
Syurga bagi mereka, neraka di pihak kita. Hari-hari dilewati sekadar mengisi keperluan asas untuk hidup. Pilihan terbaik dah pun kita berikan. Belajar ataupun mencari rezeki saja. Tapi, apakan daya. Itu cuma pilihan kita dan bukan mereka.
Remaja kini bukan seperti yang dahulu. Berbeza sekali setiap sudut. Fakta ini, walau seakan stereotaip namun itu kenyataan. Bukan fakta kosong semata-mata. Akur sajalah kekurangan itu. Termasuk aku.
Dulu, masa-masa remaja diisi dengan cara yang berbeza. Masa emas yang Tuhan anugerah digunakan sebaik mungkin. Sisa masa yang ada, dihabiskan bersama keluarga tercinta. Itu dulu. Waktu mesin menaip sedang mencapai zaman kegemilangan. Lama kan?
Sekarang. Semuanya telah berubah. Dunia dah maju. Sorotan iklan di mana-mana stesen TV semuanya tidak lagi berunsurkan ilmiah. Iklan yang diharamkan dulu, diwajibkan sekarang. Bimbang kalau tidak ditayangkan, terpaksa mendengar tohmahan pihak lain. Kononnya, mereka kolot.
Kini, apa sudah jadi?
Mata-mata remaja sudah terbiasa dihidangkan dengan iklan model berbaju bertutup di hadapan saja. Telinga, terlalu asyik dengan irama barat yang jauh lebih cool tapi langsung tiada isi di dalam lirik. Tangan terlalu ghairah memetik Playstation. Tubuh terlalu lali diulit dengan pakaian berjenama sampai telupa tak tahu cara memakai kain batik. Itu juga aku bukan kamu. Peace!
Dan terimalah padahnya.
- Remaja wanita hilang malunya bila dengan bangga menghisap rokok di khalayak ramai. Konon, sekadar mahu mencuba aksi supermodel antarabangsa bergaya memperagakan fesyen terbaru dengan ROKOK!
- Najis dadah seakan ubat penenang. Ibu bapa tidak diperlukan lagi. Dadah sudah mampu menghilangkan stress. Kononnya, itu penawar terbaik. Tahi.
- Mat bin Rempit menjadi semakin popular gara-gara gejala rempit yang seakan cendawan tumbuh selepas ribut taufan. Menyedihkan lagi, bila kerja cleaner bertambah bila terpaksa ambil kontrak mencuci jalan tar yang berdarah dengan kaki, tangan dan kepala si mat rempit. Kasihan kan?
- Pesta Kemerdekaan buat negara, di sambut penuh tertib dan rasa bangga oleh Perdana Menteri. Tapi, mereka lebih bangga kalau berjaya tunjuk bakat di hotel-hotel dengan mana-mana GRO murah. Maaf, bukan semua GRO jadi mak ayam ok. Perlu tahu yang itu.
Tak sanggup nak menaip lagi tentang isu ini. Sambunglah kalau berminat. Terima kasih dan renung-renungkan lah.*ala-ala motivater.muahaha!

Komen Kamu