seo
Archive | May, 2009

Entry nak bagi korang sangap.hahaha

31 May

Just come back from Kuala Lumpur. Im tired rite now. Ok, masih mahu bercerita. Hujung minggu yang agak menyeronokkan kali ini bila dikelilingi suara anak-anak buah yang sebenarnya perangai sorang2 macam hantu pocong! Gila nakal tapi masih comel buat aku.wahaha! Pocong pun pocong lah, janji aku boleh gelak guling2 bila terlalu seronok melihat masing2 kena marah dengan mak diorang.wakikiki*gila, aku jahat!

Tanpa internet, hidup aku boleh jadi gila. Nasib baik handphone cabuk aku masih boleh diharapkan. Tak sia-sia jugak lah kiranya aku membela. Aku guna broadband daily unlimited by Celcom bodoh itu. Bermaruah pulak kali ini. Berjayalah jugak aku mengepos entry special untuk join contest! lalalala. Celcom pun tahu malu barangkali ek? Takut aku akan mengamuk sekali lagi. hahaha.

Cuma, tak boleh nak usha blog lain cuz handphone i kan BESAR nak mampos screen. wahaha! *sile tukarkan BESAR kepada cenonet . Tak apa, relax babe. Nanti aku usha blog korang aku. Esok naa? Malam ni aku lepak dan masih dalam mood hangin puting beliung dengan somone. Gila susah layan manusia sekarang. Macam-macam ada woo.

Tidurlah anda sebelum anda ditidurkan.kikikiki

Photobucket

Si cantik dan si buruk rupa.Apa aku kisah!

30 May

Manusia itu kadangkala susah untuk dimengerti. Walau sehebat mana ilmu yang kamu miliki, belum tentu akan dapat mencungkil rahsia makhluk Tuhan yang unik ini. Tinggi mana pun puncak kau bediri sekarang, percayalah kata saya. Kamu tetap gagal hal yang satu ini. Kamu bersetuju dengan saya?

Mungkin ya dan mungkin juga tidak bukan? Terpulanglah. Namun, saya tetap berpegang pada prinsip hidup yang satu ini. Manusia itu tidak ada sempurna. Maaf, tidak salah kiranya saya mengatakan manusia itu tak akan sempurna. Fitrahnya sudah tertulis begitu.

Sahabat, teman rapat atau kawan baik berkongsi definisi yang sama. Walau bagaimana tafsiran kamu, maksudnya tetap sama bukan? Itu bukan perkara utama di sini. Apa yang ingin saya sampaikan adalah jauh lebih penting daripada isu istilahnya. Oh ya, soalan mudah buat kamu. Kamu punya sahabat? Tak usah risau andaikata belum temui siapa sahabat kamu. Tutup mata kamu, soallah pada diri kamu dan lihatlah wajah siapa yang muncul. Mungkin itu sahabat kamu!

Sahabat bukan mudah kita miliki. Walau sejuta manusia sekalipun yang mengelilingi kamu setiap hari, belum tentu mencukupi kriteria lahiriah sahabat yang kamu ingini. Ada yang putih gebu kulitnya, tapi buruk bentuk mukanya. Kalau adapun yang berparas rupa runcing, hitam gelap pula kulitnya. Ada yang sempurna warna kulit dan paras rupa, takdir Tuhan kurang pula bentuk badannya. Susah bukan?

Namun, andai kamu tahu betapa bernilainya seorang sahabat itu bukan dihitung dengan sehebat mana paras kejadiannya, tapi sebagai ganti diukur dengan keikhlasan dan tulus hatinya mengenali kita…pasti kamu lebih bersyukur dengan sahabat yang tanpa kamu sedari sebenarnya ada disekeliling kamu!

Manusia ini sudah azali lahirnya mahukan yang sempurna. Cukuplah. Bukalah mata kamu. Tak usah menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan pemberian Allah. Mungkin ada antara teman kamu yang sering kamu ajuk, konon rupanya buruk bak longkang pecah, berkulit gelap tak kalah umpama tiang bercat hitam dan gemuk mengalahkan gajah itu sebenarnya manusia yang pernah memberikan kamu pertolongan sewaktu kamu susah dulu. Cuma, sifat sombong kamu yang inginkan kesempurnaan dan malu bertemankan sahabat yang bukan setaraf…kamu perlekehkan dia. Sedarlah! Itulah sebenarnya SAHABAT kamu dunia akhirat. Peace.

*hahaha!contest ni dibuat oleh pemilik blog si khairil . Aku memang teruja kalau ada contest yang bagi aku mengarut dlam artikel dan at the end ada name aku sebagai tukang karut itu! mabeles.wahahaha! Jadi, aku tak kesah menang atau kalah *aku tipu sebab bak raih simpati.hehehe
tapi kalau termenang pun bagus sekali sampai menjilat ibu jari kaki.hahaha! Kenapa? sebab, En Khairil..aku perlukan sekali domain sendiri. Rasanya boleh gelemer kot lepas tuh.wahaha! kalau aku termenang, aku nak guna www.whiteharajuku.com!!! Cuma, kalau aku termuflis waktu tu…bagi i cash je lah! WAKAKAKAKA.


ok. aku rajin jawab tag!

29 May

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Oh. si pemberi award tapi bersyarat ni si ejdee . Aku mula-mula suka nak lompat2 bila dapat award. Tapi, kena jawab soklan manjang2 ni aku lomah woo.hahaha! Ejdee ni sangat comei. tak percaye sile klik kat blog die tu and tgk her face. sgt lawo. hehehe. Untung hubby die. ok,ejdee…nak duit! die ni aku kenal kat blogspot ni gak.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

aku jawab tp xikhlas tau!hehehe

1.aku nakal mase kat skolah dulu, tp skrg pun nakal gak! takdir agaknyer.kikiki
2.im master student kat UTM. uni tendang manusia!
3. i love writing tp idea selalu dtg last minute!
4.benci org yang suke cilok idea orang. anti giler org camni!
5.berjanji ngn kwn baik kat skolah. konon nak kawen mase umo 27thn. tp,ngeri lak biler Hadi selalu ckp..cpt2 kawen. die takut uterus aku mengering lak kalo lmbt! wakakaka
6.hobi paling mulie is tido.
7.hobi yang teruk, baca yasin*konon malu nak ngaku.gegegege
8.mende yang kalo xwat 1bln akan wat aku rs xsempurne is..x pow duit mak.
9.size kasut aku 6 atau 7.cinderella kasut size ape ek?wahaha
10. suker kaler pink tp bler org ask betul ke tak..aku jwp..ITU FITNAH!hehehe

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

1. aduka
2. RainMe
3. Aphra
4. kf
5. ayie

< src="http://i600.photobucket.com/albums/tt83/whiteharajuku/lizz.png" alt="Photobucket" border="0">

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.