelong dara. Saya berbuat demikian setelah membuat keputusan sendiri,” kata Alina.

Menurutnya, dia merancang untuk menemui pemenang lelongan itu dan bermalam di sebuah hotel dengannya dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi

*Artikel tentang murahnya dara dijumpai di sini

*********************************************************************************

-Tuntutan duniawi kini semakin membimbangkan. Sampaikan soal dara pun terpaksa diniagakan. Mujur, wanita ini bukan tinggal di Malaysia. Kalau tidak, Datuk Seri Najib pun malu nak mengaku beliau Perdana Menteri Malaysia yang baru. Sekian, laporan tentang betapa murahnya dara sekarang. Dapatkan di pasaran sekarang!!!

Photobucket

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.