seo
Archive | December, 2008

Nuffnang berjiwe comei dan aku dalam mood santai mak Enon

31 Dec

Eh Nuffnang,
Eeee…aku suker nak mampos kau bagi email wish happy new year pagi-pagi ni. Sungguh menceriakan hidup aku lah wei.Ahaks!! Tapi, account tak pernah ade duitlah Nuffnang comei. Macam mane ni? WAHAHAHA!

Johor, cube ko cuti time new year. Sure mabeles kan

31 Dec



Hi,

Kehadapan kamu….

Boleh tak kirenye kamu tukarkan aku sekarang ya? Aku tak mahu yang lain. Tu hah, aku cuma mau jadi rakyat selain rakyat Johor sekarang boleh tak? Aku perlukan yang itu kamu. Eh, cop! Make sure kamu tukarkan aku sebagai rakyat negeri yang bercuti tau arini ek.

Sekian, terima kasih!

Layangan Penuh ikhlas dari,
Lizz

Aloha 2009, peace beb!

31 Dec

Hello 2009!!!!



Yeah, at last. Sudah 25 tahun pun aku ni secara tak rasmi. Ah, kau perlu tahu. Selagi belum sampai tarikh rasmi aku pada bulan Oktober…selagi tu lah aku masih 24 tahun ok budak-budak semua. hehehe!

Wah wah wah. Masih tak berubah aku ni. Tahun lama dah berubah baru. Aku tetap aku kawan-kawan. Kau akan tetap sakit jiwa bila kau tersedar yang tangan kau dah pun menggatal bukak dan slumber badak baca blog curahan perasaan aras ketujuh aku ni. Peduli ape aku kawan-kawan. Kau yang pilih bukan, nak bace blog aku yang seriyes boleh mencabul kehormatan kau secara virtual. Ahaks!

Malam ni, bila mana aku baca blog budak-budak lain… Eh eh semuanya ada azam baru kan? Great! Tapi, aku kan dah cakap. Aku giler malas nak buat list tau.Oh, mak aku pasti tensen dengan aku sebab perangai super pemalas tak pernah nak ubah. Tak pe, aku kompem lapan belas. Mak aku tetap sayang aku sebab die kene tahu..kalau die tak sayang kat aku…makenye, aku pun akan sayang tahap nasik goreng cine aje. suam-suam pedas. muahaha!

Eh, mak. I love u!!! Sumpah mak.

Beberape minit sebelum melangkah tahun baru, aku agak blur. Tenuk punye blur. Kau amik jarum dan jahit mulut aku pun, aku belum tentu rase sebab aku memang blur. Ape ko ni. Kan aku cakap, aku blur!!!!! Tak paham ek? hahaha!

Kau selalu macam tu. Kau buat aku rase macam nak sepak-sepak kau. Tapi, tak sampai dua puluh empat jam…kau pasti cari aku dan tabur dengan kata-kata nak lunturkan semangat kental aku ek? wakaka! Jahat lah kau ni tapi cute jugak. ahaks!

Tak banyak aku harapkan untuk tahun baru 2009 ni. Aku mahu belajar menjadi insan yang tahu bersyukur. Terima diri seadanya. Cuma doa aku, cukuplah Tuhan bagi aku rezeki tahap BMW bertukar setiap bulan, duit colour coklat bertabur atas meja aku sekarang dan paling tak pun..cukup lah kalau Tuhan bagi pakwe ala-ala Brad Pitt depan aku esok pagi.

Seronok jugak bukan??ngehehehe!


*NotaSimenItam- Hey kamu, tinggalkan kenangan lepas. Cari pengalaman baru buat diri kamu sendiri. Bukan untuk aku mahupun atok kamu. Galilah sedalam mana kamu bisa, jangan masuk dalam gaung sudah!!! wakakaka! *Sorry, aku tak reti nasihat orang ala-ala skema. Thats me!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.