Filem Histeria, satu lagi filem baru terbitan Tayangan Unggul yang kini masih lagi dalam pengambaran. Terbaru, filem Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul telah pun siap pengambaran. Tahniah Tayangan Unggul kerana tidak henti-henti mengeluarkan filem. Setelah membaca sinopsis, saya rasa filem Histeria bakal menjanjikan satu kelainan di mana plot bergenre filem horror thriller ini mengabungkan alam mistik dan pembunuhan kejam serta berlatarkan sebuah sekolah yang berhantu. Filem arahan James Lee ini juga banyak memaparkan babak-babak yang mengerikan serta aksi mendebarkan. Kalau anda masih ingat, James Lee adalah seorang pengarah filem The Red Kebaya dan filem cereka The Beautiful Washing Machine yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean 2005. Oh, patutlah Vanidah Imran dan juga Ramli Hassan yang menjadi pelakon utama filem The Red Kebaya pun ada berlakon dalam filem ini. Masih menjalani pengambaran dan 80% lokasinya menggunakan sebuah sekolah usang di Kajang, Selangor. Ianya dijangka akan menemui penonton pada pertengahan atau penghujung tahun ini. Jadi, kepada anda peminat filem seram… tunggu! Mungkin kenangan dan memori terkena histeria di sekolah dulu akan kembali mengusik anda! Heheheh!
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.
Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.
Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini
7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta
Adiputra sebagai Mr. Brandon
9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist
15) Namron sebagai Police Detective
Credit to: www.budiey.com
www.ohbulan.com
30
Youtube in 1985
Kejam betul mak aku. Berani die biarkan aku bergolek-golek ala2 ayam menang award ratu tonggek. Kakak ipar aku sudah siap basuh baju. Itu hobi dir barangkali. Setiap kali bangun tido, mungkin basuh bajulah menjadi impian die.
Betul! Aku tak mebohong kali ini. Kamu tak perlu masa 5 hari untuk lihat kebenaran kata-kata aku tadi wooo. Cukup kamu lepaq di rumah aku barang 1 setengah hari dan kata-kata ini pasti keluar dari mulut kamu…
“Eh, betullah. kakak ipar kau suka basuh baju ye? pagi petang siang dan malam?”
dan, aku pasti menjawab..
“See…betulkan ape aku cakap???”
Ok, cukup aku bocorkan satu hobi my sis-in-law tu ye. Aku mau sambung cerite kejam mak aku tadi. Bila aku golek ke kanan bersama bantal golek biru aku tuh…aku dengar orang mencangkul. Suara aku kenal. Sangat familiar. Oh, itu suara abang aku.
“Biar betul mangkuk ni mencangkul pagi-pagi ni!!!!”
Hmm..aku malas nak amik tau. Aku pusing ke kiri. Oh ooo…adik aku sedang menyapu sampah.
hahahahaha!!!!
Jadi, sekarang…baru aku tahu kenape mak aku bertindak kejam dengan tidak membangunkan aku lagi. Ada beberapa kemungkinan.
- Mak aku kejut aku subuh dan dia baru teringat pesanan aku malam tadi. “Mak, jangan kejut Ija subuh tau. Tak boleh sembahyang.”
- Mak aku gegar aku jam 7 am. Malang nyer, aku jarang tersadar jam 7am if week end ni. sorry mom.
- Mungkin jugak mak aku dah terdengar bunyi alarm aku pada jam 10am. Tapi,aku pekak dengan tiba-tiba dan die mule hangin.
/WAHAHA mak aku cukup pantang orang bangun pagi lewat. Kesimpulannya, mak aku saje biarkan aku tidor sampai jam 11:30am tadi. Mak buat dengan niat. Ya, aku pasti yang ini. Mak mahu aku malu bila bangun tidur semua kerja dah siap dan dengan itu, mak boleh perli aku macam ini…
“semua kerja siap dah. kalau nak sambung tidur lagi, pi lah.
”
kahkahkahkahkah!!!! Omak..omak…lawaklah mak aku ni.kuikuikui
Sedar diri punye pasal, aku bertindak ke kedai. Beli ikan pari, ikan caru and sayur sawi. Masak asam pedas ikan pari, caru bakar and sayur sawi aku masak campur telur and udang cenonet tuh (ape ek name die
). Sedap!! sedap!! sedap!! Biar aku puji sendiri sebab aku tau Hadi akan kutuk aku!!!!!! Dodol
Maaf. Aku dalam mood menyampah. Bukan kamu. Tapi, mereka. Mereka berdua.
Kamu tak ke sekolah kah dulu? Oh, tidak mungkin. Aku tahu latar belakang yang konon-konon terBEST kamu itu. Tapi, mana ilmu kamu tuh? Hilang sudah kah? Giler punye orang.
Elok sangat kamu berdua. Kelihatan sepadan walaupun pada hakikat dan realitinya kamu berdua tak padan langsung. Tapi, aku akur. Silekan kalau begitu. Yucks (sambil aku jelirkan sedikit lidah.maaf, aku memang begini.tidak salah kan?)
Kalau dah rasa diri tu terBAIK n terBest KONON nyer tuh….tunjukkan lah perangai yang elok sikit. Tak perlu berHIPOKRIT depan aku. Aku tau, yang kamu pun tahu bahawa aku tersangat tak suka cara kamu berdua bukan?
Memanglah.
Sebab aku tak reti nak hipokrit dengan kamu. Pedulik ape aku kalau kamu mahu terasa atau ape. Sape suruh buat begitu dengan aku
Buatlah lagi….sile..silekan dengan segala hormatnya.
Wow! seronok dapat mengutuk kamu berdua di sini. Blog aku ni tau. Jangan persoalkan kenape aku mengutuk kamu berdua di blog aku sendiri. Itu hak peribadi bukan???? lalalala
29
Oh, terima kasih banyak!
Ribuan terima kasih aku tujukan khas buat cik Dilot. Woit! patut ar ko beriye bagitau aku aritu naa pasal sesi penemuan website background ni kat aku. Oh, aku jatuh cinta siut ngan design yang tahap cipan punye simple. Terima kasih jugak buat cik Bibot kerana merajinkan diri kau untuk mengexplore background2 blogspot secomei ini. Walla!!!
huwaa…tak sabaq aku nak change background ni. Paling syiioook aku terbace tang ni
28
Bagus sangat ke bebel tu?
Pantang nenek moyang aku betul, bile kene bebel pagi-pagi bute. Hello…whats wrong wit u huh? Oh, tidak lain dan tidak bukan…ratu bebel yang aku maksudkan is…my mom sendiri!!!! muahahahaha!!! /WAHAHA
“Mak, Ija sakit perut (hari ini aku tak menipu macam selalu ok.)”
“Semua orang sakit. Bangun2!! buat keje pagi2…sambung balik tido tu malam nanti.”
Gilos! semua ni gara2 mak aku pi dengar sangat cakap dokter Homeopathy tu ar tuh. Konon tak leh tidur siang. Melanggar fitrah hidup. Siang untuk berkerja!!!!!! Benci Benci Benci
Pedulik ape aku. Aku nak mandi, basuh baju, kemas rumah, buat kerja sikit pastu lantaklah ngan korang semua. Aku mau merasakan kembali nikmat hidup.kikiki!!!!
Betape tak sukanye aku nak pi seminar bioinformatics kat KL ni, sampai aku sanggup bukak laptop pagi-pagi buta ni just untuk puaskan ati aku mengutuk dan mencaci perihal ini. /wahaha
Buruk bukan perangai aku? Tapi, tak apa. At least, kamu semua tahu my true color. wakakaka!!!
Hmm, aku tak suka ke sana. Bukan begitu permulaannya. Jangan slumber badak wat-wat cerita naa? Mau kene gigit kaa?
Aku semangat mau ke sana. Tapi, manusia2 tipikal ni dah menyempoilt mood rajin aku dowh!! Yang sane bodoh, yang sini pun same. Manusia memang bodoh kan? Termasuk aku /wahaha
Siapa Punya Blog?
Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Komen Kamu
- aus on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- kertaz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- rohaizad on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
Cerita Baru
- Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
- Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
- Bukan Senang Nak Suruh Saya Jawab Tag. Kali ini Mello Berjaya!
- Entry Khas Untuk Geng Blogger Yang Superb!
Cerita Panas Sikit
- 100% HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- 94% CLOSED ~ Contest: Menangi wang RM50
- 92% Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed
- 65% Tips menjadi blogger yang bermoral
- 63% Earnings Nuffnang bertambah lagi!
- 59% Your lover cheated, forgive him/her or say bye bye?
- 51% Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!
- 50% Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?
- 48% Perempuan akan nampak manis kalau ada 5 perkara ni
- 48% Part time job
FOLLOW ME
Hal Penting





