Tak tahu kenapa aku terpanggil nak buat tajuk yang ala-ala poyo Aladdin ni. Ah, apa perlu persoalkan bukan? Ini hak aku untuk bersuara. Ini tempat aku luahkan segala-galanya. Here is my life! My world!
Kenapa aku perlu menulis hal ini pada jam sebegini? Sekarang waktu Maghrib wahai kawan. Hehehehe. Sesiapa yang perlu berhenti untuk solat, silakan saja. Aku tidak menghalang. Silakan. Aku? Oh, belum lagi ambil air sembahyang. Give me 10 minutes ok?
Hampir 2 minggu aku bermain perasaan macam orang bodoh. Aku suka kamu. Yeah, i know you like me too (nak muntah silakan saja). Tapi, kamu perlu tahu. Aku bukan sesiapa jika dibandingkan dengan ayah bunda kamu. Mereka melahirkan kamu, mendidik kamu, manusia yang beri kamu kesempatan untuk belajar. Jadi, kamu perlulah tahu bagaimana nak balas jasa mereka. Aku selalu saluted kamu. Tapi, tidak sejak akhir-akhir ini.
Kamu hebat itu ini. Aku bangga juga. Tapi, satu perkara yang buat aku hilang selera nak teruskan bersama kamu bila kamu gagal buat pilihan terbaik. Cuma kerana wanita, yang baru saja kamu kenal tak sampai 6 bulan…kamu dah lupakan ayah bunda. Kamu ketepikan mereka. Sumpah, aku tak suka!
Sorry, you’re not my taste. Tak ada pendirian. Yucks! Muntah hijau kuning oren
)
*notakakikecik:apeniskema?