Dengki itu makanan ruji yang lazat

Kalau dulu, zaman aku sekolah dulu lah. Hari Jumaat ni macam ada satu perasaan yang sungguh tak best. Kenapa? Sebab, aku tahu pada keesokkan harinya adalah hari Sabtu. Terbayang dah aksi mencari Dragon Ball mak aku dekat rumah. Semua pelusuk rumah mesti berkemas. Hampeh.

Itu dulu. Sekarang tidak lagi. Aku macam jatuh cinta gile babi dok memeram dekat rumah. Rasa nikmat satu macam. Tak tahu nak gambarkan dekat korang macammana. Yang pasti, nikmat itu melebihi nikmat dipagi hari raya.

Kalau dulu, setiap kali berpisah dengan kengkawan padahal berpisah sebab sorang nak pergi ke jamban je pun. Aku dah rasa macam nak melalak bagai seolah-olah jamban tu jauh 10KM. Betapa sayangnya aku dekat kengkawan waktu itu cuma kuceng2 aku aje yang tahu.hahaha. Hari cuti Sabtu dan Ahad tu, kalau boleh tak perlu adalah. Rasa rugi kalau tak dapat bersama-sama membanting tulang mengumpul dosa mengumpat. Rasa rugi sangat dengan masa terbuang tuh. Sial kan?

Itu dulu, sekarang aku tak berapa nak heran sangat dengan kengkawan. Mereka tak ada pun kalau aku sakit demam pun. Masing-masing terhegeh-hegeh cari laki. Yes, itu memang perangai kawan-kawan sekolah aku dulu. Lelaki pada diorang macam Agung, sedangkan mak ayah takat orang gaji tukang mencari duit, basuh kain baju saja. Abis sekolah, buatlah aksi lumba marathon. Masing-masing berebut nak kawen. Sekarang? Ada 2 atau 3 pasangan yang tengah main gusti atas bumbung rumah sebab nak cerai. Semua gara-gara duit. Haih. Jadi, aku memang tak heran takat nak say bye, jumpa Isnin nanti kat kengkawan now. muahahaha.

Kalau dulu, mak aka Nek Nak ajak pergi holiday dengan family…aku cakap “tak boleh mak. Ija ada kelas tambahan minggu ni.” padahal kelas aku tu dekat Plaza Pelangi. Cipan kan? Sampai sekarang aku tak mengaku dengan mak aku lagi. muahaha.

Itu dulu. Waktu aku menjadi insan yang langsung tak menghargai keluarga. Sekarang tak lagi sebab sebenarnya entry ni aku tulis selepas terlalu sedih bila tak dapat join family abang aku berholiday! Diorang nak ke Cameron dan Pulau Pinang. Meh berdengki dengan aku meh.

WAKAKAKAKAKAKA

Photobucket

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Dengki itu makanan ruji yang lazat

  1. dotblogspotdotkom

    pada muke..huhuhuhu

    sambil jelirĀ²…gelak guling2…huhuhuhuhu

  2. cik nana~

    anak durhaka! muahahahahah….
    aku pun pernah cam ko gak
    aku dok hostel dari form 1 sampai la umur aku 26 tahun. memang dengan kawan2 je 24 jam… tapi time skolah menengah je la aku cam tu. time masuk U tak sangat. dulu pantang dengar mak aku bebel, sure nak marah jeeee
    sekarang ni sama gak la. tapi dah kurang skit. muahahhahaha
    tak yah la kawin awal2 weh kalau ko tak cukup dari segi kewangan n mental. kalau ko nak kawen make sure ko siap sedia dari sume segi. kalau tak bergaduh 24 jam je laaaa.. aku tak kawin lagi ni pun sebab tak cukup duit lagi. aku pekakkan telinga je bile orang dok sibuk tanye bile aku nak kawin. tak paham aku orang sibuk2 nih. nak suruh aku kawin bagi la duit. sengal!
    sori weh… dah cam blog aku lak! hahahahahahhahahahah… maklumlah, marah kat driver lori tu tak habis lagi!

  3. EIPUL

    sama ar, mak aku tanya tak balik umah ke minggu ni? ngan selamba aku cakap aku ada kelas menjahit lah, lawatan rasmi ke kilang coklat lah, aku harap diorang tak dapat detect aku tipu… padahal melalak ngan kekawan kat redbox, shoping sana sini… gila jahat aku!

  4. lizz

    dotblogspotdotkom~JAHAT!!!! takmo geng.muahaha

    cik nana~wakakakakak!! seb baik kat ujung komen ko tu , ko sedo diri wei. ingt pun ni blog org. adoi. terberanak aku bace.lawak ar ko ni! haha. aku mmg blum terpk nk kawen wei. dunt wori. duit nk beli spender gn duit mak lg ni. camner nk kawen. muahaha

    EIPUL~ wahai eipul, siler bertaubat sebelum anda ditaubatkan. wahahaha! dulu time aku. rexbox tu xbape glamer. kalo x, slamat dah aku joget2 kat situ woo.hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge