Kau matang ke belum? Aku samar-samar dengan kau

Wait a minute. Entah, tiba-tiba saja aku mau berkongsi rasa maha poyo dengan kamu semua. Aku pasti, akan ada antara kamu yang terkeluar usus dan hempedu bila membaca entry kali ini yang sengaja aku tulis mengikut tatatertib yang gila baban tak best. B.A.K.U. Silakan muntah.

Aku macam dapat seruan nak berkongsi about berkenaan dengan matang. Kau rasa, kau sudah matang ke belum ek? Budakkecik aida, aku rasa belum lagi tuh. Dia masih lagi alam kanak-kanak ribena kelas pertama. Tak apa budak kecik. Kau akan merasa juga nanti alam kematangan macam kawan-kawan aku. Bukan aku.WAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Mak aku selalu ingatkan aku.

M: “Kalau nak kawen, carilah lelaki yang lebih tua daripada kita…”
L: “Ish, tak mau lah. Nanti diorang nampak tua lah mak”
M: “Kawen dengan lelaki sebaya susah. Kalau ada masalah, sama-sama nak hangin. Tak elok. Bahaya kalau sampai lelaki hilang sabar. Cerai lah jawabnya.”

Tiada jawapan. Sunyi sedang memikirkan di mana kelogikan kata-kata mak aku tuh.hahaha!!

Ape kata kau orang pula? Masih sama dan setuju dengan kata-kata mak aku? Aku tidak menerima dan juga tidak menolak mentah-mentah apa yang keluar daripada mulut mak. Mak tetap mak bukan? Mungkin ada benarnya usulan mak itu. Liat kan aja nanti.

Tetapi,jauh di sudut limpa dan hempedu aku. Jauh sekali. Tidak berani nak suarakan pada mak. Aku takut dengan mak. Garang macam Gorilla. Oh, termengumpat. Tidak sengaja. Hahahaha! Aku sedikit membantah kata-kata mak sebenarnya. Aku manusia yang berpegang aja pada jodoh Tuhan. Kalau sudah tertulis, si tua itu jodoh kita…terima saja dengan rela. Kalau keadaan memungkinkan yang kita akan berpasangan dengan si kecik macam aida, terima lah seadanya. KAHKAHKAHKAH!!

Mungkin ada di antara kalian yang menjadikan umur sebagai ukur tinggi rendah nya tahap kematangan seseorang. Oh, tidak apa. Teruskan. Itukan cara kalian. Aku sendiri, agak berbeza sedikit. Aku lebih selesa melihat dan menerima seterusnya menilai kematangan seseorang dengan cara melihat cara si dia berfikir dan bertindak bila berdepan dengan situasi yang memerlukan sesuatu tindakan.

Kalau kamu sering gelabah dan cepat melatah, pasti kamu akan aku cop kan sebagai manusia pra matang. Sekian. WAHAHAHAHA!!! Siapa terkena???

Lu fikirlah sendiri.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “Kau matang ke belum? Aku samar-samar dengan kau

  1. aida hashim

    bhahhaha kau cicak anak biawak betol la kakak! aku budak kecik pra matang? hadoi gile tak sempurna. ngahahah. aku kagum kau berbahasa baku. kagum thp super superman *thp moyang superman punye moyang* ngahahahha

  2. vidadarisakura

    dulu:
    “v..jangan nyanyi dalam dapur nanti dapat laki tua”
    “hish!!ndamaw!!!”

    sekarang:
    “v..jangan nyanyi dalam dapur nanti dapat laki tu”
    “ye!!!ye!!!macam ct dapat datuk k”

    lalalalla
    ko rasa aku matang ka belum?
    haha

  3. CiK Santai

    aku x sokong mak ko..
    ko lagi la aku x sokong..
    wakakaa..
    bg aku, sama je, tua ke mude ke,
    klu dah memg otak x matang,
    maka memg tak matang la beliau…
    umur x melambangkan kematgn.
    yg pentg pembawaan diri jejaka tersebut… kan lizz.. kan?

  4. DilOt

    pd aku x matang cth plg dekat kakak coklat ko tu…muahahahah…

  5. lizz

    aida hashim~ish, ko ni lagi tenuk. mane mungkin cicak tu anak biawak wei.wahahaha!! kagum?aku super phm nak mampos ngn ko nyer ayat pujian penuh penipu tu. cume niat taik nk jadk adik ipar pra matang aku aje tuh.kahkahkha!!

    vidadarisakura~eleh eleh. ko ndamaw (ape ni, ssh mau sebut.hahah!)konon. jgnlah malu2 arnab beb.wakaka!!

    cik santai~wakakaka!! fakta berguling dr cik santai.nmpk sgt ko sentiasa nyokong aku kan wei???kan??(wat muke blushing.hehehe)

  6. lizz

    dilot~mangkuktu bkn tak matang, tapi takkan matang kot!! yucks! oh, aku teringat kisah coklat itu. selekeh

  7. jiwa kaco

    lizz
    sudah reti masak meegi ke
    atau rebus air
    kalau lum reti maka belum matang macam atan
    kalau dah reti maka(sekma) bole kawen

  8. capullet360

    aha…

    ntah nak cakap apa..

    saja take a look around.

  9. lizz

    jwakaco~wah wah wah! main perangkap samar nampak ngn aku.wakaka! ehem, ni bukan niat nak berlagak cume nk sakitkan telinge si budak kecik aje. i baru pas masak ikan patin cili api, sayur kobis n ikan bawal di gorengn dgn muke ikan tu nmpk tersengeh sket.so,bley kawen dh ke ek?wakakakaka!!

    capullet360~oh, takper! silekan. aku tak kesah.hehehe! jap. bape btg rokok sudah ko isap arini wei?kikiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge