Bendera Merah dan aku akan beremo lagi
24 Jan
Dah masuk hari Ahad! Bermakna, umur aku bertambah 1 hari lagi. Alah, tak ape. Bak kate bestfren aku..ada apa dengan angka? Abaikan. WAHAHAHA!! Aku masih belum mau tidur sekarang. Belum mengantuk plak dah. Eh, aku ade teguk nescafe ke tadi ek? Hmm, tak ade rasenyer. Bagus jugak. Aku boleh bace majalah APO aku yang aku baru rembat dari kedai mamat semalam.
Aku still teringat dengan luahan yang dibuat seorang teman aku beberapa minit sebelum aku menulis entri ni. Aku sedih sangat sampai tak tahu nak beri komen ape. Mulanya, aku yang beriya suruh dia cerite ape yang tersirat dalam benak die. Selalu sangat die tak ade mood. Risau jugak aku dibuatnyer. Dah namenyer pun teman kan? Aku bertanya, mencuba nasib malam ini kalau-kalau dia mahu berkongsi. Sedikit demi sedikit, die bercerita. Mula sampai akhir cerita, aku sedey dan sedikit sebak. *Eh, sorry. Malam ni aku agak beremosi kerna aku dalam mood bulan mengambang hari pertame. trimas!
Selesai berbica, aku berfikir. Mungkin aku akan menimpa nasib begitu jugak?Hmm, aku tak mau. Kalaulah aku cintakan seseorang tuh sekalipun, kalau begitu cara layanannya…ah!sah-sah aku rembat jantan lain. hehehe! Oh, yeah. Aku bukan perempuan yang tersangat setia pade yang satu. Harap maklum!
Buat teman itu, kau bersabar! Pasti ade yang lebih baik untuk kau ok. Ikhlaskan ape yang Tuhan dah tetapkan buat kau. Ini jalan yang perlu kau tempuh untuk ke sana. Pejamkan mate, pasang niat baru dan berjalanlah kehadapan tanpa toleh kebelakang yang hitam sekali lagi. Chaiyok beb!!!











Komen Kamu